Monday, July 28, 2014

Saturday, July 26, 2014

BK BERCUTI HINGGA 1 OGOS 2014


SEPANJANG BERCUTI NI, MAYBE BK TAK KAN UPDATE CERITA YER.OK BYE BYE. 
HATI HATI DI JALAN RAYA 
HATI HATI MAIN MERCUN
BAGI YANG BUJANG HATI HATI MASA NAK PI RUMAH BAKAL MAK MENTUA 

VROOMMMMMMM

TIADA CAGARAN ATAU PERJANJIAN KEWANGAN DENGAN PIHAK PEMBERONTAK

MH17: Tiada wang tebusan dibayar kepada kumpulan pemisah. (AP)

Tiada wang tebusan atau sebarang bayaran lain dibayar sepanjang rundingan tiga hari antara pasukan penyiasatan khas Malaysia dengan kumpulan pemisah, Republik Rakyat Donetsk, bagi mengambil mayat mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dan dua kotak hitam yang mengandungi alat-alat perakam data dan suara pesawat berkenaan.

Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Lt Kol Mohd Sukri Hussain, yang juga pemerintah pasukan perunding Malaysia, berkata dalam rundingan itu, ketua kumpulan pemisah Alexander Borodai tidak meminta apa-apa sebagai balasan dan hanya meminta Malaysia menjalankan siasatan.

"Beliau hanya mahu Malaysia mencari jawapan tentang apa sebenarnya yang berlaku terhadap pesawat itu," katanya kepada pemberita di Kiev hari ini.

Beliau berkata kerajaan Ukraine juga memberi bantuan kepada pasukan perunding Malaysia untuk memastikan mereka dapat berjumpa dengan ketua kumpulan pemisah itu.
Pesawat MAS itu, yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Donetsk, timur Ukraine, berhampiran sempadan Rusia pada Khamis malam.Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal.Ia dipercayai ditembak jatuh, tetapi hingga hari ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab mengenainya.

Mohd Sukri berkata beliau ke Donestk pada 4 petang Ahad bersama 11 anggota lain pasukan itu, dan terpaksa menempuh 12 pusat pemeriksaan.Selepas lima jam perjalanan, beliau bertemu dengan Borodai dan mula berunding tentang 11 perkara."Tiga perkara dibincangkan iaitu urusan mengambil mayat mangsa, kotak hitam dan bangkai pesawat berkenaan.

"Borodai bersetuju memenuhi semua permintaan Malaysia, tanpa sebarang syarat," katanya sambil menambah bahawa pasukan itu amat mengagumi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas kejayaan tersebut, kerana ia adalah hasil tindakan beliau menghubungi kerajaan Ukraine dan Borodai.
Seorang lagi anggota pasukan perunding Malaysia, Rosli Shaari pula berkata dalam rundingan di pejabat Borodai itu, beliau melihat kumpulan pemisah menggantung sekeping gambar pesawat Malaysia di penjuru bilik, dengan beberapa pasu bunga diletakkan di atas meja di bawah gambar itu sebagai tanda ucapan takziah kepada mangsa.
"Kami bimbang, namun terpaksa melaluinya juga kerana tiada pilihan lain untuk mencari kata pemutus.
"Kami perlu membawa balik mayat mangsa ke pangkuan orang yang tersayang dan perlu mendapatkan kotak hitam, termasuk bangkai pesawat, untuk mencari kebenaran," kata Rosli, yang bertugas dengan syarikat telekomunikasi satelit, Sapura Secured Technologies sebagai pengurus besar (kemudahan dan perkhidmatan rangkaian pengurusan pelanggan).
Rosli berkata ketika rundingan berlangsung, beliau terdengar bunyi beberapa letupan di bandar itu dan meluru keluar daripada bangunan berkenaan, lalu ternampak beberapa bangunan terbakar dari jauh.
Rosli juga menyatakan beliau mendengar bunyi beberapa letupan bom dan tembakan.
"Sebenarnya, kami cuba pergi ke tempat pesawat berkenaan terhempas di Torez bersama anggota kumpulan pemberontak yang mengikut kami dengan menaiki dua kereta kebal, tapi terpaksa berpatah balik apabila melihat dua jet pejuang berlegar di udara," katanya.
Rosli berkata setelah rundingan selesai, pasukan itu dibawa ke sebuah stesen kereta api pada pukul 3 pagi Selasa, di mana mayat mangsa dalam tragedi itu ditempatkan dalam sebuah kereta api.
Katanya mereka diiring pemberontak bersenjata dan keadaan bertukar menjadi tegang apabila dengan tiba-tiba sebuah kereta memintas laluan kenderaan yang membawa kumpulan itu sebaik sahaja tiba di stesen kereta api berkenaan.
"Para pemberontak dengan tergesa-gesa turun daripada kenderaan mereka sambil menghunus senjata dan memekik kepada pemandu kereta berkenaan supaya beredar. Pemandu itu melakukan seperti yang diarah," kata Rosli sambil menambah bahawa pasukan Malaysia itu segera menaiki kereta api berkenaan yang menuju ke Kharkiv.
Beliau berkata sepanjang perjalanan yang memenatkan itu, mereka tidak dapat berbuat apa-apa, selain memohon keselamatan daripada Allah kerana mereka membawa pulang dua 'barang yang amat penting' - mayat 282 mangsa dan dua kotak hitam.
Mereka tiba di sebuah kemudahan ketenteraan pada tengah hari Selasa dan mayat berkenaan diimbas serta ditag sebelum diterbangkan ke Netherlands, katanya.
Rosli berkata kotak hitam itu dihantar kepada pihak berkuasa berkenaan di United Kingdom malam tadi untuk tujuan penyiasatan.
Menurut Rosli beliau menyertai pasukan itu kerana ditugaskan memasang sistem komunikasi radio untuk MKN.Katanya pasukan perunding itu menyembunyian dua kotak hitam berkenaan di dalam dua beg galas agar ia tidak dilihat sesiapa. – Bernama.

