Thursday, January 30, 2014

ANWAR BERTANDING DIKAJANG KERANA MAHU SELAMATKAN DS NAJIB?


Rakyat bakal menyaksikan pertembungan pilihanraya yang mahal, ekoran perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh, tanpa sebab munasabah. Walau apapun alasannya, pilihan raya kecil terpaksa dijalankan dengan kos yang ditanggung dana awam, di samping pelbagai pengumuman projek dan pemberian imbuhan yang mencecah ratusan juta. 

Jelas ada kelompangan dalam perjalanan demokrasi pilihan raya di Malaysia. Golongan muda berpendapat, demokrasi yang matang menyanjung dan menghormati ketinggian nilai mandat yang diberikan oleh rakyat. Jika dahulu ada yang khianati mandat dengan melompat parti, kini ada yang “pertaruhkan” mandat dengan meletakkan jawatan. 

Sudah tiba masanya satu kajian dibuat bagi mencari mekanisma atau peraturan yang dapat mengekang situasi ini, sama ada dengan meminda akta pilihan raya ataupun fasal perlembagaan berkaitan. 

Satu bentuk penalti monetari yang tinggi patut dikenakan pada wakil rakyat yang meletakkan jawatan secara sengaja tanpa alasan munasabah, contohnya minima RM500,000 untuk Ahli Dewan Rakyat dan RM300,000 untuk Ahli Dewan Negeri, sebagai “denda moral” terhadap hilangnya nilai integriti calon dan parti yang diwakili. 

Anak muda kini makin cakna memikirkan perihal politik, mahu melihat budaya politik yang sihat dan produktif, bebas daripada sempit perkauman dan perebutan kuasa (politicking) tanpa henti. Partisipasi politik anak muda sifatnya merentasi kepartian, sinis terhadap politikus murahan, cenderung menyatakan pendirian, dan berani melakukan perubahan. 

Anak muda juga makin cakna dengan urus tadbir ekonomi. Saban hari anak muda hadapi harga makan minum yang mahal, harga rumah mahal, sewa rumah mahal, harga kereta mahal, tambang bas dan teksi mahal. Hendak belajar perlu berhutang, hendak berniaga tiada modal, hendak bekerja peluang terhad, hatta hendak berkahwin terpaksa meminjam. Anak muda mahukan solusi daripada para YB. 

Sedikit peringatan pada yang berkuasa (dan bakal berkuasa), firman Allah SWT (maksudnya): “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Ali–Imran: 26). 

Di Kajang, gong pilihan raya sudah “terpalu”, demi agenda yang lebih besar, dan mandat yang lebih mahal. – 29 Januari, 2014. 

* Penulis artikel ini adalah Pengarah Kajian Polisi Pemuda PAS. 

BK : APAPUN YANG BERLAKU BUDAYA KUASA DAN HARTA TIDAK DAPAT DIPISAHKAN DARI PIMPINAN POLITIK DI MALAYSIA. BILA BERKUASA MAKA HARTA AKAN DIKUMPUL SEBELUM KUASA DI AMBIL SEMULA.

ANAK MUDA MULA MENYAMPAH DENGAN SKIM YANG DI TAWARKAN OLEH PARTI POLITIK DI MALAYSIA. MEREKA BERCAKAP SOAL BERJUANG, TETAPI PERANGAI MEREKA TIDAK MENCERMINKAN APA YANG MEREKA CAKAP.

PENASIHAT PIMPINAN PARTI PULA BERJUANG BUKAN DEMI RAKYAT TETAPI DEMI TEMBOLOK MASING MASING.