Tuesday, February 21, 2012

PASCA E 13 : KERAJAAN TEMPATAN DAP BERTINDAK ZALIM KE ATAS PENIAGA KEDAI KOPI


Guan eng mampu tersenyum lagi selepas  merompak wang rakyat Pulau Pinang secara senyap

Petang semalam BK menjenguk seketika kawasan Tangjong Tokong on the way nak pi pantai Batu feringghi. Dah lama tak melawat pantai Batu feringghi. Sambil berjalan di sepanjang pantai, BK sempat menemubual beberapa orang tempatan dan peniaga yang berniaga di sekitar pantai berkenaan . Antara yang mereka rungutkan ialah kebanyakan penjaja  menghadapi masalah kerana pihak berkuasa tempatan ( MPPP)sering mengambil tindakan ke atas penjaja yang gagal mengikuti peraturan yang ketat.

Selepas mendapat negeri pulau pinang, guan eng telah mengumumkan penghapusan kompaun penjaja bernilai hampir RM 24 juta. sekarang guan eng telah menguatkuasakan satu peraturan yang ketat dan memaksa penjaja untuk mengikuti peraturan tersebut. Jika tidak kompaun akan dikenakan. Inilah yang BK namakan strategi kong kali kong. Buat baik peringkat awal kemudian rompak semula wang penjaja melalui kompaun MPPP.Penjaja-penjaja yang BK temui  mengadu pihak MPPP tidak memberi sebarang kelonggaran tentang proses permohonan lesen atas perniagaan mereka.Yang pihak MPPP tahu hanyalah mengeluarkan saman atau kompaun.

Beginilah nasib hasil kekejaman yang dilakukan oleh guan eng. Guan eng bijak merompak wang rakyat tanpa disedari. Misalnya menaikkan kadar masa parking kereta. menambahkan lot parking kereta berbayar.surcaj air dan pelbagai lagi yang rakyat tak tahu  tentang kenaikan jumlah denda di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan DAP.