Wednesday, July 23, 2014

KE MANA PERGINYA DATO HASSAN MANTAN MUFTI PP?

Abdul Malik (kiri) bersalaman dengan Wan Salim selepas sidang media di Komtar, hari ini.

Bekas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad akan diberi jawatan baharu setelah kontraknya tidak disambung. Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, langkah itu perlu bagi memastikan Pulau Pinang tidak kehilangan tokoh yang berpengalaman.


“Kita tidak mahu kehilangan tokoh yang berpengalaman dalam hal agama.“Malah kita menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk pelantikannya sebagai seorang ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Mainpp),” katanya kepada media, hari ini.Jawatan Mufti Pulau Pinang kini diisi Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Lantikan Wan Salim telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong bermula 7 Jun lalu

BK : TAWARAN JAWATAN LAGI ATAU TAK BERKENAN DENGAN DATO HASSAN YANG BERJUANG ENAKMEN SYARIAH BERKAITAN PENGUATKUASAAN PERKATAAN YANG DI LARANG DI GUNA OLEH ORANG KAFIR DI PULAU PINANG 

HISHAMUDDIN RAIS TUNDUK DENGAN CARA DIPLOMASI NAJIB


Kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdiplomasi dengan kumpulan pemisah Ukraine mendapat pujian ramai pihak.

Antaranya, bekas pemimpin pelajar Universiti Malaya, Hishamuddin Rais yang sebelum ini sering mengkritik pentadbiran Najib dan Barisan Nasional (BN).

"Najib dilihat sebagai pemimpin dunia yang berjaya berunding dengan pemberontak," katanya dalam satu SMS kepada Astro AWANI.

Hishamuddin turut mengkritik kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menuduh Rusia membantu pemberontak di ukraine menembak penerbangan MH17.

"Anwar tanpa sebarang bukti menuduh Rusia membantu pemberontak di Ukraine memembak MH17. Dia salah. China, India, Jerman, Belgium dan lain-lain tidak membuat sebarang kenyataan.

"Persoalannya, siapa nasihatkan Anwar?" katanya.

Pendekatan diplomatik yang digunakan Perdana Menteri turut menerima pujian dari parti pembangkang DAP dan menyifatkan langkah yang diambil Najib adalah terbaik bagi menyelesaikan percanggahan mengenai MH17.

"DAP bersetuju dengan Najib bahawa di kawasan konflik dengan pihak berkuasa bertelagah, menggunakan saluran diplomatik secara senyap adalah cara yang baik demi mencapai keputusan yang dikehendaki," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

BK : NAJIB DAH LAMA BERDIPLOMASI DENGAN PR. NAMUN, PR YANG BIUL TAKUT DENGAN CARA DIPLOMASI NAJIB

KOTAK HITAM TELAH PUN BERADA DI TANGAN MALAYSIA



2 blackboxes in aircraft....


1. DIGITAL FLIGHT DATA RECORDER 

2. COCKPIT VOICE DATA RECORDER

BUDAYA BERUNDING ORANG MELAYU.TERINGAT PANGLIMA HITAM THE NAVIGATOR

APABILA KHALID SEKOLAHKAN ANUAR IBRAHIM


Saya menghormati keputusan politik Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) yang mencalonkan Presiden Keadilan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu.

Namun begitu, saya berpegang teguh kepada enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara yang khusus bagi pelantikan atau penggantian Menteri Besar.

Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses-proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.

Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang telah diamanahkan oleh rakyat Selangor yang telah memilih saya melalui proses pemilihan yang sah.

Saya berharap rakyat Selangor tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita fitnah, bersifat provokasi dan kontroversi kerana Negeri Selangor mempunyai tatacara pelantikan Menteri Besar secara tertib dan beradab seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan kepada seluruh rakyat Selangor dan para pelabur bahawa isu ini tidak sedikit pun menjejaskan sistem pentadbiran negeri.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
22 JULAI 2014

BK : INILAH PADAHNYA BILA ANUAR BUKAN ANAK SELANGOR . MACAM MANA DIA NAK TAHU UNDANG UNDANG TUBUH MACAM KHALID SAMAD JUGALAH. INGAT NEGERI SELANGOR BAPAK DIA PUNYER KE. PI BALIK TOK KUN LA NUAR. JADI PM KEPADA CHEROK TOK KUN.

