Thursday, July 14, 2011

MEROMPAK WANG RAKYAT MELALUI SURCAJ AIR


RUGINYA RAKYAT. WANGNYA DI ROMPAK.


KEUNTUNGAN DARI ZAMAN KHO TSU KOON AKHIRNYA DIHABISKAN OLEH GUAN ENG.BUKTI KEGAGALAN GUAN ENG DALAM PENGURUSAN KEWANGAN.


ISU INI TELAH LAMA DIBANGKITKAN SELEPAS PAKATAN PEMBANGKANG MENTADBIR PULAU PINANG. ADA YANG FAHAM DAN ADA YANG KURANG FAHAM. ADA YANG SOKONG DAN ADA YANG TIDAK SEDAR BAHAWA KERAJAAN NEGERI SEDANG GIAT MENGAMBIL WANG RAKYAT SECARA SENYAP. TEMAN NAK BAGI PEMBACA MUDAH FAHAM DALAM ISU SURCAJ AIR INI :

1. surcaj air berkuatkuasa pada 1/11/2010
2. kadar RM 0.24 akan dikenakan kepada pengguna yang menggunakan air melebihi 35 000 liter air sebulan.
3. alasan guan eng surcaj dikenakan kerana ingin mendidik rakyat supaya berjimat cermat. kepala hotak dia berjimat cermat. cakap ajer berterus terang nak baham duit rakyat. uncang rakyat di rompak. teman nak tanya guan eng mana kajian yang boleh ditunjukkan kepada rakyat kesan surcaj dan kaitannya dengan kadar penjimatan air. 
4. kerugian PBAPP :

a. Kutipan 2007 = RM 43.9 juta
b . Kutipan 2008 = RM 31.3 juta ( rugi) 
c. kutipan 2009 = RM 14.8 juta ( rugi)

5. soalnya kemanakah aliran yang melibatkan jutaan ringgit ini di alirkan? apakah PBAPP menjalankan proses pembaikan dan pertukaran paip? kos pembinaan dan pembesaran empangan mengkuang ditanggung oleh kerajaan persekutuan dengan nilaian hampir RM 2 billion. kenapa rugi?

6. tarif air yang guan eng agungkan sekarang adalah kadar tarif air sejak zaman BN.kenapa guan eng tak berani kurangkan tarif air?

7. di dalam web PBAPP tujuan surcaj adalah untuk menjimatkan penggunaan air domestik dari 286 liter setiap orang sehari ( tahun 2009 ) kepada 233 liter tahun 2010. jimatkah sekarang?

8. jumlah pengguna air domestik tahun 2009 ialah 432 422 orang  dan tahun 2010 ialah 439 728 orang . ini bermakna jumlah pengguna domestik telah bertambah dan sekaligus kadar untung akan bertambah. tetapi mengapa rugi?

9.pengguna kategori perdagangan tahun 2009 ialah 60 812 dan tahun 2010 berjumlah 67 261
namun, surcaj tidak dikenakan kepada pengguna " trade". soalnya mengapa? mengapa hanya rakyat sahaja yang di denda ?apakah pengguna trade tidak membazir?dimanakah slogan negeri kebajikan?

10. tahun 2009, 30 % pengguna domestik menggunakan air melebihi kadar 35 000 liter sebulan. ini bermakna 129 696 pengguna bakal dikenakan surcaj air. jumlah besar wang rakyat di ambil .

11. tarif air di pulau pinang ialah rm 0.31 setiap 1000 liter, kedah rm 0.53 dan kelantan rm 0.55. kerajaan negeri suka membezakan tarif pulau pinang dengan johor , perak dan negeri di bawah BN. mengapakah tidak dibuat perbandingan negeri di bawah pakatan pembangkang dan sedarlah guan eng bahawa kadar sedia ada ialah kadar penetapan tarif oleh BN.

12. jumlah kutipan notis terakhir tahun 2010 oleh PBAPP  ialah rm 839 935.00

13. keuntungan yang dikaut oleh guan eng dari surcaj yang membebankan rakyat seperti berikut :

januari 2011 hingga mac 2011 = rm 2 120 174.00

i) kutipan surcaj januari 2011 = rm 679 053.00
ii) kutipan surcaj februari 2011 = rm 799 127.00
iii) kutipan surcaj mac 2011 = rm 641 994.00

rm 2 juta guan eng baham dan denda rakyat pulau pinang. sebelum ini tanpa surcaj air , PBA tetap untung. mengapa sekarang tidak?inilah bukti guan eng lemah dalam pentadbiran.

jumlah pengguna yang dikenakan surcaj bagi 3 bulan pertama 2011 ialah seramai 132 122 orang. terlalu ramai rakyat di denda dan di ambil wang mereka.Justeru, apakah kita masih lagi perlu berfikir soal apakah benar guan eng menjaga kebajikan rakyat? dimanakah nilai guan eng yang melaungkan negeri kebajikan dan kekayaan dikongsi bersama rakyat? jawapan teman, kata-kata guan eng sama dengan mulut JAMBAN.