Friday, May 16, 2014

PRK 51 : TOP LEADER MAI CERAMAH PUN AUDIEN KURANG 100 ORANG YANG HADIR

DIARI BADARKHUBRO MENJEJAK CERAMAH




Tarikh : 15 Mei 2014
Masa : 9:00 malam
Tempat : Padang Permainan Kanak-kanak Jalan Bunga Raya

Anggaran kehadiran : 60 orang


VIP :
1) Gobind Singh Deo - Ahli Parlimen DAP Puchong
2) Mahfuz Omar - Ahli Parlimen PAS Pokok Sena
3) Dr. Mohd. Hatta Ramli - Pengarah Pilihanraya PAS Pusat
4) Zairil Khir Johari - Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor
5) Ram Singh Karpal Singh

INTIPATI CERAMAH


Dr. Mohd. Hatta Ramli



1) PRK Bukit Gelugor kali ini adalah calon PAS yang membawa bendera DAP.

2) Parlimen yang menang majoriti ke-4 tertinggi dalam Malaysia. Pastikan kemenangan kali ini lebih besar dari yang lepas.

3) Tahniah kepada BN kerana membuktikan bahawa mereka pengecut.

4) Mereka anggap pilihanraya seperti permainan kanak-kanak bila suka boleh main, bila tak suka boleh buang dan tinggal.

5) UMNO semakin lemah dengan banyak ekor katak yang berada dalam parti mereka. Kelmarin mereka lompat keluar, hari ini mereka lompat masuk semula.

6) Nak jaga ADUN sendiri pun tak mampu apatah lagi nak meneruskan tanggungjawab nak jaga negara dan rakyat Malaysia yang berjuta-juta orang.

7) Yang UMNO tahu menghabiskan wang rakyat, bukannya membantu atau membela rakyat.

8) Lagi 3 bulan nak sambut Aidilfitri, Najib akan buat majlis jamuan Aidilfitri besar-besaran dengan makanan yang amat mewah. Semua itu guna wang siapa kalau bukan wang rakyat?

9) Pergi lawatan rasmi keluar negara bawa rombongan sehingga 30 - 40 orang guna wang siapa jika bukan wang rakyat?

10) Sewa jet mahal guna wang siapa jika bukan wang rakyat?

11) Berapa banyak pulangan yang dapat semula kepada rakyat dengan berbelanja menggunakan wang rakyat?

12) Berapa banyak kekayaan yang dikaut oleh kroni BN dengan menggunakan wang rakyat?

13) Laporan Audit Negara membentangkan ada ketirisan wang yang berlaku. Kemana wang itu pergi? Kepada rakyat atau masuk kedalam pomet kroni BN sendiri?

14) Bagaimana cara kita mahu atasi masalah ini? Dengan menukar kerajaan melalui pilihanraya ini. Kekalkan suara kita dalam Parlimen supaya singa yang telah meninggalkan kita akan digangi dengan singa yang baru.

Mahfuz Omar




1) Yakin 9 Jun 2014 ketika Parlimen bersidang selama 2 minggu, Pakatan Rakyat akan dapat rakan baru yang lantang bersuara yang akan duduk dikerusi mendiang Karpal Singh. Tidak ada calon lain yang sesuai menggangikan Karpal Singh melainkan anak mendiang sendiri.

2) 5 Mei baru ini genaplah setahun kerajaan 47%. Kerajaan yang sebenarnya gagal mendapat mandat rakyat tetapi kehulu kehilir mencanang tong kosong menyatakan bahawa mendapat sokongan rakyat. BN dan UMNO memang muka tak malu.

3) Dalam PRU yang lepas berjanji bulan dan bintang segala macam itu ini tetapi bila dah menang rakyat makin terseksa.

4) Kita beranggapan bila menang PRU maka akan ada pelbagai usaha dan juga jalan penyelesaian oleh BN kepada rakyat tentang menangani masalah kos sara hidup.

5) Tengok-tengok tidak ada satu pun usaha yang dilakukan oleh BN membantu rakyat untuk meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat dari sehari ke sehari. Belum ada satu pun kaedah penyelesaian yang diberikan oleh Kerajaan yang kononnya membela rakyat.

6) Bangga dengan produk BR1M. Apa mereka ingat dengan RM650 itu boleh meringankan perbelanjaan untuk setahun bagi satu keluarga?

7) Padahal kalau rakyat boleh lihat keluarga mereka hidup mewah. Jam tangan sahaja dah mencecah beribu-ribu ringgit apatah lagi beg tangan Rosmah dan juga rambut beliau.


 Zairil Khir Johari


1) Rakyat kena kekalkan penguasaan Pakatan Rakyat dalam Parlimen ini dengan keluar mengundi. Kita mahukan majoriti yang lebih tinggi dari sebelum ini.

2) Jangan takut untuk keluar mengundi. PRK kali ini adalah yang paling selamat kerana BN tidak bertanding. Bila BN tiada semuanya berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Tapi bila BN bertanding dapat dilihat gangster upahan UMNO bermaharajalela, poster calon kita dikoyak, jentera ditumbuk ataupun cermin kereta dipecahkan.

3) Malaysia akan lebih aman tanpa BN. Ada BN rakyat dan keadaan jadi porak peranda.

4) Najib melaungkan 1Malaysia. Tetapi saya hairan kenapa Bible dalam Bahasa Inggeris boleh diedarkan tetapi Bible dalam Bahasa Melayu diharamkan? Dimanakah sebenarnya kebebasan beragama yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia?

5) Baru-baru ini TPM pergi ke Dubai menghadiri Middle East Education Conference dengan membawa seramai 17 orang. 7 bodyguard, 4 pegawai khas, seorang Setiausaha Akhbar, seorang Setiausaha Sulit, 2 orang staff Pejabat TPM dan 2 orang lagi jurugambar.

6) Bawa rombongan bukan dikalangan mereka yang ada didalam Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi buatkan lawatan ini seperti rombongan melancong.

7) Saya bertanya kepada Pejabat TPM kenapa dalam main Golf ketika menghadiri Conference ini, jawab Pejabat TPM, bermain golf adalah salah satu tugas rasmi.

8) Apa kebaikan sistem pendidikan yang dibawa balik ke Malaysia apabila menghadiri Middle East Education Conference yang sistem pendidikannya jauh lebih teruk dari Malaysia?


BK : KESIMPULAN YANG BOLEH BK NYATAKAN IALAH PENCERAMAH PR DENDANGKAN LAGU LAMA DAN BERMAIN PERSEPSI SAHAJA.JUMLAH AUDIEN YANG MAT KECIL MENUNJUKKAN SOKONGAN TERHADAP PR SEMAKIN MENURUN DAN MAJORITI JUGA AKAN JATU. RAM KARPAL NO POWER