Tuesday, July 22, 2014

DAP SARAWAK UGUT PAS KERANA HUDUD


GRAFIK : KREDIT TO WIRA KENYALANG 



Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan DAP Sarawak bahawa beliau berdiam diri dalam isu hudud dalam Pakatan Rakyat. 

Menurut Anwar, beliau telahpun menyentuh isu tersebut ketika membuat ucapan di Forum Khas "Agenda Rakyat" di Kelab Diraja Selangor 9 Julai lalu. 

"Bertentangan dengan kenyataan DAP Sarawak, saya ada bercakap mengenai hal itu dua minggu lalu dalam ucapan saya di Kelab Selangor. 

"Ia berkaitan keadilan kepada semua tanpa mengira kaum dan agama. Saya membuat rujukan spesifik tentang isu hudud di Kelantan," kata beliau dalam sidang media di ibupejabat PKR tengah malam semalam. 

Kelmarin, DAP Sarawak dilaporkan membuat resolusi mengancam menarik diri daripada Pakatan negeri selagi PAS tidak menarik balik tuntutan mengadakan hudud di Kelantan. 

DAP Sarawak meluahkan kekesalan mendalam kerana mendakwa PKR berdiam diri terhadap hasrat PAS itu. 

Semalam, PAS Sarawak pula membuat kenyataan balas mereka tidak menghalang sekiranya DAP negeri mahu keluar daripada Pakatan ekoran pertikaian pelaksanaan hudud di Kelantan. 

Bagaimanapun pesuruhjayanya Adam Ahid mengingatkan pemimpin DAP Sarawak berfikir secara rasional kerana tindakan tidak bijak akan membinasakan mereka. 

Menurut Anwar, cadangan membawa usul rang undang-undang persendirian Hudud oleh Kerajaan negeri Kelantan bukan merupakan inisiatif negeri itu sendiri dan bukannya dasar Pakatan. 

Oleh itu beliau berpendapat hal itu tidak perlu dirisaukan komponen Pakatan di negeri lain. 

"Rang undang-undang persendirian itu bukan rang undang-undang Pakatan Rakyat. 

"Tiada sebarang konsensus mengenai rang undang-undang itu," katanya. 

Beliau turut berkata akan mengambil kesempatan bertemu pimpinan Pakatan di Sarawak bagi membincangkan perkara tersebut dalam masa terdekat.

BK : BILA PULA PAS NAK UGUT TARIK DIRI DARI PAKATAN JIKA HUDUD TIDAK DITERIMA. ASYIK DAP SAHAJA YANG UGUT PAS. PAS TAK BERANI ATAU BACUL DALAM PERJUANGAN?ITUPUN NAK KATA BERJUANG DAN BERJIHAD.PORAHHHH 


SAH MB SELANGOR BARU WAN AZIZAH TETAPI BELUM ADA KATA PUTUS TARIKH ?


KETERBUKAAN KHALID ANTARA FAKTOR BELIAU DISINGKIR 

Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara rasmi dipilih untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baru. 

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu hanya mencadangkan nama Wan Azizah yang dianggap sebagai pemimpin yang mampu membawa kestabilan dan mengembalikan sokongan kepada Pakatan Rakyat Selangor. 

Menurut Anwar, Azizah yang juga isterinya dapat menyelesaikan isu air, lebuh raya Kinrara-Damansara (Kidex) dan isu infrastruktur asas seperti sampah di negeri itu. 

"Konsensus kita akan teruskan keputusan awal dan hanya letak satu nama untuk diberikan kepada majlis pimpinan Pakatan. 

"Sudah tentu Tan Sri Khalid Ibahim diminta teruskan peranan beliau untuk bantu pentadbiran Selangor," kata beliau selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di Petaling Jaya sebentar tadi. 

Anwar menyatakan majlis pimpinan tertinggi Pakatan akan mengadakan mesyuarat Rabu ini bagi mendapatkan konsensus mereka. 

Beliau menyatakan PAS dan DAP sebelum ini telah pun bersetuju perubahan kepimpinan di Selangor tetapi nama pengganti Khalid masih belum dibincangkan. 

"Kita akan bentangkan secara rasmi dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rabu ini. 

"PAS setuju perubahan kepimpinan Selangor tapi calon (menteri besar) belum diputuskan walaupun ada dibicarakan dalam mesyuarat sekretariat pakatan sebelum ini. 

"Tapi ia belum dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan walaupun konsensus ada untuk peralihan pentadbirna yang baik dan tersusun," kata beliau. 

Bagaimanapun Anwar gagal memberitahu bilakan peralihan kuasa ini berlaku dan hanya berkata ia "secepat yang boleh." 

PAKATAN RAKYAT PULA TUDUH RUSIA



Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan Rusia yang membantu puak pemisah sebagai punca tragedi malang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dikatakan ditembak kumpulan pemisah di Ukraine.
Ketua pembangkang itu berkata kumpulan itu mendapat bantuan senjata canggih yang digunakan untuk menembak MH17."Kita akan menggesa kerajaan supaya lebih tegas, terutamanya dalam menghadapi gerombolan pemisah di Ukraine yang mempunyai bantuan senjata dari Rusia.
"Kita faham senjata yang digunakan sangat canggih dan peluru berpandu tersebut, ia tentunya dengan bantuan Rusia," kata Anwar pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi.
Penerbangan MH17 menggunakan pesawat Boeing 777-200 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ‎terhempas dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu Khamis lepas.Pesawat Malaysia itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di Donetsk di bahagian timur Ukraine.
Media barat menuduh kumpulan pemisah pro-Rusia terlibat dalam tembakan itu.

