Monday, June 17, 2013

PRU 14 : KARPAL SINGH TEMPELAK ANWAR LAGI


Anggota Parlimen Pakatan Rakyat tidak akan memboikot persidangan parlimen ke-13, kata pengerusi DAP Karpal Singh.

Beliau berkata anggota parlimen pembangkang daripada DAP, PKR dan Pas dijangka mengangkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun.

"Saya mendapat tahu kesemua mereka, termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menghadiri persidangan parlimen," kata Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu kepada pemberita ketika melakukan kunjungan mingguannya ke pasar Air Itam di sini hari ini.

Karpal berkata demikian bagi mengulas laporan bahawa Anggota Parlimen PKR mungkin menimbang untuk memboikot upacara angkat sumpah pada sidang parlimen baharu yang bermula 24 Jun.

Katanya sebagai ketua pembangkang, Anwar akan membuat kenyataan berhubung perkara itu dalam tempoh terdekat.

ULASAN BK

BILA DEWAN ULAMAK PAS BERSUARA PASAL HAL INI, ADA AHLI PAS BALUN ULAMAK MEREKA SEMULA. BILA KARPAL YANG CAKAP SEMUA OK. ELOK SGTLAH KARPAL GANTI HARUN TAIB.

PRU 14 : PENYELARASAN ELAUN HADIAH BUAT PEKERJA KERAJAAN


 Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan dapat melaksanakan penyelarasan elaun tetap perumahan dan sara hidup (COLA) penjawat awam pada tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata dua perkara itu adalah isu tertunggak dan berharap pelarasan dibuat dengan kadar segera kerana kos sara hidup semakin meningkat.

“Kita perlu selaraskan semua elaun, termasuk elaun COLA, bagi mereka yang tinggal di kuarters,” katanya pada persidangan perwakilan CUEPACS Kedah Sesi 2013-2016 di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).  
Sementara itu, Omar berkata prestasi tiga kumpulan penjawat awam yang dinaikkan gred daripada 17 kepada 27 membabitkan juruteknik, pelukis pelan dan renjer hutan bermula 1 Julai ini dipantau agensi terbabit bagi memastikan produktiviti mereka meningkat.

Beliau berkata petugas terbabit juga perlu dihantar mengikuti pelbagai latihan kemahiran sesuai dengan gred demi memastikan produktiviti mereka meningkat dari semasa ke semasa.

“Kita tidak mahu mereka naik gred tetapi hasil kerja atau produktiviti mereka tidak meningkat, sama seperti sebelumnya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Omar berkata CUEPACS juga menggalakkan penjawat awam membuat pinjaman dengan Koperasi Sektor Awam 1Malaysia (KSA1M) bagi mengelak meminjam daripada ‘Ah long’.
ULASAN AKU

PRU 14 : HADIAH BN KATA PR UNTUK PENUMPANG BAS EKSPRESS


MUDAH KAN UNTUK MENJATUHKAN BN DAN MEMBERIKAN KEBENCIAN KEPADA BN. BERI TEKANAN BERGANDA DAN PASTIKAN TEKANAN TERSEBUT BOLEH MENEMPELAK SEMULA BN. ALASAN YANG DIBERI IALAH PEMBERIAN GAJI MINIMUM KEPADA PEKERJA DAN PEMANDU, HARGA MINYAK DAN SEBAGAINYA . APAPUN , BN PERLU ATASI MASALAH INI DENGAN KADAR SEGERA.

UMAT ISLAM YANG PALING RAMAI MENAIKI BAS DI WAKTU HARI RAYA TERUTAMA PELAJAR DAN MAHASISWA DAN GOLONGAN MUDA. JANGANLAH BN MENGHADIAHKAN TIKET BAS YANG MAHAL KEPADA UMAT ISLAM MENJELANG HARI RAYA. UMAT ISLAM TELAH MEMBERI UNDI MENINGKAT KEPADA UMNO/ BN. APAKAH INI BALASANNYA?

