Wednesday, April 18, 2012

PASCA E 13 : EKSKLUSIF SIDANG MEDIA TINDAKAN BIADAP MAHASEWEL PTPTN

IRFAN (KANAN) SELAKU PENGERUSI SEKRETARIAT PERHIMPUNAN MELAYU PULAU PINANG BERSAMA RAKAN-RAKAN MENGGERAKKAN SEBUAH KEBANGKITAN MENENTANG KEBIADABAN MAHASEWEL IGLU

PC YANG DIJALANKAN PADA 16 APRIL LALU DIHADIRI LEBIH KURANG 30 ORANG YANG MEWAKILI BEBERAPA NGOS DI PULAU PINANG


LAPORAN SIDANG MEDIA SPMPP DALAM AKHBAR SINAR 17 APRIL 2012.

BERIKUT BK SERTAKAN KENYATAAN MEDIA SPMPP YANG BK PEROLEHI DARIPADA PENGERUSI SPMPP SENDIRI :

KENYATAAN MEDIA MENGUTUK SEKERAS KERASNYA PENGGUNAAN ISTILAH ALLAHYARHAM DAN MENDIANG DALAM DEMOSTRASI HAPUSKAN PTPTN DI KUALA LUMPUR PADA 14 APRIL 2012
16 APRIL 2012

Pihak Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang ( SPMPP) mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan media yang dapat hadir dalam sidang media pagi ini. Kehadiran rakan media dan sahabat aktivis yang lain menambahkan semangat kami dalam menyuarakan pandangan dan membawa kebenaran.

Sidang Media yang di buat pada pagi ini adalah bertujuan menyatakan pendirian SPMPP mengutuk sekeras kerasnya tindakan para pendemo mansuhkan PTPTN yang bertindak di luar batasan kebudayaan, adat dan agama Islam itu sendiri. Sebelum itu, ingin ditegaskan di sini, SPMPP pada dasarnya tidak berminat mencampuri urusan segelintir mahasiswa yang dibelakang tabir mereka di pengaruhi oleh Pakatan Pembangkang, kerana bagi kami biarlah mahasiswa bersuara atas dasar yang mereka sering bawa iaitu  hak bersuara dan demokrasi.

Namun, dalam hal kebebasan bersuara dan demokrasi itu sendiri, ianya mempunyai had yang tersendiri iaitu tidak menyinggung mana-mana pihak terutama dalam hal menghasut atau mewujudkan tindakan berbentuk provokatif melampau. Perarakan peserta demonstrasi bukanlah perkara pokok yang ingin SPMPP utarakan di sini. Tetapi persoalan utama yang ingin diutarakan ialah sikap segelintir mahaiswa yang menyertai dan menganjurkan demo ini agak tidak sopan, biadap dan tiada nilai Islamisasi di dalam hati mereka. Hati mereka seolah-olah telah tertutup nilai hidayah Allah dan seperti di rasuk syaitan .
Hak menyuarakan pandangan adalah hak masing masing. Namun apa yang kami nampak pelik di sini ialah peserta yang berdemostransi mahukan PTPTN di hapuskan dan diberikan pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi. Tetapi apa yang mereka laungkan tidak menyamai apa yang di tuntut. Laungan mencela Perdana Menteri, Kerajaan memerintah , Menteri Pengajian Tinggi dan  melaungkan nama Altantunya yang kononnya mahu dikaitkan atau dihidupkan semangat mengaitkan PM dengan kes pembunuhan Altantunya Syaribu tiada kaitan langsung dengan PTPTN.
Dalam hal demostrasi hapuskan PTPTN yang telah berlaku pada 14 April 2012 yang lalu, kami SPMPP melihat peristiwa yang berlaku sebagai sejarah hitam bagi gerakan mahasiswa di Malaysia dan mahasiswa seperti diperalat dan menjadi keldai tunggangan pihak tertentu. Kumpulan mahasiswa yang kononnya menyatakan mereka tidak terikat dengan mana-mana pihak dan berjuang atas nama mahasiswa ternyata dayus dengan prinsip yang mereka bawa. Ternyata mereka berpihak jelas kepada parti dan pemimpin tertentu dalam Pakatan Pembangkang.