Kumpulan pencari dan bantuan penyelamat juga pada mulanya tidak diberikan kerjasama di lokasi terhempas, malah kawasan tersebut dikawal oleh kumpulan pemisah di situ.Anwar bagaimanapun menggesa ketegasan Putrajaya, khususnya dalam isu melibatkan kepentingan negara dalam tragedi MH17."Tentunya kita perlu ambil sikap tegas bukan sahaja kerana menyebabkan nyawa terkorban, tetapi juga selepas itu tidak ada langsung mengawal tempat menjaga kepentingan di kalangan yang terkorban.
"Jadi harus ada sikap lebih tegas," katanya.
Akhbar The New York Times (NYT) semalam melaporkan Malaysia masih keberatan untuk menyalahkan mana-mana pihak yang bertanggungjawab menyerang pesawat MH17.
Akhbar itu berkata, Putrajaya berhati-hati dalam hubungan diplomasinya, menjaga hubungan baik dengan Rusia dan pada masa yang sama menjauhi polisi Amerika Syarikat (AS).

Presiden AS Barack Obama dan pemimpin negara barat lain berkata peluru berpandu darat ke udara yang terkena MH17 dibuat di Rusia serta menuduh Presiden Rusia Vladimir Putin bersekongkol dalam peperangan di Ukraine.Kerajaan Malaysia bagaimanapun, hingga hari ini, masih tidak menyalahkan pemerintah Rusia."Kami perlu sahkannya, kami perlu siasat dengan mendalam," kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein seperti dipetik NYT.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia tidak boleh menunding jari atau membuat tuduhan melulu sehingga semua fakta disahkan tentang punca pesawat tersebut ditembak.

RUSIA ADA BUKTI UKARINE TEMBAK MH17?


Moscow, July 21 (IANS) A Ukrainian Su-25 fighter jet was flying close to Malaysia Airlines flight MH17 before it crashed in eastern Ukraine, a Russian military official said on Monday.
The Ukrainian fighter jet flew within 3-5 km of the ill-fated Malaysian airliner before it was downed, Xinhua cited Andrei Kartopolov, chief of the main operative department of the General Staff, as telling reporters.
Moscow would ask for an explanation from Kiev about this, he added.
The Malaysian passenger jet strayed 14 km north from its planned route after passing Ukraine's eastern city of Donetsk, according to the official.
"The crew was attempting to return to the planned aerial corridor, but the flight was terminated at that moment," he said.
Flight MH17, while flying from Amsterdam to Kuala Lumpur, crashed Thursday afternoon in the conflict-hit Donetsk region in eastern Ukraine killing all 283 passengers and 15 crew on board.
According to reports, the indications are that the Boeing 777 crashed after being hit by a missile. US President Barack Obama said that initial investigations showed that the missile was fired from an area in Ukraine controlled by anti-Kiev militants.
Kartopolov also claimed that a group of Ukrainian Buk-M1 anti-aircraft batteries were redeployed near Donetsk Thursday when flight MH17 crashed in the area.
These surface-to-air systems are capable of hitting targets at a distance of up to 35 km at an altitude of 22 km. For what purpose and against whom were these missile systems deployed? As is known, the militia has no aviation," he said

BK : TUNGGU DAN LIHAT HASIL SIASATAN SERTA APA YANG BAKAL DIPEROLEHI DARI KOTAL HITAM. SAMA ADA UKARINE ATAU RUSSIA ATAU PEMBERONTAK

Monday, July 21, 2014

MAMPUKAH DUNIA MEMBERI TEKANAN KEPADA RUSIA?


David Cameron mengesa Angela Merkel dan François Hollande dan menjamin perjanjian bahawa pendekatan baru EU keatas Rusia adalah diperlukan.

David Cameron mengesa Angela Merkel dan François Hollande dan menjamin perjanjian bahawa pendekatan baru EU keatas Rusia adalah diperlukan.

Seorang ahli masyarakat Ukraine Australia membawa pelekat gambar Presiden Rusia Vladimir Putin semasa perhimpunan protes di Sydney pada 19 Julai, 2014. Penunjuk perasaan menuntut tidak membenarkan Putin datang ke Australia untuk sidang kemuncak pemimpin-pemimpin G20 pada bulan November 2014. Bendera terbang di separuh tiang untuk menghormati Australia terbunuh dalam kemalangan Malaysia Airlines selama Ukraine sebagai Menteri Luar Julie Bishop berkata adalah

David Cameron hampir mendapatkan sekatan keras terhadap Rusia berikutan penerbangan MH17 selepas bercakap dengan Angela Merkel dan Francois Hollande.

