INILAH YANG BK KATAKAN , KATA DULANG PAKU SERPIH , KATA ORANG DIA YANG LEBIH. PANDAI CAKAP TAK SEMESTINYA PANDAI BUAT. PANDAI BERZIKIR, TAK SEMESTINYA MEMAHAMI MAKSUD ZIKIR.
BK amat tertarik dengan hujah-hujah ala syaitan yang di bawa oleh badrul. akhirnya setelah hampir 2 hari kes berlaku, tok ketua syaitan bernama nuar ibrahim pun bersuara mempertahankan badrul dengan kenyataan saya yakin badrul berada seorang di dalam bilik ketika itu.dalam hal ini, bagaimana permainan persepsi dimainkan sekali lagi untuk mengaburi hati dan mata rakyat. kes yang sama berlaku ke atas ketua syaitan sebelum ini iaitu dalam hal cd berzina dengan china doll. mengeluarkan kenyataan yang bersifat bohong, tidak semestinya menyatakan badrul menang. antara hujah dan penceritaan badrul syaitan ini bagi menyatakan beliau di aniayai ialah seperti berikut :
1. artikel paper the star menyatakan badrul di tahan di luar bilik
( pengesahan di buat oleh JAIP bahawa badrul di tahan di dalam bilik.kenapa badrul tidak berani saman jaip sehingga ke hari ini )
2.menjelaskan bahawa beliau cuba membantu seorang kenalan wanita yang bemasalah dengan suaminya tetapi ditahan oleh pasukan JAIP selepas diserang oleh sekumpulan lelaki termasuk suami wanita berkenaan.
( beliau kata ingin membantu wanita tersebut. soalnya sekarang mengapa membenarkan wanita itu memasuki bilik beliau. wanita bukan mahram tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik bukan mahram kerana boleh menimbulkan fitnah . bukan itu sahaja, wanita bukan mahram dilarang memasuki rumah lelaki yang bukan mahram sekiranya lelaki tersebut tinggal bersendirian. soalnya sekarang mengapakah badrul membenarkan wanita tersebut masuk. mengapakah badrul tidak menyuruh wanita tersebut hadir pada hari esoknya atau jika ingin memberi perlindungan pun, hantarlah wanita tersebut ke bilik wanita. ternyata badrul memang bodoh, biul dalam bab agama. beliau hanya pandai berzikir sahaja dan membohongi umat dengan alunan zikir. zikir pandai, amal di tahap yang amat menjijikan bagi status seorang ustaz.)
3.Badrul Amin menjelaskan, wanita terbabit bersama anaknya muncul di bilik hotelnya secara mengejut pada jam 2 pagi.
( secara mengejut ? kalau secara mengejut mengapa benarkan juga masuk .bukankah ini sengaja di cipta.tak kan badrul bodoh nak mampuih dalam bab agama. setahu BK badrul memang nak bersenang lenang je la kot.kenapa di buka juga pintu sedangkan wanita itu bukan mahramnya. bagaimana pula dengan kes jabatan agama yang menahan wanita yang membawa anaknya ketika berkhalwat dengan lelaki bangladesh sebelum ini?mengapakah wanita tersebut bersalah walaupun membawa anaknya?)
4."Saya mengenali kedua-dua wanita dan suaminya sejak lebih setahun lalu ketika dia dan keluarganya mengiringi delegasi umrah saya.
( dah kenal dan mungkin dah intim. jadi tak timbul istilah terkejut. yang BK tahu dah terlalu kerap ber sms. bila dah kenal , mengapakah terlalu intim sangat.apakah alasan dah kenal setahun lalu, membolehkan badrul membenarkan wanita tersebut masuk kebiliknya?)
5.Beliau berkata sebaik sahaja melihat keadaan wanita terbabit dan anaknya, beliau mengambil keputusan untuk mendaftarkan mereka di bilik lain di hotel berkenaan.
( kenyataan ini menunjukkan beliau ada usaha nak daftarkan ke bilik lain , tapi mengapakah ketika di ambil tindakan , perempuan tersebut berada di dalam biliknya ?
6.Walaubagaimanapun suami wanita terbabit dan diiringi lebih 20 individu yang tidak dikenali 'mengepung dan menyerangnya" manakala suami wanita terbabit secara paksa telah mengheret isteri dan anaknya keluar.
( badrul kata dirinya di serang oleh 20 orang lelaki. mengapakah badrul tidak membuat pemeriksaan klinikal pada pagi itu juga. bayangkan di serang dengan 20 orang?kalau 3 orang serang pun paling tak patah gigi atau lebam lebam. ini 20 orang yang menyerang, badrul sihat walafiat sahaja. kemudian badrul kata suami wanita tersebut mengheret isterinya keluar. kenyataan ini menunjukkan perempuan itu ada di dalam biliknya dan ini sekaligus menyangkal dakwaan badrul yang kononnya ingin mendaftarkan wanita tersebut ke bilik lain. badrul ternyata berbohong.)