SPMPP pelik mengapakah kumpulan yang berdemo ini tidak mencela Lim Guan Eng Ust Azizan, Nik Aziz, Khalid Ibrahim yang juga memberi pinjaman kepada anak negeri yang ingin melanjutkan pengajian? Mengapakah pemimpin pemimpin ini tidak dicela sedangkan mereka juga tidak memberikan pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi dan di Institusi Pendidikan di bawah kerajaan mereka seperti KUIN di Kedah dan Unisel di Selangor. Kerajaan Pulau Pinang misalnya sehingga ke hari ini gagal menyatakan pendirian menghapuskan semua hutang tertunggak pinjaman pelajaran dengan kerajaan negeri dan memberikan tajaan kepada semua anak negeri yang berjaya melanjutkan pengajian di peringkat diploma hingga Sarjana bagi setiap IPTA dan IPTS dan juga yang melanjutkan pengajian di luar negara.Apakah semua ini harus diserahkan kesalahan tersebut secara bulat-bulat kepada pemerintah di peringkat pusat?

SPMPP kecewa dan sedih dengan kenyataan dan laungan liar yang keluar dari mulut mahasiswa Melayu yang berdemo. Pelbagai celaan dikeluarkan oleh mereka terhadap kerajaan pemerintah, Menteri Pengajian Tinggi dan Perdana Menteri. Malah mereka mempersendakan isteri perdana menteri sebagaimana yang dipaparkan dalam klip klip video di dalam blog sarfams.blogspot.com.Berdasarkan penelitian kami di dalam klip klip video ini maka kami ingin menyatakan satu pendirian tegas berpaksikan kepada usul kesucian adat dan susila bernegara dan agama Islam itu sendiri iaitu :

1.    Mendesak agar saudara Khalid Ismath yang menjadi salah seorang jurucakap dalam demo ini memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan dan istilah Allahyarham dan mendiang yang ditujukan kepada DS Najib Tun Razak dan Dato Khalid Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi. Kenyataan ini seperti member gambaran bahawa Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi telah meninggal dunia.Apakah Khalid Ismath mempunyai maksud tersurat disebalik istilah mendiang?
2.    Mendesak agar semua jurucakap demonstrasi mengeluarkan kenyataan maaf secara terbuka di atas keterlanjuran yang mereka telah lakukan sewaktu demostrasi berlangsung di media cetak dan media elektronik
3.    Penganjur program didesak menyatakan satu pendirian kukuh bahawa mereka sebuah gerakan mahasiswa yang tidak dijadikan keldai tunganggan Pakatan Pembangkang walaupun YB Nurul Izzah dan YB Tian Chua ada bersama-sama mereka.
4.    Berharap agar pihak Polis dapat menjalankan siasatan ke atas semua jurucakap demo yang mengeluarkan istilah dan perilaku provokatif yang membawa maksud menghasut kea rah revolusi.
5.    Tindakan jurucakap dan penganjur demo seolah-olah tidak sensitif dengan adat susila bangsa Melayu dan agama Islam apabila menjadikan upacara atau lambang kematian bangsa lain disamakan dengan lambang kematian bagi penganut agama Islam.
Memandangkan kumpulan mahasiswa ini  yang kononnya menyatakan diri mereka tidak berpihak kepada mana-mana kumpulan atau parti politik, maka sebagai kumpulan mahasiswa yang rasional dan idealis mereka wajib  menginsafi apa yang telah mereka lakukan yang ternyata sia sia dan menjatuhkan status keintelektualan mahasiswa itu sendiri.

SPMPP menyeru agar semua NGOS dan individu  yang menghormati nilai adat dan susila dalam negara serta mahukan keamanan sejagat agar membuat laporan polis di seluruh negara untuk pihak berkuasa menyiasat jurucakap dan penganjur demonstrasi  yang ternyata kurang ajar dan gagal mengawal ucapan ucapan dalam perhimpunan. SPMPP sendiri akan membuat laporan polis mulai esok di seluruh balai polis yang terdapat di Pulau Pinang. Kami menyeru rakan-rakan dan ngos yang lain agar sama-sama membuat laporan polis kerana tindakan kurang ajar bersifat provokatif tersebut boleh mengundang bahaya pada bila bila masa sahaja.