Kedua-dua Angela Merkel, Kaunselor Jerman, dan François Hollande, Presiden Perancis, bersetuju bahawa EU perlu menimbang semula pendekatan baru dan bersedia untuk mengenakan sekatan lanjut mengenainya Selasa ini.

Perbualan menandakan perubahan yang ketara dalam pendekatan mereka selepas David Cameron memberi amaran bahawa dunia perlu "berubah saat kemarahan ini menjadi masa untuk bertindak.

Pada hari Rabu minggu ini, sebelum Penerbangan MH17, David Cameron menghadiri sidang kemuncak di Brussels di mana para pemimpin Eropah gagal untuk bersetuju mengenakan sekatan lanjut.

Dalam perbualan pagi ini, ketiga-tiga pemimpin juga bersetuju bahawa mendapatkan akses ke kawasan kemalangan bagi penyiasat sebagai satu "Keutamaan".

Seorang jurucakap Downing Street berkata: "Ketiga-tiga pemimpin bersetuju bahawa keutamaan segera untuk mendapatkan akses ke kawasan nahas bagi memastikan pasukan pakar dati mencari mangsa dan membawa mereka pulang.

"Mereka bersetuju Presiden Putin mempunyai peranan penting untuk memujuk puak pemisah agar memberikan akses dan bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa bagi memastikan bahawa semua yang perlu dilakukan boleh dilakukan secepat yang mungkin."

Philip Hammond, Setiausaha Luar Britain yang baru, memberi amaran bahawa Rusia risiko menjadi "negara pariah" jika ia terus mengabaikan masyarakat antarabangsa.

Hammond berkata bahawa "mata dunia" tertumpu kepada Vladimir Putin kerana itu dia menggesa Putin untuk membenarkan akses kepada lokasi kemalangan dan menghentikan sokongan pejuang pemberontak.

Beliau berkata bahawa Britain telah menemui "kesimpulan yang tidak dapat dielakkan" yang peluru berpandu yang menembak jatuh Penerbangan MH17 adalah dari Rusia.

Beliau juga merasakan bahawa pemisah yang beroperasi pelancar peluru berpandu itu mungkin telah dilatih oleh Russia.

Beliau berkata: "mata dunia... tertumpu kepada Vladimir Putin. Dan apa yang kita lihat dari Rusia adalah kekeliruan dan halangan pada masa ini.

"Russia mungkin mempunyai lebih banyak maklumat mengenai  ini berbanding negara lain. Mereka sangat berhampiran dengan tempat kejadian. Ia hanya beberapa batu dari sempadan Rusia. Terdapat lebih banyak kehadiran tentera di kawasan itu dan mereka tidak berkata apa-apa.

"Apa yang kita perlukan adalah kerjasama penuh Rusia. Apa-apa keterangan bahawa sesungguhnya mereka yang perlu diserahkan kepada penyiasat antarabangsa. Mereka mesti menggunakan pengaruh mereka untuk membenarkan akses antarabangsa untuk tapak itu untuk memastikan segala bukti yang berkenaan selamat termasuk mangsa dan harta benda mangsa-mangsa."

Beliau menambah bahawa Britain percaya bahawa masih penting keterangan forensik di tempat kejadian, tetapi setiap hari yang penyiasat dinafikan akses ke kawasan kemalangan menjadikannya "lebih sukar untuk digambarkan".

Beliau berkata:.. "Ia mustahil untuk mendapatkan akses ke tapak yang dipersetujui oleh pihak-pihak yang mengawalnya melainkan anda sanggup berkeras dalam berunding dengan orang-orang yang mengawal kawasan kejadian tersebut. Terdapat satu pihak di dunia yang jelas mempunyai keupayaan untuk menyelesaikan masalah ini beliau adalah Vladimir Putin. Semua kata-kata  manis yang kita dengar dari Moscow ia tidak berlaku."

Hammond juga berkata bahawa Britain perlu bersedia untuk meneruskan sekatan kewangan walaupun ianya memberi kesan kemusnahan kepada London.

Beliau berkata: "Sudah tentu kita perlu bersedia untuk menerima sebagai sebahagian daripada langkah-langkah sekatan yang komprehensif walaupun memberi kesan kepada London."

KOTAK HITAM AKAN DISERAHKAN PEMBERONTAK


DONETSK: Kumpulan pemberontak wilayah Republik Rakyat Donetsk mendakwa telah menemui kotak hitam pesawat Malaysia Airlines yang nahas di timur Ukraine dan akan menyerahkannya kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Ketua pemberontak, Alexander Borodai berkata semua mayat yang telah dipindahkan dari lokasi kejadian akan disimpan dalam gerabak keretapi berhawa dingin di Torez sehingga kumpulan pakar penerbangan antarabangsa tiba.



"Mayat-mayat itu tidak akan dibawa ke mana-mana sehingga pakar-pakar itu sampai," kata Borodai di Donetsk.

Beliau juga menegaskan pihaknya tidak mengganggu siasatan nahas dan menafikan semua laporan media antarabangsa dan kenyataan pasukan pemantau yang telah melawat lokasi kejadian.

Torez terletak kira-kira 15 kilometer dari tempat pesawat itu terhempas dipercayai ditembak jatuh.

