Saturday, March 14, 2015

PRESIDEN PERLU DITUKAR -KHALID SAMAD





Kepimpinan tinggi PAS, termasuk presidennya boleh ditukar dalam pemilihan jika 

mempamerkan prestasi tidak memuaskan, kata pemimpin lantang parti Islam itu Khalid 

Samad. 

“Di dalam muktamar, prestasi AJK PAS Pusat akan dikaji dan dinilai dari sudut pencapaian matlamat yang telah diputuskan oleh Muktamar. 

Dan sekiranya prestasinya tidak memuaskan, AJK (anggota jawatankuasa) PAS Pusat, termasuk presiden, boleh dan layak ditukar melalui proses pemilihan di Muktamar,” kata Khalid ketika mengulas peranan AJK PAS sebagai badan eksekutif parti. 

Khalid, anggota jawatankuasa pusat PAS berkata, prestasi presiden dan setiap AJK dikaji dan diperhalusi oleh muktamar setiap tahun.

KHALID SAMAD MACAM TAK SUKA ULAMAK JADI PRESIDEN JER




KUALA LUMPUR 11 Mac – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menegaskan, jawatan Pre­siden Pas lebih sesuai disandang oleh individu yang mempunyai kepakaran politik dan tidak semestinya dalam kalangan ulama. 

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat berkata, sebagai ketua pelaksana, Presiden perlu pakar dalam bidang kepe­mimpinan, pengurusan, pentadbiran, ‘bacaan’ politik dan perancangan strategik supaya mampu memacu parti ke arah pencapaian matlamat yang dipersetujui bersama. 

“Maka amat jelas bahawa Pre­siden dan AJK Pas Pusat tidak semestinya dalam kalangan ulama. 

“Pemilihan Presiden boleh di­samakan dengan pemilihan ketua angkatan tentera dalam menghadapi peperangan lima tahun sekali,” katanya dalam satu kenyataan di laman blog miliknya hari ini. 

Menurut Khalid, adalah pasti, calon paling sesuai untuk mengisi jawatan Presiden parti adalah seorang yang pakar untuk berperang dalam politik. 

“Itu adalah tuntutan jawatan tersebut, begitu juga dalam soal pemilihan Presiden Pas. 

“Yang dipilih semestinya pakar dalam peperangan politik dan bagaimana untuk mengukuhkan sokongan dan kedudukan parti bagi menghadapi pertempuran di medan politik,” katanya. 

Khalid menjelaskan, Muktamar, AJK Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama mempunyai peranan masing-masing dan tidak wajar mengambil alih tugas dan fungsi ditetapkan. 

Katanya, kecelaruan yang timbul adalah hasil kekeliruan terhadap peranan dan bidang kuasa setiap institusi dan ia menjadi le­bih rumit apabila ada yang sengaja menimbulkan kekeliruan itu. -UM

Friday, March 13, 2015

PAS SELANGOR TEGAS HJ HADI SEBAGAI PRESIDEN



PAS Selangor akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk kekal sebagai Presiden parti itu pada pemilihan kali ini.

Setiausaha PAS negeri, Mohd Khairuddin Othman berkata PAS Selangor akan menyokong kepimpinan ulama temasuk mana-mana pemimpin profesional atau bukan profesional yang menyokong kepimpinan ulama. 


"PAS memerlukan kepimpinan Abdul Hadi dan kita lihat belum ada pemimpin yang layak mengambil alih jawatan Presiden. 

"PAS Selangor juga akan bersama-sama mempertahankan kepimpinan Abdul Hadi," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Beliau berkata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad juga telah beberapa kali menyatakan pendirian menyokong kepimpinan ulama dan itu juga merupakan pendirian PAS negeri.

"Kesemua 22 kawasan PAS Selangor akan mula mengadakan mesyuarat agung bermula pada 15 Mac ini dan berakhir pada 26 April.

"Mesyuarat Agung pada kali ini melibatkan pemilihan di peringkat cawangan, kawasan dan pusat," katanya.

Isnin lalu, PAS bahagian Kota Bharu menamakan Naib Presiden PAS , Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai pencabar untuk jawatan presiden, dengan memberikan kesihatan Abdul Hadi sebagai alasan.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim dilaporkan menolak pencalonan itu dengan berkata bahawa ia adalah satu kejutan yang tidak membina keutuhan parti.

