Tuesday, December 31, 2013

NEGERI DI BAWAH BAYU UCAPKAN SELAMAT TINGGAL PKR


Lagi pemimpin tertinggi PKR Sabah keluar parti 


KOTA KINABALU 30 Dis. - Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah terus menerima tamparan hebat apabila Timbalan Ketua Penerangan parti negeri, Musli Oli mengambil tindakan keluar parti berkuat kuasa hari ini. 

Tindakan itu diambil Musli selepas hilang keyakinan dan kepercayaan ke atas pendekatan PKR dalam menangani masalah negara. 

Beliau berkata, PKR dan pakatan pembangkang dilihat mengamalkan langkah penyelesaian berbentuk konfrontasi selain satu 'kewajipan' bagi mereka menggunakan kekerasan menentang kerajaan berbanding menggunakan pendekatan perbincangan atau rundingan. 

"Apa yang PKR buat sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah menentang kerajaan secara agresif dengan mempergunakan rakyat selain memainkan sentimen kebencian yang melampau. 

"Jika mereka benar-benar mahu membela rakyat, pembangkang boleh menggunakan pendekatan diplomatik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Pada 26 November lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan para pemimpin utama daripada 11 cabang parti di negeri ini mengisytiharkan keluar parti sekali gus menyatakan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN). 

Musli yang juga bekas Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri berkata, beliau seakan-akan terjaga daripada mimpi apabila penglibatannya dalam politik PKR tidak membuahkan hasil sebaliknya lebih terpengaruh kepada janji-janji manis parti tersebut dengan kandungan Buku Jingga. 

Katanya, antara janji manis PKR dalam Buku Jingga adalah mengembalikan beberapa perkara yang anggap wajar dikembalikan kepada rakyat dan negeri Sabah, khususnya mengenai Perkara 20, royalti minyak (2 peratus), Cabotage Policy dan soal autonomi yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 jika Pakatan Rakyat mengambil-alih Putrajaya sukar untuk dicapai. 

YANG PELIK, MACAM MANA SUARA PKR TETAP BERKUMANDANG DI SABAH