Ukraine dan kumpulan pemisah itu saling menuduh antara satu sama lain sebagai dalang yang menembak jatuh pesawat berkenaan dan saling juga menafikan tuduhan itu.

Ukraine mendakwa kumpulan pemisah yang pro-Rusia itu menerima bekalan senjata daripada pentadbiran Presiden Vladimir Putin. Moscow bagaimanapun menafikan tuduhan itu.

Kedutaan Amerika Syarikat di Kiev pada Ahad mengeluarkan satu kenyataan keras yang mendakwa pesawat malang itu ditembak jatuh dari kawasan yang dikuasai oleh kumpulan pemisah. Ia juga mendakwa Rusia membekalkan sejumlah peralatan tentera termasuk kereta perisai membawa artileri dan pelancar roket kepada kumpulan pemisah itu. - Astro Awani


PANASSSS!!!!!! TG HAJI HADI SUDAH ANGIN DENGAN KHALID SAMAD




TUNGGU JUGA BILA KHALID NAK LETAK JAWATAN. TAKKAN TAK TERASA YANG HANG BUKAN ANAK SELANGOR......MALU TU WEHHHH


Mengikut facebook Tuan Guru, ianya diposting pada 20hb Julai 2014. Kira-kira 8 jam yang lalu. Bermakna ini ucapan terkini Tuan Guru. 

Friday, July 18, 2014

SENARAI PESAWAT AWAM YANG PERNAH DITEMBAK



Berikut ialah senarai pesawat penerbangan komersial utama yang ditembak jatuh sejak 40 tahun lalu:

21 Februari, 1973: Pesawat 114 Penerbangan Libya dari Tripoli ke Kaherah ditembak jatuh di Semenanjung Sinai oleh jet pejuang F-4 Phantom II Israel, mengorbankan 113 orang di dalam pesawat.

September 1, 1983: Sejumlah 269 penumpang dan kru pesawat 007 Penerbangan Korea terbunuh selepas pesawat ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Su-15TM Soviet berhampiran Pulau Moneron, barat Pulau Sakhalin Island, di Laut Jepun. Pesawat dalam penerbangan dari Anchorage ke Seoul.

3 Julai, 1988: Sebanyak 290 penumpang dan kru Pesawat 655 Penerbangan Iran terbunuh selepas pesawat ditembak jatuh peluru berpandu kapal Tentera Laut Amerika Syarikat USS Vincennes. Serangan berlaku di ruang udara Iran, di kawasan perairan Iran Teluk Parsi. Pesawat dalam penerbangan dari Tehran ke Dubai.

29 September, 1998: Pesawat Lionair LN 602 yang dikendalikan Antonov An-24RV terjatuh ke dalam laut di pantai barat laut Sri Lanka dalam keadaan misteri, membunuh 47 penumpang dan kru. Namun sesetengah laporan menyebut ia ditembak oleh pemberontak Pembebasan Harimau Tamil Eelam.

17 Julai, 2014: Pesawat MH17 Malaysia Airlines, dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh di Ukraine. Sejumlah 298 orang berada di dalam pesawat.

- BERNAMA 

IATA SAHKAN PENERBANGAN MH17 DI LALUAN YANG BETUL DAN SELAMAT

MH17 terbang di ruang udara tanpa sekatan - IATA



SINGAPURA: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine, dipercayai terbang di ruang udara tanpa sekatan.



Dalam kenyataan dari Geneva, persatuan syarikat penerbangan itu menyatakan: "Berdasarkan maklumat semasa yang diperoleh, adalah dipercayai ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan."

"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan penumpang serta anak kapal MH17," kata IATA.

Media asing melaporkan sebuah pesawat penumpang Malaysia Boeing 777 yang membawa 295 orang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia.

Penerbangan MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu tempatan Amsterdam) dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi (waktu tempatan Malaysia) pada hari berikutnya.

BERKECAI SEMUANYA.KOTAK HITAM DI BAWA KE MOSCOW


MOHON SEMUA RAKYAT MALAYSIA MENDOAKAN KESEJAHTERAAN BUAT JENAZAH DAN AHLI KELUARGA MANGSA MH17

43 MANGSA MH17 IALAH RAKYAT MALAYSIA


KUALA LUMPUR: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan bahawa seramai 298 jumlah penumpang  dan krew, termasuk tiga orang bayi terlibat di dalam nahas pesawat MH17.

MAS mengesahkan daripada 298 orang itu, 43 orang adalah rakyat Malaysia, 154 orang adalah rakyat Netherlands, 27 dari Australia, 12 dari Indonesia, sembilan dari United Kingdom, empat masing-masing dari Jerman dan Belgium, tiga dari Filipina serta satu dari Kanada.

Sementara itu kewarganegaraan 41 orang lagi masih belum dikenal pasti.

“MAS mengesahkan pesawat MH17 tidak membuat sebarang panggilan kecemasan.

“Laluan penerbangan itu sebelum ini telah diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.

“MAS sedang dalam proses memaklumkan keluarga penumpang dan krew tentang kejadian ini,” kata MAS di dalam satu kenyataan media.

Pesawat MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT)  dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia sebelum disahkan terhempas.


Astro Awani

MH17 TERHEMPAS ATAU DI TEMBAK? POLEMIK SPEKULASI





dipercayai" ditembak menggunakan peluru berpandu anti pesawat ini.. Buk air missile. 

ANWAR MAHU MERAYU UNTUK KHALID SAMAD.


ELOK HANG BERTANDING DI JOHOR LA. ADA BERANI?

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan memohon untuk menghadap Sultan Selangor bagi memohon pengampunan ke atas MP Shah Alam dari PAS, Khalid Samad. 

"Kami mempertimbangkan apa yang sultan titahkan. Kami merayu diberikan ruang kepada Khalid untuk menjelaskan kenyataan,” kata Anwar kepada pemberita selepas selepas satu acara di kediaman rasmi menteri besar hari ini. 

"Kami merayu agar diberi perkenan oleh baginda dalam bulan Ramadan yang suci. Khalid seorang MP yang berwibawa dan tegas dalam pandangannya. 

"Jika pendekatan itu salah, kami merayu kepada Sultan untuk memberi ruang untuk pengampunan,” katanya. 

Sultan Sharafuddin semalam menyatakan kemurkaannya ke atas Khalid atas kenyataan MP itu pada bulan lalu. 

Khalid bersama tiga lagi MP PAS, Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Hanipa Maidin (Sepang) and Che Rosli Che Mat (Hulu Langat) menggesa kerajaan negeri menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor.

Wednesday, July 16, 2014

KAK WAN TAK LAYAK JADI MB SEBAB " UZUR SYARIE"




Datuk Seri Wan Azizah Islam tidak sesuai untuk menjadi menteri besar Selangor kerana wanita lazimnya mengalami uzur syarie dan ini bermaksud beliau tidak dapat selalu mengiringi sultan. 


Memetik peguam Umnno Datuk Mohd Hafarizam Harun sebagai pakar perlembagaan, New Straits Times (NST) melaporkan walaupun tiada halangan gender bawah undang-undang tubuh Selangor, terdapat kebimbangan praktikal dalam memilih wanita sebagai menteri besar. 


“Ini kerana seorang menteri besar wanita mengalami uzur syarie (haid), terdapat banyak halangan untuknya untuk mengiringi sultan dalam acara keagamaan. 


“Walaupun perkara bawah perlembagaan Selangor sebagai contoh tidak menghalang wanita daripada menjadi menteri besar, tetapi berdasarkan konvensyen, terdapat masalah ekoran keadaan itu,” Mohd Hafarizam dipetik sebagai berkata. 


Menggunakan tajuk “Azizah may not be MB”, NST melaporkan Azizah mungkin tidak mampu menunaikan tanggungjawab melibatkan keagamaan, walaupun layak bawah undang-undang tubuh, yang menyebut keperluan berbangsa Melayu dan beragama Islam. 


NST melaporkan, menteri besar dilantik daripada kalangan lelaki sejak merdeka, dan menyebut bahawa Perkara 51(2) Undang-undang Tubuh Selangor 1959 merujuk menteri besar dalam bahasa Inggeris sebagai “he” (ganti nama lelaki).

TAYANG PUNGGUNG TRADISI PELIK DI CALIFORNIA





Walaupun dunia hari ini dikatakan makin bertambah tahap ketamadunan namun ternyata masih ada lagi sikap tidak bertamadun dalam masyarakat hari ini. Salah satu contohnya adalah tradisi yang digelar Moon Amtrak atau Mooning of the Train.


Tradisi ini akan diadakan pada hari Sabtu kedua bulan Julai di mana orang ramai akan berkumpul di luar Mugs Away Saloon di Laguna Niguel, Carlifornia. Menurut mereka, sejarah bermulanya tradisi ini pada tahun 1979 apabila seorang yang kaya raya yang menuju ke bar dan berjanji memberi minum percuma kepada sesiapa sahaja yang berani menyahut cabarannya. Cabarannya adalah menayangkan punggung ke arah kereta api Amtrak(kereta api penumpang).

Sehingga kini, perkaran tersebut menjadi tradisi kepada masyarakat tempatan malah Moon Amtrak mendapat sambutan sehingga ribuan orang menyambutnya setiap tahun.

BK : NI LA PUAK KAPIAQ 

MUKTAMAD HAMAS TOLAK GENJATAN SENJATA




GAZA REJECTS EGYPT’S TRUCE, ISRAEL PROMISES HARDER STRIKES

GAZA CITY – Hamas rejected an Egyptian proposal for a cease-fire with Israel that was to take effect Tuesday, saying Cairo did not consult the group over the deal. Israel accepted the truce plan, but warned it would strike Gaza hard if Hamas didn't abide by it.

However, Hamas didn't close the door to negotiations on ending a week of fighting that killed at least 192 Palestinians and exposed millions of Israelis to rocket fire.

The militant group appeared to be holding out for better cease-fire conditions, with senior officials saying the current proposal offers no tangible achievements, particularly on easing a border blockade of Gaza enforced by Israel and Egypt.

Hamas also wants to be recognized by Egypt as a partner in any truce efforts. Sami Abu Zuhri, a senior Hamas official in Gaza, said the movement was not consulted by Egypt.