Beliau dipetik sebagai berkata, dalam sejarah kepimpinan PAS jawatan Presiden tidak pernah dipertandingkan.

MURSYIDUL PAS MAHU HJ HADI KEKAL PRESIDEN PAS



“Belum masa untuk Pas menukar presiden,” demikian kenyataan pertama Mursyidul Am Pas yang baharu dilantik, Datuk Dr Haron Din. 

Menurutnya, secara peribadi, beliau merasakan ahli Pas perlu taat kepada presiden sedia ada, iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

“Riak dan maklum balas daripada masyarakat, sejauh yang saya dapat rasakan adalah kebanyakan ahli Pas rasa belum perlu tukar presiden. 

“Pas Kota Bharu sahaja yang suarakan (tentang penukaran itu),” katanya kepada Sinar Harian, semalam. 

Bagaimanapun, katanya, setiap cawangan Pas mempunyai hak masing-masing untuk menamakan calon bagi mengisi jawatan dalam parti. 

“Tetapi harus diingat, kesesuaian nama (calon yang dicadangkan) itu, dengan keadaan yang ada sekarang ini. Adakah sudah sampai masanya untuk ganti presiden? 

“Mungkin ahli itu ada pandangan masing-masing, ada pendirian sendiri. Kita tunggu dan lihat selepas ini sama ada terdapat kawasan lain yang akan suarakan juga mahu ganti presiden,” katanya. 

Mengenai pelantikannya sebagai Mursyidul Am Pas, Haron mengucapkan terima kasih kepada Majlis Syura Ulama Pas yang memilihnya mengisi jawatan itu dan berjanji akan menggalas amanah itu sebaik mungkin. 

“Telah berlangsung mesyuarat (Majlis) Syura Ulama Pas dua hari lalu dan telah berbincang (mengenai) jawatan Mursyidul Am Pas. 

"Saya beri pandangan bahawa elok kita biarkan ia kosong sehingga Muktamar Pas yang terdekat ini (dijadualkan Jun depan). 

“Pada ketika itu, barulah buat keputusan untuk isi semua jawatan termasuk (jawatan) mursyidul am,” katanya. 

Namun, katanya, ahli lain berpandangan kekosongan jawatan Mursyidul Am Pas perlu diisi segera dan tidak seharusnya ditunggu sehingga Muktamar Pas. 

“Saya cuba namakan beberapa orang untuk isi jawatan dan untuk galas amanah yang begitu besar ini. 

“Kesanggupan (terima jawatan mursyidul am) memerlukan kepada kemuliaan yang ketara. Saya (suarakan saya) ada kelemahan yang ketara. 

"...Tetapi semua hujah ditolak dan sebulat suara pilih saya. Atas kehendak itu, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Berdiam diri dan dalam kata lain protes senyap sahaja,” katanya.-SH 

Wednesday, March 4, 2015

DSAI TAK BOLEH HADIR SIDANG PARLIMEN




Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan dapat hadir sidang Parlimen kerana tiada siapa berkuasa arah penjara membenarkannya keluar, kata bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman. – Gambar fail oleh The Malaysian Insider, 4 Mac, 2015.Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan dapat menghadirkan diri ke sidang Dewan Rakyat minggu depan kerana tiada sesiapa mempunyai kuasa untuk mengarahkan pihak penjara membenarkannya ke Parlimen, kata bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman. 

Bekas penasihat undang-undang kerajaan itu berkata, speaker Dewan Rakyat atau menteri dalam negeri tidak mempunyai kuasa daripada segi undang-undang untuk mengarahkan kehadiran Anwar ke Parlimen. 

"Saya tidak rasa undang-undang dipinda untuk membolehkan speaker dan menteri mengarahkan ahli Parlimen yang didapati bersalah menghadiri prosiding," katanya. 

Talib berkata, Anwar dijatuhkan hukuman oleh mahkamah selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada. 

"Beliau dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun," katanya, kepada The Malaysian Insider, sebagai respons terhadap dakwaan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengelak tanggungjawabnya memutuskan sama ada membenarkan Anwar hadir sidang Parlimen atau tidak. 

Beliau berkata, speaker hanya berkuasa semasa sidang dan kuasanya diperuntukkan dalam Perlembagaan dan perintah tetap. 

