ELOK HANG BERTANDING DI JOHOR LA. ADA BERANI?
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan memohon untuk menghadap Sultan Selangor bagi memohon pengampunan ke atas MP Shah Alam dari PAS, Khalid Samad.
"Kami mempertimbangkan apa yang sultan titahkan. Kami merayu diberikan ruang kepada Khalid untuk menjelaskan kenyataan,” kata Anwar kepada pemberita selepas selepas satu acara di kediaman rasmi menteri besar hari ini.
"Kami merayu agar diberi perkenan oleh baginda dalam bulan Ramadan yang suci. Khalid seorang MP yang berwibawa dan tegas dalam pandangannya.
"Jika pendekatan itu salah, kami merayu kepada Sultan untuk memberi ruang untuk pengampunan,” katanya.
Sultan Sharafuddin semalam menyatakan kemurkaannya ke atas Khalid atas kenyataan MP itu pada bulan lalu.
Khalid bersama tiga lagi MP PAS, Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Hanipa Maidin (Sepang) and Che Rosli Che Mat (Hulu Langat) menggesa kerajaan negeri menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor.