Thursday, December 20, 2012

PASCA E 13 : HALIM SPEAKER DUN PENANG PUN MAU JAWATAN TKM DAN AHLI PARLIMEN BALIK PULAU .


Nama halim speaker memang semua orang kenai di balik pulau. orang kuat anwar di balik pulau sewaktu anwar berada di dalam umno. penglibatan beliau dalam pkr akhirnya mendapat pengikhtirafan apabila dilantik sebagai speaker dun pulau pinang dalam pru ke 12. beliau juga telah menang dalam merebut jawatan ketua cabang pkr balik pulau dengan mengalahkan calon prm dr syukri . apapun halim speaker memang mempunyai cita cita besar untuk menjadi timbalan ketua menteri satu atau menteri penuh sekiranya pakatan berjaya menawan putrajaya.

abdul halim begitu beria ia mahukan kerusi dun pulau betong untuk menentang farid saad . abdul halim lebih yakin sekiranya beliau bertanding di dun pulau betong. kekalahan beliau di teluk bahang mengundang satu persepsi buruk terhadap beliau sendiri. beliau juga sungguh yakin bahawa kerusi parlimen balik pulau mampu dikekalkan sekiranya beliau menggantikan yusmadi. beliau lebih mudah dilihat dan berkhidmat untuk balik pulau.

segelintir pemerhati politik dari pas, umno dan pkr sendiri melihat abdul halim seolah olah tamak kuasa dan juga mungkin takut kalah. beliau mahu bertanding untuk dua kerusi sekaligus dengan andaian sekiranya kerusi dun beliau kalah, beliau mengharapkan menang di kerusi parlimen dan begitulah sebaliknya. melihat daripada prestasi kerja beliau di balik pulau, beliau lebih nampak menyerlah daripada yusmadi. apatah lagi beliau mempunyai hubungan rapat dengan guan eng dan boleh mengikut kata guan eng .

mungkin dalam aspek akademik beliau nampak keterhadapan, namun beliau pernah bercita cita besar ketika anwar bersama umno. politik balik pulau berteraskan kepada undi melayu berskala besar. pemerhati politik  melihat di mana jua halim bertanding, beliau akan tewas di tangan calon umno. kontroversi projek eko tourism teluk bahang memberi bayangan  buruk kepada beliau.berikut disertakan sedikit latar belakang beliau :

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (BBA) dari Ferris State University, Michigan dan Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) dari Universiti Sains Malaysia (USM)

Umur: 53 tahun. berumur 48 tahun sewaktu menjawat jawatan speaker

Jawatan : Ketua Cabang PKR Balik Pulau

Nama isteri : Wan Zuraida Amirruddin.

Bil anak : 5 orang

Bil adik beradik : anak ke tujuh daripada 8 orang

keputusan pilihanraya ke 12 :

N40 TELOK BAHANG
Jumlah Pengundi: 10,888
Peratusan Kaum: M: 60.4% C: 36.01% I: 3.23% L: 0.36%
1. Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya (BN) (4,434)
2. Abdul Halim Hussain (PKR) (3,969)
Majoriti: 465
Jumlah undi: 8,555
Peratus mengundi: 78.57%
Undi rosak: 152
Penyandang: Siti Faridah Arshad (BN)
(Majoriti: 3,375 undi)

pengundi balik pulau menentukan siapakah halim speaker sebenarnya . mereka lebih kenai lakonan halim dalam banyak hal.

PASCA E13 : CALON DUN PENANTI MULA BERSUARA HANTAM PAS


sumber : sinar harian

Asri: 'Isu Amanat Hadi harus dihentikan'
HASLINA KAMALUDIN
19 Disember 2012
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN SHAH ALAM – Sambil menyifatkan isu Amanat Haji Hadi sebagai "kisah lama", bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, adalah lebih baik sekiranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat penarikan secara rasmi amanat yang pernah diberikan kepada ahli Pas lebih tiga dekad lalu.

Menurutnya, amanat yang berbunyi Umno itu kafir diungkapkan Hadi sewaktu angin kebangkitan Islam kira-kira 30 tahun lalu.

“Sungguhpun ahli Pas hari ini sudah tidak mengamalkan amanat tersebut, tetapi Hadi wajar membuat penarikan semula sebagai pencerahan kepada masyarakat.

