Friday, February 17, 2012

PASCA E 13 : BACAAN AYAT QURAN DENGAN PEMBESAR SUARA BERKUMANDANG SEMULA DI BUMI PENANG




Tanggal 17 februari 2012 , jam 7.30 pagi BK bersarapan di salah sebuah gerai berdekatan dengan Masjid Bandar Perda.BK dalam perjalanan dari KL ke Butterworth.Sambil menjamah makanan,  berkumandang suara bacaan yassin dengan menggunakan pembesar suara dari arah sebuah masjid. Kata kawan BK itu ialah masjid Bandar Perda. Sebelum ini BK dengar di beberapa buah masjid sekitar Seberang perai Selatan dan Seberang Perai Utara telah memperdengarkan semula bacaan ayat quran dengan menggunakan pembesar suara. Boleh dikatakan banyak juga masjid yang dah mula memperdengarkan bacaan al quran dengan menggunakan pembesar suara.

Keadaan yang berlaku menyebabkan BK tertanya , apakah pengurusan masjid dan imam masjid tersebut mula mengingkari hadis Nabi SAW dan juga peringatan mufti Pulau Pinang?Bukankah sebelum ini isu memperdengarkan bacaan quran dengan menggunakan pembesar suara adalah tidak digalakkan kerana ianya dikhuatiri menganggu jiran atau anak kecil.

Apapun BK bersyukur kerana setiap permasalahan memerlukan keberanian untuk menyatakan kebenaran . Paksinya adalah Al quran dan al sunnah. jangan percaya sangat cakap pkr dan dap yang kalut nak liberalkan Islam. sekarang ni dap dan pkr dok kalut buat talk tentang konsep kesederhanaan. Jika dato najib dengan konsep wasatiyyah dan moderate, mereka dap dan pkr mahu bercakap soal moderate tulen? mereka dah kantoi lagi tiru dato najib

TULENKAH KESEDERHAAAN DI PULAU PINANG APABILA RAMAI DIKALANGAN EXCO MENJADI KAYA RAYA SELEPAS BERGELAR EXCO?