Friday, July 1, 2011

PERSATUAN MAHASISWA ISLAM USM MEREKRUT PEMIMPIN MUDA PAS

PERSATUAN MAHASISWA ISLAM ( PMI) dengan bangga melaungkan istilah student power yang menyamai istilah kuasa rakyat. Indoktrinisasi PMIUSM sejak sekian lama menyakini bahawa mereka yang keluar bakal menjadi pemimpin utama PAS. Kepetahan berpidato adalah pra syarat menjadi YDP PMI. YDP PMI mesti berkonfran dengan keputusan kerajaan. Lalu mantan YDP PMI USM , Hanif tampil menjadi hero siswa untuk bercakap di atas pentas bersama dengan pimpinan PR, Hanif sekarang sebaris dengan pimpinan PAS dan beliau kelak antara nama yang bakal dinobatkan sebagai calon pilihanraya umum ke 13. Namun malangnya, dikhabarkan akademiknya amatlah teruk. Perjuangan hanif dengan tahap akademiknya memalukan Islam. Nama hanif tersenarai sebagai salah seorang pemidato forum bersih yang dibatalkan semalam ( 30/6/2011)

anak muda berjiwa besar untuk menjadi calon pas dalam pilihanraya ke 13

USM sebagai sebuah universiti APEX perlu menilai semula keterlibatan dan nilai keterbukaan mahasiswanya. Teman berbangga dengan keberanian hanif tapi teman malu hanif lemah akademiknya.Hanif sekarang dok kemaruk nak dilihat sebagai bakal calon pilihanraya. Jika hanif masih belum tamatkan pengajianya di USM,apakah tindakan Kementerian Pengajian Tinggi? AUKU tidak berkuasa dan berbisa lagi. Jika Hanif memang sudah tamat belajar dari USM, bermakna USM benar-benar melahirkan siswa bermoto : KAMI MEMIMPIN....ERTI KATA LAIN HANIF MEMIMPIN KE ARAH GERAKAN MAHASISWA MENJATUHKAN KERAJAAN. ( TAPI BUKAN SEMUA MAHASISWA USM SEMACAM HANIF. CUMA ADALAH SEKERAT DUA. )