DAP Sarawak mahu golongan ulama' disingkirkan dari PAS? Beri amaran awal, jika Ulama' kuasai PAS, maka berakhirlah Pakatan Rakyat?
19 Okt- " Masa depan Pakatan Rakyat Sarawak akan diketahui pada Jun tahun depan apabila PAS mengadakan muktamar pemilihannya, kata Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen.
Dalam muktamar itu, dijangka berlaku pertarungan mendapatkan tempat antara golongan ulama dan kumpulan progresif.
“Jika kumpulan progesif menang menguasai parti, ia bermakna parti itu tidak akan melaksanakan hudud dan tidak akan condong kepada Umno,” katanya.
“Tetapi jika kumpulan ulama menang menguasai parti, mereka pasti melaksanakan hudud dan bekerja rapat dengan Umno.“Ini inilah senarionya, DAP Sarawak akan tarik diri daripada Pakatan,” kata Chong.