Wednesday, July 6, 2011

BAHAGIAN KEDUA MANIFESTO KE 3 DAP PULAU PINANG DALAM PILIHANRAYA KE 13

dap mahu meningkatkan keadilan sosial dan membanteras apa sahaja bentuk diskriminasi termasuklah diskriminasi jantina, bangsa, agama dan kurang upaya.dalam hal ini yang teman nampak hanyalah perlantikan ydp mppp dan ydp mpsp adalah dari kalangan wanita. yang lain-lain tak nampak. seakan-akan kosmetik muka yang digunakan untuk menutup jerawat. pakaikan sedikit bedak di muka dan tebalkan sapuan bedak di tempat berjerawat, maka muka nampak cantik tanpa jerawat , sedangkan jerawat masih ada lagi. guan eng gagal dalam hal ini. dalam pdc, pbapp , pulau pinang invest ternyata keadilan dalam aspek jantina tidak diutamakan. sepatutnya maksud adil dalam aspek jantina ialah sekiranya terdapat 15 jawatan utama dalam pbapp, maka 6 mestilah perempuan. kalau staf penang invest ada seramai 100 orang katakan, maka wanita perlu ada 40 orang. barulah orang akan kata, kata di kota. bukti pembohongan ini merugikan kaum wanita yang memberi undi.

guan eng juga gagal dalam memastikan keadilan sosial di dalam peruntukan jawatan utama di sektor swasta dan perkilangan. yang dap nampak adalah perjawatan dalam perkhidmatan kerajaan. sepatutnya , guan eng dalam kuasa sedia ada, boleh memastikan semua pemilik kilang dan agensi perbankan meletakkan pekerja sama banyak dalam aspek kaum. malangnya ini tidak berlaku di pulau pinang. dap hanya nampak kerajaan bn tidak adil dalam agihan peruntukan pekerjaan mengikut kaum dalam agensi kerajaan. kepada para pembaca jangan terjerat dengan jejak dap yang hanya pandai bermain dengan pena dan mata hujah mulut.

dap berjanji akan menurunkan kadar jenayah dan meningkatkan keselamatan awam dengan meletakkan lebih ramai polis. perkara ini yang paling pembohong. penurunan kadar jenayah di pulau pinang adalah bukti kejayaan PDRM pulau pinang dan bukannya komitmen kerajaan negeri. sepatutnya kerajaan negeri perlu meletak pondok pengawal di setiap laluan lorong taman perumahan dan kampung.kerajaan negeri perlu berkorban untuk gajikan pengawal keselamatan di setiap pondok pengawal yang di bina di setiap lorong taman perumahan dan jalan kampung. barulah boleh bercakap soal negeri kebajikan. yang dap tahu hanya nak melatih pasukan polis sukarela. kalau dap berani, teman CABAR DAP BUAT PONDOK PENGAWAL DI SETIAP LORONG TAMAN DAN LORONG KAMPUNG. GAJIKAN PENGAWAL. JANGAN DOK ASYIK SALAHKAN POLIS SAHAJA. JADILAH KERAJAAN YANG BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS APA YANG DIJANJIKAN. LAGIPUN DAP KAN KATA LEBIHAN BAJET MELEBIHI RM 80 JUTA.

dap juga berjanji untuk memperbanyakkan kawasan hijau dan menghentikan projek PGCC  yang tidak mematuhi peraturan katanya. Peliknya dap juga yang nak membina  Penang International Convention and Exhibition (sPICE).  PROJEK INI MENGGUNAKAN RM 11.5 JUTA WANG MPPP. DIBANGUNKAN OLEH SP SETIA BERHAD, ECO MERIDOAN SDN BHD.JUMLAH KESELURUHAN RM 300 JUTA . projek menghijaukan negeri juga tidak dijalankan dengan giat. mana kawasan yang ditanam pokok. pi sahaja batu kawan.....ya Allah panasnya..........pokok pun tarak. macam mana nak buat bandar dan taman perumahan dalam taman.

kegagalan kerajaan negeri memastikan jumlah rumah mencukupi untuk rakyat adalah bukti jelas dasar mereka gagal.rumah yang dibina pemaju semuanya bertambah mahal. bahagian 1 di bawah tajuk manifesto ke 3 , teman dah dedahkan. teman nak buat tambahan sedikit sahaja.teman nak cabar minta pemaju jualkan perumaan di bawah dengan kadar kos rendah atau sederhana? mampu buatkah dap?dahulu dok menyalak salahkan bn.

 Villa Cendana 2 ( Cendana Permai) at Juru
Dedaun - another housing scheme by PDC at Batu Kawan ( PROJEK PDC SENDIRI. ADUHHHH SEDIHNYA.MAHAL GILA)
 Cassia Resort Condo@ Raja Uda, Butterworth

Park View Tower @Harbour Place in Butterworth

di dalam manifesto yang sama juga dap berjanji mengatasi masalah pencemaran alam sekitar di sungai juru dan sungai pinang.namun, di pulau pinang masih lagi terdapat banyak sungai yang tercemar. yang menyedihkan pencemaran ini berpunca dari kumbahan haiwan dan sisa kilang. kerajaan negeri tidak serius . hanya mengharapkan jabatan alam sekitar sahaja. paling tidak pun, dap akan menyalahkan umno jika sungai tercemar. setahu teman umno tak menternak binatang ITU.



cukup sekadar ini dulu. nantikan manifesto ke empat  dap pulau pinang selepas ini.