Sekian Terima Kasih.

SEKRETARIAT PERHIMPUNAN MELAYU PULAU PINANG

APAPUN TAHNIAH DARI BK. PENANG BOLEH BERUBAH DENGAN MENAMPILAN SEBUAH KEBENARAN NEW GENERATION.

Sunday, April 15, 2012

PASCA E 13 " FITNAH MEMBURUKKAN INSTITUSI DI RAJA. LANGKAH AWAL ANWARISME. MOHON SIASATAN SEGERA

BK BERHARAP AGAR PIHAK BERKUASA MENYIASAT ARTIKEL INI YANG BOLEH MENJEJASKAN DAN MENCEMARKAN SISTEM BERAJA DI NEGARA INI. KELAHIRAN PENDERHAKA YANG MAHUKAN SISTEM REPUBLIKAN DIJUANGKAN, BERMULA DENGAN MEMBURUKKAN SISTEM BERAJA MELAYU.

Berikut adalah pendedahan yang disebarkan oleh Dr. Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis. Beliau telah menerima e-mel yang merupakan pendedahan seorang individu berkenaan penyalahgunaan kuasa dan amalan 'kickback money' yang semakin manjadi-jadi oleh pegawai Kerajan pusat yang berkhidmat di Istana Negara. Baca pendedahan lanjut..
Salam Dr,

Saya ingin menarik perhatian Dr kepada satu isu terbaru. Isu ini adalah mengenai penyalahgunaan kuasa dan amalan 'kickback money' yang semakin manjadi-jadi oleh pegawai Kerajan pusat yang berkhidmat di Istana Negara.

Sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda, adalah menjadi amalan bagi pihak Istana untuk memberi Pingggan Pertabalan sebagai cenderamata kepada tetamu yang hadir pada hari tersebut.

Bagaimanapun bagi Majlis Pertabalan SPB baru-baru ini, pinggan pertabalan yang dibekalkan telah mencecah harga RM 6 ribu sebiji..! Pesanan adalah sebanyak 1000 biji. Jadi kos keseluruhan adalah RM 6 juta...!

Memang benar pinggan pertabalan biasa dihiasi dengan emas, tapi walaupun begitu, harga RM 6 ribu sebiji adalah jumlah yang melampau..

Sebagai perbandingan, pinggan santapan Istana Negara, juga yang disalut emas, yang baru dibeli tetapi MELALUI TENDER JPM adalah kurang dari RM 240 sebiji sahaja... Di masa Tuanku Azlan Shah dan Tuanku Mizan pun, harga Pinggan Pertabalan tidak sampai RM 300 sebiji. Cuma pada masa ini, pegawai (tidak)bertanggungjawab tersebut menjadikan harga Pinggan Pertabalan melonjak setinggi-tinggi nya disebabkan oleh amalan 'kickback money'.

Harap perkara ini dapat menarik perhatian Dr untuk diketengahkan agar pihak yang diamanahkan sebagai pegawai Kerajaan tersebut tidak hanyut mindanya sehingga memikirkan yang Istana Negara itu milik mereka dan bajet kerajaan itu adalah hak mereka.. insyallah...

Wasallam,
http://siasahkini.blogspot.com/2012/04/gilapinggan

Friday, April 13, 2012

PASCA E13 : ADAM ADLI CALON PKR DUN BERTAM , PULAU PINANG


ADAM ADLI  ANTARA CALON MUDA YANG DI SEBUT SEBUT DAN TELAH PUN DISENARAI PENDEK OLEH PKR NEGERI SEBAGAI CALON DUN BERTAM. KEDUDUKAN ADAM ADLI SEBAGAI PEJUANG MAHASISWA KONONNYA SERTA BERGERAK BERANI KE SELURUH MALAYSIA MEMBERI SIMPATI RAKYAT UNTUK MENGUNDI BELIAU.APATAH LAGI BELIAU TELAH PUN DIJATUHKAN HUKUMAN OLEH UPSI.

