DAMANSARA 6 Ogos - Timbalan Pengerusi Negeri PKR Selangor, Dr Xavier Jayakumar hari ini memberi amaran kepada Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi agar tidak mencampuri urusan di Negeri Selangor.
Xavier berkata, sebarang kemelut mengenai pertukaran Menteri Besar Selangor adalah di bawah bidang kuasa PKR seperti yang telah dipersetujui oleh Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR).
"Pasal apa orang luar Selangor dari PAS ini nak campurtangan di dalam hal ehwal Keadilan (PKR) ini.
"Saya ingin ingatkan di sini ketika Menteri Besar Kedah di pilih ia adalah bidang kuasa PAS, manakala di Pulau Pinang adalah bidang kuasa DAP, di Selangor kita telah ada persetujuan dalam PR bahawa ianya adalah bidang kuasa PKR.
"Jadi PKR yang akan buat keputusan di Selangor jadi saya harap ianya dapat dipatuhi oleh setiap pemimpin dalam PR," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.
Terdahulu, Nasruddin secara terbuka menyatakan pendirian supaya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal meneraju negeri Selangor.
Walaupun beliau diarahkan supaya "menutup mulut" berhubung isu pertukaran MB, namun Nasrudin tetap mempersoal kewajaran tindakan itu terhadap Khalid dan wajar dibela sepertimana dilakukan PAS terhadap Anwar.
BK : TU DIA. PAS MAKI PKR. PKR MAKI PAS. DAP BALUN PAS. PAS BALUN DAP. LAST LAST UMNO JUGA YANG DEPA SALAH NANTI