"We did not receive any official draft of this Egyptian proposal," he said, adding that the plan, as is, was "not acceptable."

Hamas officials are weary of promises by Egypt and Israel to ease the border blockade. Such promises were also part of a truce that ended more than a week of fighting in 2012, but were quickly broken as violence flared again.

An easing of the blockade of the coastal strip is key to the survival of Hamas.

Before the outbreak of the latest round of fighting, Hamas found itself in a serious financial crisis because a particularly tight closure by Egypt had prevented cash and goods from coming into the strip through hundreds of smuggling tunnels under the Gaza-Egypt border.

Israeli government spokesman Mark Regev warned that Israel would strike Gaza even harder if Hamas does not accept the truce.

"If Hamas rejects the Egyptian proposal, if Hamas continues to shoot rockets at Israeli cities, we are prepared to continue our military operation and intensify it as needed to protect our people," he said.

Over the past week, Israel has carried out hundreds of air strikes against targets in Gaza to try to diminish Hamas' ability to fire rockets at Israel.

Tuesday, July 15, 2014

ISRAEL, YAHUDI DAN ZIONISME.3 ENTITI BERBEZA



Bani Israel 

Bani Israel ialah keturunan Israel (keturunan Nabi Ya’kub) yang berasal dari anak-anak Ya’kub seramai 12 orang (Rubin, Simeon, Lawway, Yahuda, Zebulaon,Isakhar, Dann, Gad, Asyer, Naftali, Yusuf, dan Benyamin) yang dikenali dengan gelaran Al-Asbaat. Istilah Yahudi diambil dari salah seorang anak Nabi Ya’kub. 

Oleh itu, Bani Israel ialah terminologi yang digunakan Allah didalam Al-Quran dalam bentuk khabar (pemberitaan/kisah), yang membawa maksud sebuah bangsa yang menganut agama Yahudi. 

Yahudi 

Di dalam Al-Quran, istilah Yahudi ada digunakan didalam konteks agama: 

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka [TQS. Al-Baqarah(2):120]

Istilah Yahudi juga digunakan dalam konteks bangsa bila disampaikan dalam bentuk khabar/kisah: 

Dan Kami bawakan Bani Israil keseberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu):“Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)”. [TQS. Yunus (10):90] 

Ayat lain yang mengungkapkan Yahudi sebagai aturan agama: 

Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil(dengan berfirman):“Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa,dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat”. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya. [TQS. Al-Baqarah (2):83] 

Istilah Yahudi juga diungkapkan kepada Ahli-ahli Kitab: 

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu,sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian) [TQS. Al-Baqarah(2):146] 
Oleh itu, secara umumnya istilah Yahudi boleh membawa 2 maksud: Agama dan juga Bangsa. Bila dikaitkan kepada agama, istilah Yahudi membawa maksud agama Yahudi. Bila digunakan dalam bentuk khabar/kisah – istilah Yahudi membawa maksud bangsa. 

Zionis 
Zionis pula ialah sebuah pergerakan kebangsaan yang ditubuhkan Yahudi pada tahun 1897 di Basel,Switzerland. Istilah “Zionis” diambil dari nama bukit Zion – tapak paling suci dalam agama Yahudi – yang kini terletaknya Masjidil Aqsa. Presiden pertama pertubuhan kebangsaan Yahudi ini ialah Dr. Theodore Herzl. 

Siapa pula Ashkenazi Jews? 

90% daripada orang Yahudi di dunia sekarang adalah terdiri daripada bangsa Yahudi Ashkenazi ini. Mereka berasal dari kawasan Khazar (dulu mereka punyai sebuah kerajaan yang menjadi sekutu dengan empayar Byzantine). 

Mereka kini dapat dijumpai telah berhijrah ke negara-negara seperti Amerika, Bohemia, Hungary,Poland, Belarus, Lithuania, Rusia, Ukraine dan juga Romania. 


Jadi, Yahudi Ashkenazi ialah bangsa-bangsa yang menganut agama Yahudi, dan tergolong juga sebagai Ahli Kitab, tetapi bukan berasal dari Bani Israel. 

Negara Israel 

Negara Israel dikatakan sebagai “promised-land” buat orang-orang Yahudi, walaupun ada dikalangan mereka sendiri yang bertegas bahawa adalah haram buat mereka untuk bernegara sebelum “Al-Masih” mereka turun (menurut ajaran-ajaran dalam Judaisme/Talmud). 

Tetapi alasan untuk bernegara buat mereka menjadi kuat apabila berlakunya peristiwa Holocaust selepas perang dunia ke-2 di mana berlakunya pembunuhan Yahudi beramai-ramai(genocide) oleh Nazi Jerman. 

Kewujudan negara Israel sebenarnya adalah dengan izin British melalui Deklarasi Balfour 1917 kerana Yahudi terlibat dalam menjatuhkan Khilafah Uthmaniyyah yang akhirnya jatuh pada tahun 1924. 

Akhirnya, pada tahun 1948 berdirilah negara Israel yang kita kenal hari ini dan berterusanlah konflik-konflik berdarah, pengusiran, dan pembunuhan ke atas kaum Muslimin.