“Ini perkara lama. Amanat tersebut diungkapkan ketika zaman muda beliau (Hadi). Ketika itu angin kebangkitan Islam mempengaruhi segenap pemuda ditambah dengan ketegangan sistem Perlembagaan yang menjadi teras negara ini,” katanya kepada Sinar Harian mengulas gesaan dua mufti agar Hadi menarik balik amanat beliau.

Katanya, perkara sama turut berlaku kepada ramai tokoh-tokoh pemimpin muda pada ketika itu.

“Pas sekarang sudah lain. Saya melihat kepimpinan hari ini sudah tahu hala tuju perjuangan mereka. Hadi juga sudah bertemu dengan pemimpin parti lain termasuk Umno.

“Jadi, ahli parti itu sudah boleh mengagak dan tahu amanat lama sudah tidak ada lagi,” katanya.

Menurutnya, penggabungan Pas bersama Pakatan Rakyat (PR) juga memperlihatkan parti itu semakin realistik dalam perjuangan politik mereka.

“Jika dapat dibuktikan, masih wujud ahli yang berpegang teguh dengan amanat seumpama itu, bermakna Hadi perlu tampil membuat penarikan semula dengan segera,” katanya.

Tambah Asri, isu lama ini seharusnya tidak lagi dibangkitkan kerana ia akan mengundang pelbagai perkara lain yang boleh mendatangkan kontroversi.

“Seharusnya ia dihentikan. Jika tidak, akan muncul macam-macam lagi termasuk isu 13 Mei. Tutup buku lama.

“Semua pihak perlu melihat ke depan bukan membongkar kisah lama lagi. Ia sudah tidak relevan lagi,” katanya.

ULASAN :

PANDAI TAK ORANG NUAR BRAHIM BERLAKON MENJELANG PEMILIHAN BAKAL CALON PKR DI PULAU PINANG.

Wednesday, December 19, 2012

PASCA E 13 : EKSKLUSIF!!! PENDEDAHAN SIAPAKAH DALANG MEMERANGKAP CHOT DALAM ISU RAKAMAN SUARA?



terima kasih BK ucapkan kepada penghantar email berkaitan isu rakaman suara chot yang heboh diperkatakan pertengahan tahun ini. malang amat sekali apabila isu ini semakin lama semakin terdedah. yang menjadi mangsa ialah chot. bagi BK chot seorang yang berani menyuarakan pandangan, cuma dia dah terkantoi sebab luahan dan pandangannya di rakam.

dalam hal ini kita perlu melihat bagaimanakah punca situasi ini berlaku. YB tzim adun pantai jerejak mahukan kerusi parlimen bayan baru diberikan kepadanya dalam pru ke 13. namun, chot tidak berkenan dengan yb tzim atas alasan kerusi bayan baru memang kerusi melayu dalam pkr. sekiranya chot bersetuju memberikan kerusi tersebut kepada tzim, maka kerusi melayu pkr bagi parlimen bayan baru akan diberikan kepada wakil cina pkr. rupa rupanya pkr ni pun rasis juga dalam hal menentukan siapa jadi calon. pkr berjuang atas landasan bangsa masing masing walaupun nampak sama .

menurut penghantar email ini, suara mansor di rakam oleh bekas pengawai khas yb tzim  yang bernama john. john sekarang bukan lagi pegawai khas yb tzim memandangkan beliau mempunyai masalah dengan yb tzim sendiri. yb tzim telah memecat beliau . khabarnya pemecatan ini berkait rapat dengan kes kewangan .

chot memang mengesyaki john kerana tugas john dalam setiap mesyuarat ialah mencatit minit , merekod minit dan membuat penyata mesyuarat pkr.namun, john pula lebih mengesyaki raymond atau nama lainnya peter.raymond mempunyai seorang kekasih yang juga seorang repoter. khabarnya raymond menyerahkan rakaman tersebut kepada kekasihnya itu dan kekasihnya menyerahkan kepada media lain.( ada bayaran atau tidak tidak dinyatakan pengirim email )

namun, timbul persoalan di sini , nama raymond hanya kadangkala sahaja berada di dalam mesyuarat . mereka juga mengesyaki john menyerahkan rakaman tersebut kepada raymond dan tidak menyangkakan raymond akan menyerahkan rakaman tersebut kepada rakan media lain.

