Saturday, February 11, 2012

PASCA E 13 : SURAT MOHON BANTUAN TABUNG TYT : BUKTI KERAJAAN DAP TIDAK HORMAT WAKIL AGONG


Dengan keadaan yang begitu selamba kerajaan dap tidak segan silu ingin menjatuhkan air muka pimpinan utama negeri iaitu TYT Tun Abdul Rahman Abbas.Pada 19 April 2011, Abdul Rahman, 73, menerima Surat Cara Pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk memegang jawatan itu bagi tempoh dua tahun dalam satu upacara di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara.

Abdul Rahman yang dilahirkan pada 15 April 1938 di Kampung Permatang Rambai, Kepala Batas, Pulau Pinang mula dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang ketujuh pada 17 April 2001 dan seterusnya dilantik semula untuk memegang jawatan yang sama pada 1 Mei 2005 dan 15 April 2009.

Abdul Rahman yang kini Canselor Universiti Tenaga Nasional (Uniten), berkahwin dengan Toh Puan Majimor Shariff dan dikurniakan empat orang anak.Beliau yang berkelulusan ijazah kepujian dalam bidang Kesusasteraan daripada Universiti Malaya (UM) pada 1972, pernah menjadi pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang selama tiga tahun bermula pada 1982. Beliau pernah berkhidmat sebagai guru selama 20 tahun sebelum bergiat aktif dalam politik dan telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bertam, Pulau Pinang selama empat penggal pada pilihan raya umum tahun 1978, 1982, 1986 dan 1990.

Abdul Rahman dalam karier politiknya pernah menjadi Setiausaha Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dari 1974 hingga 1988, Anggota Jawatankuasa Pemuda UMNO dari 1976 hingga 1978 dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas pada 1988

sebelum ini terdengar war war dalam selimut dap tidak menerima TYT  sedia ada kerana kata mereka beliau ialah bekas UMNO dan darah daging UMNO. DAP cuba mengaitkan politik dalam hal ini sedangkan TYT adalah untuk semua rakyat Pulau Pinang. Dalam hal ini ternyata dap tidak matang dan cuba mengait politik untuk urus tadbir pentadbiran sistem beraja dalam negara. Mungkin secara tidak disedari , tindakan mengeluarkan surat memohon dana bantuan daripada NGos sebagai langkah untuk meletakkan kedudukan TYT di tahap yang amat rendah. Tak Kan seorang ketua negeri memohon bantuan dari rakyat marhaen untuk memenuhkan Tabung TYT sendiri? Inilah yang BK maklumkan dari awal, secara halus dap menghina TYT. Apakah melayu boleh berdiam ? Mengapa perkara ini berlaku dengan mudah?

Kalau kerajaan negeri kutip duit untuk hari pahlawan ke ok la juga. Yang amat menyedihkan kutipan di pohon kepada ngos. Nampaklah tak cerdik sangat. Mujurlah depa tak bagi pada masjid, kuil atau tokong dan gereja. Yang BK tahu ,Tabung TYT juga digunakan untuk membantu anak luar bandar mendapatkan bantuan dermasiswa atau pun biasiswa.

Kerajaan negeri harus meminta maaf atas kesalahan besar mereka cuba memperkecilkan entiti TYT itu . Kerajaan negeri yang seharusnya mencari dana dengan memanjangkan surat berkenaan kepada pelabur besar di Pulau Pinang. BK risau, duit sumbangan pelabur disimpan untuk dana pilihanraya( mungkin ).Tugas membantu mangsa bencana alam adalah tugas hakiki pemerintah negeri. Memandangkan ketua menteri dap ini bongkak dan riak menyatakan kewangan negeri berlebihan, maka mengapa perlu meminta kepada rakyat? kalau dah tahu lebih banyak, pastikan jangan kutip bayaran parking. Inilah perangai dap macam fu*****.rakyat bertanya kepada wang lebihan kerajaan dap ?tak kan buat bayar anak emas, warga emas dan waris simati abis sampai rm1 billion. BN tinggalkan kepada kerajaan guan eng laknatullah hampir rm 850 juta pada tahun 2008. kemana pi wang ini?