"Ia menjangkaui kuasa speaker mengarahkan jabatan penjara membenarkan Anwar, yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menghadiri sidang harian Parlimen," tambahnya. 

Dalam kenyataan bersama semalam, peguam Latheefa Koya dan N Surendran berkata berdasarkan undang-undang Zahid selaku pihak berkuasa terakhir boleh memutuskan sama ada Anwar boleh menghadiri sidang Parlimen yang bermula 9 Mac depan, atau tidak. 

Zahid pada Isnin berkata, Lembaga Pengampunan, peguam negara, dan speaker yang boleh membuat keputusan berkenaan. 

"Kenyataan Zahid mengejutkan, tidak komprehensif dan bercanggah dengan Akta Penjara 1995," kata mereka. 

Mereka merujuk Seksyen 13(1) Akta Penjara yang menyatakan ketua pengarah jabatan penjara "perlu bertanggungjawab" kepada menteri untuk pemerhatian peruntukan dalam undang-undang. 

Mereka juga mengkritik cadangan Zahid agar menunggu sehingga Lembaga Pengampunan membuat keputusan terlebih dulu kerana isu itu tidak timbul sama sekali. 

Mereka juga menyelar Zahid memberikan respons terhadap permohonan mereka kepada media dan tidak melalui mereka secara langsung. 

Peguam Anwar menulis surat kepada Zahid pada 25 Februari untuk mengarahkan jabatan penjara mengiringi Anwar menghadiri sidang Dewan Rakyat. 

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan protes sekiranya Anwar dilarang menghadiri sidang Parlimen. 

Meskipun tidak menyatakan jenis protes yang dimaksudkannya, Rafizi mengesahkan partinya dan sekutu PR DAP dan PAS akan mengambil tindakan berkenaan perkara itu. 

"Ada rancangan tertentu terhadap keputusan yang tidak adil dikenakan terhadap Anwar yang akan dilakukan ahli Parlimen PR," katanya. 

Talib, yang merupakan peguam negara selama 13 tahun sehingga 1993 berkata, Anwar boleh menghadirkan diri ke Parlimen sekiranya diberikan pengampunan. 

Beliau berkata, demi kepentingan pengundi Permatang Pauh, Lembaga Pengampunan seharusnya bersidang secepat mungkin untuk menyelesaikan perkara itu. 

"Penduduk Permatang Pauh tidak seharusnya dipinggirkan daripada mempunyai wakil di Dewan Rakyat," katanya. 

Beliau berkata, menghadiri sidang Dewan Rakyat merupakan salah satu tugas wakil rakyat yang dipilih. 

Lebih penting lagi, wakil rakyat yang dilantik perlu berkhidmat di kawasannya, katanya. 

Talib berkata, memandangkan speaker memutuskan untuk tidak mengumumkan kekosongan kerusi, lebih adil sekiranya lembaga bertindak terhadap petisyen yang diserahkan secepat mungkin. 

"Perlu ditetapkan tarikh yang sesuai untuk persidangan Agong," katanya. 

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada 24 Februari mengumumkan Anwar masih kekal sebagai ketua pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh sehingga petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong menerima maklum balas. 

Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar menyerahkan petisyen kepada lembaga pengampunan di Istana Negara sejurus sebelum tempoh 14 hari diberikan tamat. 

Pada 10 Februari lalu, hakim lima panel diketuai Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. 

Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun. 

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah unit kondominium di Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008. 

Rayuan pengampunan Anwar akan dipengerusikan Yang Dipertuan Agong dan anggota lembaga pengampunan terdiri daripada Menteri Wilayah Persekutuan, peguam negara, dan dua yang lain. – 4 Mac, 2015. - MI

NIK ABDUH LEBIH HALUS BAHASA BERBANDING MAT SABU


"Ayahanda mendidik saya bukan dengan memukul Umno dan BN.

"Saya juga mengenal ayahanda saya mendidik rakyat bukan dengan memukul Umno dan BN bertalu-talu."

Demikian jawab anak tokoh PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sewaktu dihadapkan tuduhan bahawa beliau mewakili kumpulan pro-kerajaan perpaduan yang sering mengkritik sesama pemimpin parti itu.

Walaupun tidak menjelaskan kumpulan yang mendakwa begitu, Nik Abduh berkata terdapat tanggapan beliau "kurang memukul Umno dan BN" dan "kuliahnya berlapik-lapik, tidak luka Umno dan BN."