ULASAN BK TERHADAP EMAIL

BK PERCAYA KESAHIHAN JALAN CERITA INI KERANA WATAK YANG DICERITAKAN APABILA DISEMAK ADA KEBENARANNYA. APAPUN DALAM PKR SENDIRI DAH BERCELARU. RUPANYA JUGA MEMANG CHOT DAH LAMA BALUN GUAN ENG DI BELAKANG TABIR DAN GUAN ENG MEMANG NAK TZIM JADI AHLI PARLIMEN BAYAN BARU MEWAKILI  PKR .

KASIHAN CHOT. CHOT MEMANG NAK KERUSI TKM LAGI . PADA MASA YANG SAMA DIA KENA TIKAM DARI BELAKANG. CHOT DAH MULA PACKING BARANG DALAM PEJABAT TKM DAN KHABRANYA JUGA DAH 3 KALI TAK HADIR MESYUARAT EXCO.

ANWAR DILIHAT BERJUMPA GUAN ENG DI KOMTAR SELEPAS KES RAKAMAN INI BERLAKU. 3 JAM ANWAR DI BILIK GUAN ENG DAN HANYA SETENGAH JAM LEBIH KURANG BERSAMA CHOT DI BILIKNYA. BEGITULAH NASIB POLITIK CHA PUA PKR DAN DAP.

Tuesday, December 18, 2012

PASCA E 13 : CALON PENANTI DIDEDAHKAN.KERUSI DUN PENANTI KERUSI TIMBALAN KETUA MENTERI TETAP PULAU PINANG BAGI PAKATAN

RANKING CALON PERTAMA UNTUK DUN PENANTI
RANKING KEDUA : DR JUANDA PERLIS
RANKING KETIGA : NURUL NUHA ANWAR IBRAHIM
 
RANKING KE EMPAT : DR SALWA
( ISTERI KEPADA ALLAHYARHAM LAWYER ARIFFIN )
 
 
bakal calon dun penanti memang beruntung kerana sesiapa yang menang di dun penanti bakal dilantik sebagai timbalan ketua menteri. apakah hanya wakil pkr sahaja yang layak menjadi timbalan ketua menteri. kalau pas boleh menang 4 kerusi, apakah pas tidak layak menjadi timbalan ketua menteri.
 
 
DSAI tidak bersetuju dengan kehendak guan eng yang lebih berselera melantik malik kassim sebagai timbalan ketua menteri sekiranya pakatan menang dalam pru 13. Namun, DSAI sendiri menolak cadangan guan eng apabila nama malik kassim dicadangkan. anwar mahukan calon tkm yang bakal menggantikan mansor ialah seorang yang tegas dan dapat mengawal guan eng sendiri.lalu, anwar yakin bahawa antara nama yang layak dicadangkan di dun penanti ialah dr asri , dr juanda walaupun orang sabah, anaknya sendiri nurul nuha dan dr salwa isteri kepada allahyarham peguam ariffin. Dr salwa ibunya merupakan orang yang paling rapat dengan wan azizah. LATAR BELAKANG AGAMA DIPERLUKAN UNTUK MENENTANG UMNO DI PULAU PINANG
 
 
antara 4 nama yang di cadangkan anwar, anwar lebih berkenan kepada calon lelaki. wan azizah juga ada disenaraikan di dun penanti , namun bagi anwar, wan azizah tidak layak sebab beliau seorang presiden parti dan tidak sesuai duduk di bawah guan eng. lalu anwar telah berkira kira untuk mencadangkan nama dr asri dan dr juanda.
 
permulaan telah bermula apabila dr asri sejak isu VIDEO SEKS ANWAR , begitu kuat menyokong dsai dan pertahankan dsai. anaknya nurul izzah sendiri menggunakan hujah dr asri dalam kes china dol . dr asri adalah tempat rujukan agama bagi pkr. dr asri juga rapat dengan kumpulan zuraidah dan pimpinan melayu pkr di selangor  
 
 
nama kedua yang dipersetujui anwar ialah dr juanda. walaupun dr juanda merupakan orang sabah, anwar yakin sekiranya beliau diletakkan di dun penanti beliau akan menang kerana anwar terlalu yakin dun penanti ialah kubu kuat beliau. fairus sendiri pun bukan dikenali tetapi oleh kerana diletakkan di penanti, maka beliau boleh menang. justeru, dr juanda telah memulakan konfrantasi dengan kerajaan apabila mahu meletakkan jawatan sebagai mufti dalam kes penyelewengan baitulmal di perlis.
 
Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya


bahan arkib :

SHAH ALAM – Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dipercayai telah meletakkan jawatan sebagai ahli jawatankuasa Baitulmal Perlis berkuat kuasa Jumaat lalu kerana tidak gembira dengan pengurusan dan pentadbiran agensi tersebut.
 
Sinar Harian difahamkan surat peletakan jawatan telah dihantar kepada pengurusan tetapi tidak pasti sama ada keputusan itu atau diterima atau tidak.
 
Bagaimanapun Juanda ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu.Juanda selaku Mufti Perlis dilantik menduduki jawatankuasa secara automatik dan bertindak sebagai ‘penasihat’ agensi tersebut.
“Beliau (Juanda) tidak gembira dengan cara pengurusan, ada perkara yang beliau tidak berpuas hati.
 
“Selepas teguran dan nasihat tidak diterima, beliau dikatakan mengambil keputusan untuk berhenti daripada ahli jawatankuasa dan penasihat,” kata sumber kepada Sinar Harian.
 
 
anwar mahukan calon di penanti ialah seorang lelaki kerana TKM mesti mengikut TYT sekiranya beliau melakukan kunjungan ke masjid bagi solat jumaat. atas alasan ini , maka calon lelaki amat diperlukan.
 
nama nurul nuha dan dr salwa juga disenaraikan . pada awalnya anwar agak dingin untuk mencalonkan nama dr salwa, namun namanya di angkat semula sejak 2 bulan lalu. nurul nuha pula dikaitkan dengan umur yang terlalu muda walaupun beliau merupakan anak anwar sendiri.
 
apapun, 2 nama terakhir yang dimaklumkan kepada email BK ialah dr asri zainal abidin dan dr juanda. justeru, jangan terkejut kalau mereka berdua bermain konfrantasi dengan kerajaan BN. dr asri sendiri sedang bermain wayang menyerang ust fathul bari anak didik beliau sendiri yang beliau cadangkan untuk masuk ke dalam umno. apa muslihat kumpulan dr asri ini? kita boleh lihat sekarang dr asri sedang berkonfrantasi dengan ust fathul bari. bukankah ini satu teater seperti di atur karangannya oleh individu tertentu.
 
dr juanda pula terpaksa membuat konfrantasi untuk memastikan beliau mempunyai alasan kukuh meletakkan jawatan mufti lalu peristiwa yang berlaku akan memberi simpati kepada beliau. peristiwa itu pula mesti memberi malu besar kepada umno .itulah sebabnya isu baitulmal dijadikan isu utama untuk dr juanda meletakkan jawatan.
 
apapun yang berlaku, bagi BK, dun penanti adalah dun yang mempunyai kekuatan 50-50 antara umno dan pkr. pas sendiri mahu dun penanti diserahkan kepada mereka semula.kita tunggulah permainan sketsa yang selanjutnya dari dr asri dan dr juanda.
 
 
pssss : khabarnya chot dah packing barang dari pejabat TKM1. kasihan chot . ada pendedahan lanjut berkaitan rakaman tape . tungguuuuuuu email selanjutnya.
 

 

Monday, December 17, 2012

PASCA E 13 : PANASSS !!! CALON DUN PENANTI PENENTU BAKAL TIMBALAN KETUA MENTERI BARU PAKATAN PENANG JIKA MEREKA BERTAKHTA


SIAPAKAH BAKAL CALON DUN PENANTI ?
KHABARNYA SEORANG BEKAS MUFTI
KHABARNYA JUGA SEORANG MUFTI
KHABARNYA SEORANG ANAK PEMIMPIN UTAMA PKR
KHABARNYA SEORANG WANITA BERGELAR DR FALSAFAH YANG IBUNYA JUGA ORANG KUAT PKR DAN ORANG KEPERAYAAN WAN AZIZAH

YANG PASTI DUN PENANTI BUKAN MILIK CHOT ( MANSOR OTHMAN).GUAN ENG TAK MAU CHOT DUK DI STATE.

PAS JUGA BERHARAP AGAR DUN INI DISERAH KEPADA PAS SEMULA SEBAB PENANTI ADALAH KUBU KUAT PAS.

TUNGGU PENDEDAHAN BK DALAM ESOK SEBELUM JAM 12.00 TENGAHARI. SUMBER SAHIH . PANASSSS

PASCA E 13 : MAI PAKAT BACA APA YANG NUAR BRAHIM GEBANG DI PADANG AWAM JAWI PADA 15/12/12

 
APA YANG NUAR BRAHIM GEBANG PADA PERHIMPUNAN RAKYAT PENANG. MAI PAKAT BACA :
 
ANWAR IBRAHIM
 

nuar brahim dok ulas Lagu “anak kecil” yang dinyanyi dalam Perhimpunan Agong UMNO kepada masyarakat Cina. Bumi dipijak milik orang merujuk kepada tanah yang telah dimiliki oleh orang Cina dan India.
BK
 
bila masa pulak lirik lagu tu ditujukan kepda kaum cina dan india. lagu tu ditujukan kepada penjajah british . mai kita baca lirik lagu tersebut di bawah :
 
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi

Air mata darah bercampur keringat ( merujuk kepada pejuang melayu melawan penjajah seperti tok janggut, maharajalela, tok bahaman dll)

Bumi dipijak milik orang ( 446 tahun di pijak oleh penjajah portugis, belanda, british, jepun dan british semula

penulis lirik ialah tan sri nordin kardi bukannya nuar brahim. pi tanya nordin kardi la. jangan ambil kesempatan. kenapa lagu ni hang nuar tak ulas sebelum ini. oooo sebab lagu ini dinyayikan masa perhimpunan agung umno? nuar main sentimen kebencian lagi.
 
NUAR BRAHIM
 
Ketua-Ketua UMNO banyak dapat “AP”.bayar “AP” Cuma 50 sen tapi jual dapat RM50,000.
Begitu juga permit Teksi, Pemandu Teksi tertekan Cuma dapat 4 tayar. Permit teksi juga akan hanya diberi kepada pemandu sendiri.
 
BK
 
Buku Dailog untuk Keadilan Edisi 2, Penerbit Ikhwan Kamil, dicetak oleh Excellent Connection. Cetakan Pertama May 1999 dan cetakan kedua Ogos 1999 telah memaparkan senarai kroni-kroni ANWAR IBRAHIM semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Meneliti nama-nama dalam senarai tersebut amat mengejutkan ramai ahli-ahli UMNO, terdapat seramai 28 nama yang tidak asing dalam kedudukan kepimpinan UMNO pada awal tahun 1990an. Senarai nama adalah seperti berikut:

Bil. Nama DAN Jumlah Syarikat

1. Yusuf bin Jusoh 34
2. Ghazi@Hasbullah bin Hj.Ramli 41
3. Dato Nasaruddin Abdul Jalil 111
4. Dato Ahmad Zahid bin Hamidi 95
5. Dr Abdul Rahim bin Md Ghouse 44
6. Dato Wan Ismail bin Wan Salleh 12
7. Dato Wan Ismail bin Abd.Rahman 15
8. Tahrin Bin Mohd Yusof 1
9. Malek bin Mansor 1
10. Azmi bin Tan Sri Abdul Hamid 8
11. Johari bin Abdul Ghani 14
12. Norhashimah bt.Ahmad Tajudin 3
13. Zulkifli bin Abdullah 2
14. Ahmad Jamali bin Sephie 3
15. Dr Munawar Ahmad Aness 4
16. Sukma Darmawan Sasmitaatmadja 13
17. Dato Nalakaruppan AL Solaimalai 9
18. Encik Khalid 7
19. Dato Ibrahim bin Abdul Rahman 48
20. Dato Ahmad Nazri bin Abdullah 27
21. Dato Haji Ahmad Bin Saad 51
22. Marzuki bin Ibrahim 9
23. Dato Hj. Mohd Sarit bin Hj. Yusoh 80
24. Dato Ishak Bin Ismail 4
25. Ruhanie bin Ahmad 42
26. Dato Hj. Ahmad bin Ismail 30
27. Mohd Ali bin Mansor 4
28. Hamdan bin Mohd Taha 14
29. Wan Jusoh bin Wan Kolok 10
mujuq selepas nuar kena pecat amalan kroni dah berkurang dan hilang sedikit demi sedikit
 
NUAR BRAHIM
 
Pulau Pinang belanjawan lebihan RM2 billion, Selangor lebihan RM2.4 billion, kemudahan kepada rakyat jauh lebih banyak. Dia lebih tahu kerana 8 tahun sebagai Menteri Kewangan jika disbanding dengan DS Najib yang baru 3 tahun setengah saja. Kalau Negara berhutang, maknanya rakyat hutang. Kalau dia tak kena bayar sekarang anak dia yang kena bayar masa depan.
 BK
 
lebihan belanjawan melebihi rm 2 billion. aik guan eng pun tak habaq dia boleh habaq. mana data. tabungan pulau pinang baru rm 1.3 billion dan disimpan dari zaman bn bernilai rm 830 juta. ada faham ka. rujuk la akaun kerajaan negeri nuar oiiii. jangan dok bohong orang penang .
 
NUAR BRAHIM
 
Beliau janji turunkan tariff letrik. Harga letrik tinggi sekarang kerana IPP (Syarikat Penjana Letrik Bebas) seperti Genting, YTL,Malakof (Syed Mokhtar) dan PD Power (Ananda Krishnan) diberi peruntukan subsidi oleh kerajaan sebanyak RM20 billion. Syarikat-syarikat ini untung Berbillion RM, beli bahanapi dari Petronas dengan harga murah dan menjual tenaga kepada TNB dengan harga yang tinggi sehingga TNB terpaksa menekan pengguna dengan tariff yang tinggi kerana tidak mahu rugi. Bila kerajaan diminta runding semula dengan IPP mengenai harga, kerajaan takut dan tak buat malah beri lagi kepada IPP. Ini dasar ekonomi yang tidak waras. Jika menang Pakatan akan buat rundingan semula tanpa IPP rugi dan kerajaan dapat jimat RM3billion dan rakyat dapat bekalan letrik pada harga yang rendah.
BK
 
yang buat IPP ni siapa. tahun 1993 siapa menteri kewangan malaysia. siapa yang pi hadir mesyuarat dengan EPU zaman tun mahathir jadi pm. siapa yang dok balas rm 100 juta dari keuntungan malakoff. dato astamam kan dah cerita nuar balas untung dari ipp. la ni dia teriak sebab tak dapat habuan  
NUAR BRAHIM
 
UMNO kata tanpa UMNO Melayu akan hancur. Nasib Melayu akan lebih baik tanpa UMNO dan tidak akan nada rusuhan kaum jika Pakatan menang.  Lebih rela jadi alat Cina yang baik dari jadi alat kepada Chua Soi Lek.
 BK
Tahniah la nuar rela jadi alat dap. nuar nak jadi pm tapi rela jadi alat dap. pm boneka lah namanya tu. Allah maha berkuasa buktikan nuar boneka dap. nuar dah ngaku secara terang terangan
NUAR BRAHIM
 
Dalam masa 24 jam selepas menang, Pakatan janji akan turunkan harga minyak.
 BK
 
aku cabar nuar umum jika pakatan menang harga minyak jadi rm 1.05 selama 5 tahun. umumkan nuar. jangan dok cakap dan janji. rakyat mau tau berapa banyak yang hang nak turun dan jangan pulak turun harga minyak naik cukai dan insurans
 
NUAR BRAHIM
Pendidikan kepada semua kaum akan diberi pendidikan percuma dari sekolah rendah hingga ke Universiti dan PTPTN serta hutang PTPTN akan dihapuskan. Toll Utara-Selatan juga akan dihapuskan. Negara tak akan bankrupt, kenapa hutang kroni boleh dihapuskan sedangkan faedah untuk rakyat tidak boleh.
BK
 
masa dia jadi menteri dan tim perdana menteri dan perdana menteri sebulan mengapa tak hapuskan tol. kenapa tak bantah tol. menteri kewangan masa tu buat apa
 
banyak lagi nak Bk ceritakan. tapi dah bosan dengar. bab hutang negara, rasuah, lembu dan semua lagi yang kena batang hidung dia balik

PASCA E 13 : ANWAR IBRAHIM PREJUDIS PADA LAGU WARISAN


NUAR KATA LIRIK LAGU WARISAN " BUMI DI PIJAK MILIK ORANG " DITUJUKAN KEPADA UMNO KATA TANAH MELAYU DAH JADI CINA DAN INDIA PUNYA". ADUHAI NUAR, SAMPAI TAKAT NI HANG NAK PUTAQ BELIT CERITA NAK DAPATKAN UNDI CINA DAN INDIA. CARILAH CARA LAIN