7.Pegawai-pegawai Jaip yang tiba 20 minit kemudian bertindak menahan beliau, kata Badrolamin.( 20 minit kemudian badrul kata pengawai jaip tiba. ini bermakna badrul dibelasah lebih dari 20 minit dan sudah tentu wanita itu tiada ditempat kejadian sebab badrul kata perempuan itu telah di tarik keluar. jika di bawa kenyataan ini secara realiti, bermakna badrul di belasah di dalam bilik.pandai badrul berbohong dengan hujah dangkal)
HUJAH ILMUAN
Penemuan Saintifik Disebalik Khalwat Pasangan Bukan Mahram
Larangan untuk tidak berkhalwat (berdua-duaan) antara seorang lelaki dan wanita yang bukan mahram selama ini dipatuhi seorang mukmin sebagai ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Tapi, jarang dari kita yang mengetahui sebab ilmiah disebalik perintah itu.
Kenapa hal tersebut dilarang dan dianggap berbahaya oleh syariat Islam? Bahagian tubuh kita yang mana yang ternyata berpengaruh terhadap keadaan khalwat itu?Baru-baru ini, satu kajian membuktikan bahaya berkhalwat tersebut.Para penyelidik di Universiti Valencia menegaskan bahawa seorang yang berkhalwat dengan wanita menjadi daya tarikan yang akan menyebabkan kenaikan sekresi hormon kortisol. Kortisol adalah hormon yang bertanggung jawab terjadinya stres dalam badan. .
“Cukuplah anda duduk selama lima minit dengan seorang wanita. Anda akan mempunyai perkadaran tinggi dalam peningkatan hormon tersebut,” inilah penemuan kajian saintifik baru-baru ini yang disiarkan di dalam Daily Telegraph!
Para saintis mengatakan bahawa hormon kortisol sangat penting bagi tubuh dan berguna untuk prestasi tubuh tetapi dengan syarat mampu meningkatkan perkadaran yang rendah, tetapi jika meningkat hormon dalam tubuh dan berulang terus proses tersebut, maka yang demikian boleh menyebabkan penyakit serius seperti penyakit jantung dan tekanan darah tinggi dan mengakibatkan diabetes dan penyakit lain yang mungkin meningkatkan nafsu seksual.
Bentuk yang menyerupai alat proses hormon kajian tersebut berkata bahawa stres yang tinggi hanya berlaku ketika seorang lelaki berkhalwat dengan wanita asing (bukan mahram), dan stres tersebut akan terus meningkat pada masa wanitanya memiliki daya tarikan lebih besar! . Tetapi hanya berlaku ketika bersendirian dengan seorang lelaki dan seorang wanita bukan mahram.
Para penyelidik mengatakan bahawa lelaki ketika ada perempuan asing disisinya, dirinya dapat membayangkan bagaimana membina hubungan dengannya (jika tidak emosional).
Nabi saw mengharaman khalwat
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
لا يخلون أحدكم بامرأة فإن الشيطان ثالثهما
“Janganlah salah seorang dari kalian berkhalwat dengan seorang wanita kerana sesungguhnya syaitan menjadi orang ketiga diantara mereka berdua.” (HR. Ahmad 1/18, Ibnu Hibban [lihat Shahih Ibnu Hibban 1/436], At-Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Awshoth 2/184, dan Al-Baihaqi dalam sunannya 7/91. Dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Shahihah 1/792 no. 430)
ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يخلون بامرأة ليس معها ذو محرم منها فإن ثالثهما الشيطان
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka janganlah ia berkhalwat dengan seorang wanita tanpa ada mahram wanita tersebut, kerana syaitan menjadi orang ketiga diantara mereka berdua.” (HR. Ahmad dari hadits Jabir 3/339. Dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Irwaul Gholil jilid 6 no. 1813)
لا يخلون رجل بامرأة إلا مع ذي محرم فقام رجل فقال يا رسول الله امرأتي خرجت حاجة واكتتبت في غزوة كذا وكذا قال ارجع فحج مع امرأتك
“Dari Ibnu Abbas, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, ‘Janganlah seorang laki-laki berkhalwat dengan seorang wanita kacuali jika bersama dengan mahram sang wanita tersebut.’ Lalu berdirilah seseorang dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, isteriku keluar untuk berhaji, dan aku telah mendaftarkan diriku untuk berjihad pada perang ini dan itu,’ maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata, ‘Kembalilah!, dan berhajilah bersama isterimu.’” (HR. Al-Bukhari no. 5233 dan Muslim 2/975)
BK BERPESAN KEPADA DIRI BK DAN BADRUL , FAHAMILAH HADIS DI ATAS. BADRUL KAU BUKANLAH HEBAT MANA PUN. KAU SEDANG HEBAT MELAWAN HUKUM ALLAH.
SEKIAN