BERSIHKAN PULAU PINANG DARIPADA PEMBOHONGAN DAP ( MANIFESTO KE TIGA PILIHANRAYA KE 12)

Manifesto ke tiga dap laknatullah ialah menjurus kepada Sosial dan alam sekitar. Kalu diikutkan meman nampak gah dan mantap. tapi realiti macam hamPAS. kata orang kampung teman macam pelaq. terlalu banyak berjanji akhirnya bak kata pepatah melayu " siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri". benarkah dap mencuri hak rakyat pulau pinang? isu parkir, isu surcaj dan isu beg plastik. dalam tak sedar mencuri wang rakyat dan membebankan rakyat.

dap dalam manifestonya di pulau pinang mahu memastikan kemampuan rakyat untuk memiliki rumah. wah!!!!!!!!! bergegar gegendang telinga mendengarnya? dah 3 tahun setengah perintah, apakah semua rakyat dapat memiliki rumah. mana ada dap bina rumah kos rendah. pemaju perumahan bina rumah semuanya rm 300000 hingga rm 500000. pi sahaja batu maung, balik pulau, tambun, bukit minyak, juru, tasek gelugor, jelutong dan banyak tempat lagi semuanya berharga atas rm 300000. rumah kos rendah memang tidak di bina  oleh dap. buktinya :

dap bohong rakyat

dap bohong rakyat


guan eng bohong rakyat


 selepas guan eng memerintah
 mana pi rumah mampu milik yang dijanjikan oleh dap dalam manifesto mereka untuk pakcik ini.
akhirnya wakil umno/bn juga yang tolong. terima kasih dato lan pinang tunggal. pemimpin mendekati rakyat tidak perlu terlalu bergebang. tetapi pemimpin yang berjiwa rakyat banyak melakukan kerja. macam pemimpin umno/bn di atas.

tunggu sambungan manifesto ke tiga dap bahagian 2.....

MALAYSIAN FIRST IDEA GUAN ENG.ANWAR TOLONG LANCAR SEMULA



MYT 9:44:32 PM
MONDAY 25 FEBRUARI 2008
DAP launches an eight-point manifesto

PENANG: The DAP has launched its national manifesto that promises safer streets, better living standards, quality education, healthy environment; gender equality and youth empowerment and a transparent government.

It also promised democracy and freedom and a “Malaysian First” economic policy in its eight-point manifesto.DAP secretary-general Lim Guan Eng, who launched the manifesto at the party headquarters Monday said:“The election is not about the candidates. It is about the voters. Help us deny Barisan Nasional a two-third majority and we will take care of you.”

Under its “Malaysian First” economic policy, the party said it would give equal opportunities to all Malaysians based on merit and need; reduce income inequality and reliance on foreign workers while attracting quality investments into the country.To ensure better living standards, the party will provide quality, accessible and affordable healthcare for all Malaysians besides renegotiating contracts to reduce toll charges.“We will also come up with a RM35bil fiscal stimulus plan to help boost various sectors of the local economy,” he said.

Denying that its plan was similar to PAS’s welfare state proposal, Lim said it was a serampang dua mata (two-pronged approach) solution.He said the party would also give families a “Malaysian Bonus” of up to RM6,000 for those with household incomes of RM6,000 or less per annum to help lighten their financial burden.The party also promised to have 100,000 police personnel patrolling the streets to reduce crime and eliminate the drug menace.“We will set up an Independent Police Complaints and Misconduct Commission,” he said, adding that it would also set up an independent anti-corruption agency to fight graft and an independent judicial commission to ensure integrity in the judiciary.Lim is contesting the Bagan parliamentary seat in Seberang Prai and the Air Puteh state seat on the island

(malaysian first yang dilancarkan anwar baru-baru ini merupakan idea dap pada pilihanraya ke 12. cuba kita lihat, PKR dengan buku jingga, pas dengan negara kebajikan dan dap dengan malaysia first. di khabarkan malaysian first ingin melawan pengaruh one malaysia. ada yang menyatakan PR melancarkan malaysian first adalah untuk mengaburi hati rakyat dengan one malaysia.Mari kita lihat formula di bawah

A. One Malaysia = Malaysian First ( jawapan : salah )
B. One Malaysia + Malaysia First ( jawapan : salah)
C. One Malaysia - Malaysia First ( jawapan : Betul )
D. One Malaysia X BN ( jawapan : Betul )

tiada apa yang menarik dalam malaysia first. malaysia first hanya andaian retorik dap yang dipaparkan melalui tulisan. ianya juga sama seperti karangan pendek 350 patah perkataan yang dibuat oleh calon PMR.apabila pemeriksa menyemak kertas karangan berkenaan, maka sudah pasti banyak yang salah. Idea dan konsep malaysia first memberi terlalu banyak mimpi kepada rakyat. selepas menang di pulau pinang, dap sendiri gagal dalam melaksanakan prinsip dalam malaysian first. apa sudah jadi. indikator yang mudah kita lihat ialah apakah perubahan ekonomi selepas dap mengambil alih pulau pinang. mana dia kawasan industri baru yang akan dibuka. kawasan lembah sains juru merupakan hasil usaha BN.indikator jumlah pelaburan yang dikeluarkan oleh MIDA berjumlah hampir rm 12 billion jika dijadikan sandaran , ianya juga berbentuk mimpi. rm 12 billion dalam kadar belum lagi nak capai dan bukannya dah masuk ke dalam kantung ( tabung ) kerajaan negeri.

mudah sungguh menjadi kerajaan negeri jika pandai membohongi rakyat.