PRU 14 : HUSAM MUSA GELARKAN PEMIMPIN PAS PENGKHIANAT


KETEREH: Selepas berdiam diri selama beberapa minggu kerana tidak lagi dipilih menjadi Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa tampil pada perhimpunan Blackout 505 malam tadi dengan mendakwa pemimpin-pemimpin PAS yang tidak menyokong himpunan tersebut sebagai pengkhianat parti.
Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan itu berkata, mereka adalah pemimpin yang lupa asal-usul dan bukan sahaja menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan tetapi telah mengkhianati dakwah yang telah diasaskan oleh pimpinan PAS terdahulu.

Dalam ucapannya, Husam turut menyindir beberapa pemimpin PAS yang menjadi ahli Parlimen supaya tidak hanya 'mengayuh basikal siang dan malam' di luar Parlimen sebaliknya rakyat akan menilai mereka pada persidangan Dewan Rakyat tidak lama lagi.

Katanya mana-mana pemimpin yang tidak menyokong perhimpunan ini membawa suara Umno dan Barisan Nasional (BN).
Beliau juga mengajak rakyat supaya mencetuskan perubahan politik dalam negara, dan jangan hanya kerana baru menang kerusi parlimen, mentadbir negeri, lupa kepada asal-usul perjuangan sebenar.

Katanya sekiranya pemimpin pakatan rakyat tidak hadir bersama dalam kebangkitan ini mereka telah mengkhianati dakwah yang telah diasaskan oleh pemimpin terdahulu.

Perhimpunan tersebut turut dihadiri penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob serta beberapa pemimpin PAS dan PKR yang lain.

ULASAN :

HUSAM NAK GERTAK. DIA BAGITAU MANA MANA PEMIMPIN PAS YANG TIDAK HADIR MAKNANYA MENYOKONG UMNO. HABIS TU MANA MANA PEMIMPIN PAS YANG HADIR BOLEH DOK KITA KATA DIA NI ANWARINAS DAN MERUPAKAN BALACI ANWAR DALAM PAS DAN PEROSAK PAS ASAL

PRU 14 : BK DAH AGAK AZHAR IDRUS AKAN GELAKKAN PETISYEN BN




SUMBER : SINAR

KUALA TERENGGANU – Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menyifatkan petisyen BN Kelantan mengaitkan beliau sebagai punca kekalahan BN di negeri itu pada PRU13 lalu sebagai kelakar.

Ikon agama itu dalam reaksinya berkata, perkara itu langsung tiada kena mengena dengan beliau kerana kenyataan berhubung ‘Haram jatuhkan kerajaan Islam’ yang dimainkan Pas pada kempen pilihan raya itu bukan kenyataan peribadi beliau, sebaliknya daripada al-Quran.

“Saya rasa kelakar sebab tiada kena mengena. Bukan saya berceramah (tetapi) ada dalam buku-buku agama (berkaitan), haram kita jatuhkan apa sahaja bernama Islam.

Tidak boleh,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas Majlis Jamuan Meraikan Ustaz Azhar Idrus anjuran Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT), di Padang Hiliran, semalam.

Memberitahu petisyen BN itu disedari melalui laman sosial Facebooknya, Azhar berkata, sekiranya kenyataan dibuat cenderung mempengaruhi rakyat tidak menjatuhkan kerajaan Kelantan, mungkin BN boleh mempertimbangkan untuk menjadikan beliau sebagai alasan.

“Kalau (kaitkan) benda itu saya rasa bukan. Itu dalam al-Quran. Yang boleh buat petisyen (kalau) saya kata ‘jangan jatuhkan kerajaan Kelantan’ tetapi (saya) tidak kata begitu. (Saya kata) jangan jatuhkan kerajaan Islam,” katanya.

Mengulas lanjut, Azhar yang turut dikenali dengan akronimnya UAI sekali lagi menegaskan, apa-apa sahaja perkara yang berbentuk Islamik tidak patut dihalang dan haram sama sekali menjatuhkannya.

