Thursday, November 8, 2012

PASCA E 13 : BAJET 2009 DAP STATE NAK BUAT KOBE BEEF DI JURU. MANA DIA ?

BAJET 2009 

Hab Halal Antarabangsa
14. Pulau Pinang juga akan dijadikan sebagai Industri Hab Produk
Halal bertaraf antarabangsa. Kawasan Balik Pulau dan Bukit Minyak
akan dibangunkan sebagai Hab Halal Antarabangsa yang bercirikan
10 teras utama iaitu pembuatan, pembungkusan, pemasaran,
logistik, kewangan Islam, gudang, pensijilan Halal, latihan kemahiran,
penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengurusan sumber
manusia.

15. Adalah dicadangkan pengeluaran barangan makanan secara
komersil, terutama makanan halal untuk pasaran domestik dan
antarabangsa. Di antaranya adalah pengeluaran vaksin ubat halal,
makanan bermutu tinggi dan ternakan lembu nilai tinggi di ladang di
kawasan Juru seperti versi Kobe Beef dari Jepun yang akan
dipanggil Juru Beef.

16. Lokasi Hab Halal Antarabangsa yang dicadangkan di Balik
Pulau akan dimajukan untuk perkhidmatan resort dan pelancongan
perubatan produk halal. Kawasan Batu Kawan pula akan dijadikan
Taman Halal bagi menempatkan pengusaha barangan halal. Di
samping itu, satu plot tanah dengan keluasan lebih kurang 131 ekar
telah dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri di Bukit Minyak sebagai
Kawasan Perindustrian Halal Pulau Pinang dengan penyertaan
daripada dua syarikat iaitu Halagel (M) Sdn. Bhd. dan GranuLab (M)
Sdn. Bhd.


SEHINGGA KE HARI INI DAN TELAH MENJANGKAU HAMPIR 5 TAHUN, KERAJAAN NEGERI GAGAL, SEKALI LAGI BK ULANG GAGAL DALAM MEWUJUDKAN SEBUAH LADANG TERNAKAN LEMBU SEPERTI DI KOBE BEEF JEPUN.

TERNYATA BAJET TAHUN 2009 YANG DIBENTANGKAN OLEH SEBUAH KERAJAAN NEGERI KONONNYA BERTANGGUNGJAWAB RUPANYA TIDAK MENJADI KENYATAAN DAN HANYA PANDAI MENULIS BAJET SEMATA MATA.

KESERONOKAN KERAJAAN NEGERI MENULIS BAJET DAN MEMBOHONG RAKYAT MENYEBABKAN KREDIBILITI MEREKA DIRAGUI.