Wednesday, July 6, 2011

BAHAGIAN KEDUA MANIFESTO KE 3 DAP PULAU PINANG DALAM PILIHANRAYA KE 13

dap mahu meningkatkan keadilan sosial dan membanteras apa sahaja bentuk diskriminasi termasuklah diskriminasi jantina, bangsa, agama dan kurang upaya.dalam hal ini yang teman nampak hanyalah perlantikan ydp mppp dan ydp mpsp adalah dari kalangan wanita. yang lain-lain tak nampak. seakan-akan kosmetik muka yang digunakan untuk menutup jerawat. pakaikan sedikit bedak di muka dan tebalkan sapuan bedak di tempat berjerawat, maka muka nampak cantik tanpa jerawat , sedangkan jerawat masih ada lagi. guan eng gagal dalam hal ini. dalam pdc, pbapp , pulau pinang invest ternyata keadilan dalam aspek jantina tidak diutamakan. sepatutnya maksud adil dalam aspek jantina ialah sekiranya terdapat 15 jawatan utama dalam pbapp, maka 6 mestilah perempuan. kalau staf penang invest ada seramai 100 orang katakan, maka wanita perlu ada 40 orang. barulah orang akan kata, kata di kota. bukti pembohongan ini merugikan kaum wanita yang memberi undi.

guan eng juga gagal dalam memastikan keadilan sosial di dalam peruntukan jawatan utama di sektor swasta dan perkilangan. yang dap nampak adalah perjawatan dalam perkhidmatan kerajaan. sepatutnya , guan eng dalam kuasa sedia ada, boleh memastikan semua pemilik kilang dan agensi perbankan meletakkan pekerja sama banyak dalam aspek kaum. malangnya ini tidak berlaku di pulau pinang. dap hanya nampak kerajaan bn tidak adil dalam agihan peruntukan pekerjaan mengikut kaum dalam agensi kerajaan. kepada para pembaca jangan terjerat dengan jejak dap yang hanya pandai bermain dengan pena dan mata hujah mulut.

dap berjanji akan menurunkan kadar jenayah dan meningkatkan keselamatan awam dengan meletakkan lebih ramai polis. perkara ini yang paling pembohong. penurunan kadar jenayah di pulau pinang adalah bukti kejayaan PDRM pulau pinang dan bukannya komitmen kerajaan negeri. sepatutnya kerajaan negeri perlu meletak pondok pengawal di setiap laluan lorong taman perumahan dan kampung.kerajaan negeri perlu berkorban untuk gajikan pengawal keselamatan di setiap pondok pengawal yang di bina di setiap lorong taman perumahan dan jalan kampung. barulah boleh bercakap soal negeri kebajikan. yang dap tahu hanya nak melatih pasukan polis sukarela. kalau dap berani, teman CABAR DAP BUAT PONDOK PENGAWAL DI SETIAP LORONG TAMAN DAN LORONG KAMPUNG. GAJIKAN PENGAWAL. JANGAN DOK ASYIK SALAHKAN POLIS SAHAJA. JADILAH KERAJAAN YANG BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS APA YANG DIJANJIKAN. LAGIPUN DAP KAN KATA LEBIHAN BAJET MELEBIHI RM 80 JUTA.

dap juga berjanji untuk memperbanyakkan kawasan hijau dan menghentikan projek PGCC  yang tidak mematuhi peraturan katanya. Peliknya dap juga yang nak membina  Penang International Convention and Exhibition (sPICE).  PROJEK INI MENGGUNAKAN RM 11.5 JUTA WANG MPPP. DIBANGUNKAN OLEH SP SETIA BERHAD, ECO MERIDOAN SDN BHD.JUMLAH KESELURUHAN RM 300 JUTA . projek menghijaukan negeri juga tidak dijalankan dengan giat. mana kawasan yang ditanam pokok. pi sahaja batu kawan.....ya Allah panasnya..........pokok pun tarak. macam mana nak buat bandar dan taman perumahan dalam taman.

kegagalan kerajaan negeri memastikan jumlah rumah mencukupi untuk rakyat adalah bukti jelas dasar mereka gagal.rumah yang dibina pemaju semuanya bertambah mahal. bahagian 1 di bawah tajuk manifesto ke 3 , teman dah dedahkan. teman nak buat tambahan sedikit sahaja.teman nak cabar minta pemaju jualkan perumaan di bawah dengan kadar kos rendah atau sederhana? mampu buatkah dap?dahulu dok menyalak salahkan bn.

 Villa Cendana 2 ( Cendana Permai) at Juru
Dedaun - another housing scheme by PDC at Batu Kawan ( PROJEK PDC SENDIRI. ADUHHHH SEDIHNYA.MAHAL GILA)
 Cassia Resort Condo@ Raja Uda, Butterworth

Park View Tower @Harbour Place in Butterworth

di dalam manifesto yang sama juga dap berjanji mengatasi masalah pencemaran alam sekitar di sungai juru dan sungai pinang.namun, di pulau pinang masih lagi terdapat banyak sungai yang tercemar. yang menyedihkan pencemaran ini berpunca dari kumbahan haiwan dan sisa kilang. kerajaan negeri tidak serius . hanya mengharapkan jabatan alam sekitar sahaja. paling tidak pun, dap akan menyalahkan umno jika sungai tercemar. setahu teman umno tak menternak binatang ITU.



cukup sekadar ini dulu. nantikan manifesto ke empat  dap pulau pinang selepas ini.