ULASAN BK :

KERANA MU LA USTAZ UMAT ISLE YANG DOK PAHE AGAMO AKE TERIKUT. MUNG DOK CAKAK PERKARA BENAR USTAK

Saturday, June 15, 2013

PRU 14 : ZAINUDDIN MAIDIN BALUN DS NAJIB


Kecaman demi kecaman diterima oleh Datuk Seri Nazir Razak oleh NGO-NGO Melayu pro UMNO kerana membela Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani kerana mengkritik pendirian rasis akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia. Terkini, kecaman turut disertai oleh bekas menteri UMNO, Tan Sri Zainuddin Maidin.
Tan Sri Zainuddin Maidin, semalam membidas tindakan Datuk Seri Nazir Tun Razak, adik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, membela Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat penerbangan AirAsia X, Encik Azran Osman Rani, yang mengkritik pendirian perkauman akhbar Utusan Malaysia milik parti itu. Datuk Seri Nazir, CEO Kumpulan CIMB Bank Berhad, memuji Encik Azran kerana berani menyatakan pendiriannya walaupun tidak disenangi sesetengah pihak.

Encik Azran diserang hebat Utusan Malaysia dan beberapa pertubuhan bukan milik kerajaan (NGO) Melayu berhaluan kanan selepas beliau mengkritik akhbar itu menerusi akaun Twitternya, @azranosmanrani.

"Barangkali Nazir memikirkan tanpa Utusan Malaysia menyerang balas terhadap sikap melampau orang Cina, maka Barisan Nasional (BN) akan mendapat sokongan orang Cina," tulis Tan Sri Zainuddin dalam pojoknya bertajuk Korporat galak sikap dan amalan anarkis di Utusan Malaysia semalam.

"Sebenarnya Nazir menambah masalah yang dihadapi oleh Najib dan Umno," tambah beliau.

"Pada pandangan saya, oleh kerana Nazir menganggap Azran sebagai seorang pemimpin besar kerana tindakannya itu, maka bererti beliau merestui amalan sikap anarkis CEO atau ketua-ketua pegawai eksekutif dalam badan-badan korporat atau syarikat besar.

"Tentulah semangat Azran bertambah tinggi dengan sokongan Nazir, adik Perdana Menteri Malaysia yang tidak memahami krisis keyakinan yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Umno," tambahnya

PRU 14 : TENGKU RAZALEIGH BAKAL PM? BENARKAH TUN M TERLIBAT?


SPEKULASI PORTAL 

The Malaysian Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib.

“Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan,” kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu.

“Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga,” tambah beliau.

PAS dan DAP masing-masing memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih rendah tujuh berbanding 140 dimenanginya pada Pilihan Raya 2008.

Sekutu PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR mendapat 30 kerusi Parlimen dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon gabungan itu bagi jawatan perdana menteri jika mereka menawan Putrajaya.

Satu sumber lain mengatakan Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon kompromi oleh ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk jawatan tertinggi itu.

“Pemilihan untuk ahli-ahli Parlimen BN yang tidak gembira mudah. Ku Li atau Muhyiddin akan tetapi memilih TPM bermakna penerusan polisi Mahathir. Tiada beza diantara Najib dan Muhyiddin.
“Ku Li sebagai PM akan bebas daripada polisi seperti itu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider merujuk kepada pesaing ahli Parlimen Gua Musang itu, perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kem Mahathir sudah memberikan tekanan kepada Najib untuk membuang penasihat-penasihatnya yang mana strategi mereka menyebabkan prestasi buruk BN dalam PRU13. Najib masih belum melantik semula setiausaha politiknya yang kalah akan tetapi ahli strategi “bilik perang” kekal bertugas, dengan dua daripada mereka masing-masing dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.
Pelantikan Kabinet Najib bulan lepas menyebabkan kemarahan beberapa ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sabah yang merasakan mereka layak diberikan jawatan tinggi kerajaan.

Difahamkan Najib telah menjanjikan sesetengah daripada mereka jawatan dalam agensi kerajaan beberapa minggu lagi.

Akan tetapi beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah Isnin malam bagi membincangkan pilihan masa depan mereka.
Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen.

BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen.

Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen.

Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. - MalaysianInsider