Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, Pas tidak bimbang kerana DAP tidak boleh menang dan memerintah negeri lain selain Pulau Pinang.
“Kita (Pas) berupaya untuk menang sekurang-kurangnya 10 negeri jikalau PR dijaga sebaik mungkin dengan prinsip dan dasar tidak lari dari perjuangan asal.
“Kalau kita menang di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Melaka yang menjadi menteri besar ialah Pas. Kenapa kita perlu bimbang,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Padang Terap kali ke-40 di Kompleks Pas Kawasan, Kampung Barokas, di sini semalam. |