Wednesday, January 29, 2014

AZMIN KECEWA DALAM GEMBIRA

Azmin Ali

AZMIN TUNDUK AKUR.....

Tindakan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah sebahagian daripada "tindakan taktikal" PKR, kata Timbalan Presidennya Mohamed Azmin Ali (gambar).

Mohamed Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, pihaknya turut menerima dengan terbuka keputusan parti meletakkan Anwar bagi menggantikan Lee Chin Cheh, yang meletak jawatan semalam petang.

"Ia gerakan taktikal... kita perlukan satu kerusi kosong," kata Azmin mengulas alasan Lee meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang.

"Kita perlukan pemimpin nasional seperti Anwar untuk bertanding di Selangor dan kukuhkan kedudukan PKR," katanya lagi kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.

BK : AZMIN ANAK AYAM NUAR. MANA BERANI DIA LAWAN. PENAT PENAT DIA BALUN KHALID, YANG DAPAT NUAR BRAHIM PULAK.ITU PUN TUNGGU....