Petang tadi teman menerima sms dari kawan-kawan yang tinggal di sekitar seberang jaya. Kata mereka , jalan yang menuju masuk ke tapak ekspo Seberang Jaya dan laluan susur masuk ke Tesco akan di tutup dan dikawal ketat oleh polis. Jam 6.30 petang sms yang diterima " sah jalan di tutup dan dikawal polis". Jam 8.30 malam sms yang masuk " tiada perhimpunan di tapak ekspo seberang jaya. Jalan di tutup dan di kawal polis".Selepas menunaikan solat isyak berjemaah, teman menggerakkan kaki melihat suasana sebenar dan apakah sms yang diterima benar dan tepat. Sampai di hadapan tapak ekspo jam 9.30 malam. Memang sah jalan di tutup dan dikawal ketat oleh pihak polis. Ketika ini teman agak-agak seramai 50 ke orang anggota mengawal laluan masuk ke tapak ekspo. Forum yang dijangka di buat di tapak ekspo Sg Nibong dan sekolah Hang Chiang juga dibatalkan . Namun, berita dari sahabat teman menyebut Markaz PAS Pongsu Seribu tetap menjalankan ceramah seperti biasa dan dikhabarkan mood forum bersih telah di bawa ke Pongsu Seribu. Apapun yang berlaku, teman yakin bahawa PAS, DAP dan PKR pun sedang berkira-kira kerana tidak semua ahli dan penyokong mereka mempersetujui perhimpunan haram ini. Ada yang berbelah bahagi untuk mengikut kata Ambiga Laknatullah.
kelihatan anggota polis sedang mengawal jalan masuk ke tapak ekspo seberang jaya
lenggang keadaan tapak ekspo yang sepatutnya diadakan forum bersihkan pilihanraya di jalanraya.
Tahniah kepada pejuang yang membuat laporan polis semalam .