SERIKANDI PKR JUGA BAKAL BERTANDING DI SALAH SEBUAH KERUSI PARLIMEN DI PERAK ATAU PULAU PINANG

JIKA ADAM ADLI BERTANDING, PENILAIAN BUAT UNDI ANAK MUDA AKAN DIBUKTIKAN DI BERTAM.

PASCA E 13 : PERMULAAN DAP MEMERINTAH


Makanan Untuk Anjing Dihidangkan Kepada Tetamu Hotel?

Hari ini tersebar satu surat yang dikatakan ditulis oleh seorang pekerja sebuah hotel, (The Plaza Hotel, Jalan Raja Laut, KL) yang mengadu kepada JAKIM bahawa:
… roti yang dibelinya (Purchasing Officer hotel tersebut) daripada syarikat Ming Kee Cake House adalah roti yang diberikan sebagai makanan anjing. Syarikat tersebut diperkenalkan oleh Pengurus Besar, Cik How Ai Bee malah pembelian roti-roti tersebut adalah di atas arahan Pengurus Besar untuk diberikan sebagai hidangan sarapan pagi kepada sejumlah 390 pelajar daripada Jabatan Pelajaran Selangor yang menginap di The Plaza Hotel Kuala Lumpur, pada tarikh 14hb sehingga 17hb November 2011

Baca keseluruhan suratnya di sini:
http://akarimomar.files.wordpress.com/2012/04/plaza-hotel-kl-hidang-roti-makanan-anjing.pdf

Tuesday, April 10, 2012

PASCA E 13 : ANWAR KEPARAT HAPUSKAN DULU HUTANG INI SEBELUM BERCAKAP SOAL PTPTN

KERAJAAN PENANG SEHARUSNYA MALU DAN PEKA TERHADAP MASALAH RAKYAT. DIKALA PR BERJUANG UNTUK HAPUSKAN PTPTN BAGI MENGHAPUSKAN HAK ANAK MELAYU, NEGERI PR KHUSUSNYA PENANG TIDAK MAMPU MENGHAPUSKAN PINJAMAN BELAJAR ANAK PENANG. BUKANKAH INI MERUPAKAN SATU " KEMALUAN " YANG BESAR?SEPATUTNYA ANWAR MELIHAT NEGERI DI BAWAH PR DAHULU SBELUM BERCAKAP MACAM SIAL............AYUH ANAK PENANG KITA BERDEMO SUPAYA PINJAMAN KITA DIHAPUSKAN DI PENANG

Monday, April 9, 2012

PASCA E 13 : TANAH MELAYU PULAU PINANG TELAH DIHAKIS DAP


Peratusan Tanah Melayu Yang Masih Tinggal Di Pulau Pinang
 
Menurut fakta tanah milik Melayu di Daerah Timur Laut hanya ( 1.16 peratus), Daerah Barat Daya (15.07 peratus), Seberang Perai Utara (44.20 peratus), Seberang Perai Tengah (23.55 peratus) dan Seberang Perai Selatan (18.09 peratus). Ia menjadikan keseluruhan tanah milik Melayu di negeri ini cuma 20.41 peratus.
 
SAYA BERSALAH ATAU SIAPA YANG BERSALAH?

Sunday, April 8, 2012

PASCA E 13 : BERSIH 3.0 .JOM KITA SOKONG YAHUDI


Ambiga jagi pemain patung,
NDI jadi conductor dan pengarah....
Puak PKR, PAS dan DAP ..opps termasuk mahasiswa adam adli penyokongnya
Yahudi jadi juri dan penonton....
Tukang jaga pintu .....PKR..
Tukang kutip duit...... DAP...
Tukang sorak.............PAS Socialist / Parasit

JOHAN : DAP
NAIB JOHAN : LIM KIT SIANG
KETIGA : LIM GUAN ENG
SAGUHATI : PKR
SIJIL PENYERTAAN : PAS