Thursday, April 23, 2015

P044 : HAJI HADI BIDAS PAS DAN DAP TAKUT HUDUD




Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengambil langkah berani membidas sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) yang disifatkan takut menyokong hudud kerana tidak mahu kehilangan undi dalam pilihan raya. 

"Ramai dalam Pakatan Rakyat takut dengan hudud sebab takut tak dapat undi, takut tak menang pilihan raya," katanya sewaktu berucap pada forum Bicara Minda: Hudud dari Kaca Mata Hadi di Shah Alam, hari ini.


Beliau tidak merujuk secara langsung kepada DAP dan PKR namun, dua parti itu bersama PAS adalah tiga parti yang membentuk PR.

Berbeza dengan sekutunya, Hadi berkata, PAS tidak pernah gentar kehilangan undi kerana parti itu sentiasa tekal dalam memperjuangkan hudud sejak dahulu lagi.

"Kita tak ada masalah kerana perjuangan kita bukan sahaja perjuangan politik tetapi perjuangan sepanjang masa," katanya.

Beliau turut menjawab soalan seorang hadirin yang memintanya mengupas pertembungan di antara hudud dan maqasid syariah (tujuan atau matlamat hukum Islam).

Hadi menegaskan, keperluan melaksanakan hudud sebagai "hak Allah" sentiasa mengatasi konsep maqasid yang mempunyai pengecualian dalam keadaan tertentu.

"Maqasid ini untuk jaga nyawa, harta dan ketenteraman awam. Dalam keadaan biasa, kita tak boleh jadikannya alasan untuk menghapuskan hukum Allah," katanya sewaktu menjawab soalan.