Saturday, January 31, 2015

NO BASIS TO AUDIT 1MBD AGAIN


"In 1MDB's case, a reputable international auditing firm has done that and cleared it. So what are we going to produce as a basis to call up 1MDB and do our investigation?" he said at a forum titled "Auditor-General's Report: Government Audit-Formality or Accountability?"

"Forget about the change of auditors and CEOs (chief executive officers), and the figures (Petaling Jaya Utara MP) Tony Pua and (Pandan MP) Rafizi Ramli put out because those numbers were also not correct in many cases. But they have done enough to give people the perception that something is very wrong with 1MDB,"

Friday, January 30, 2015

PBAPP KAUT UNTUNG LAGI


PBAPP memaklumkan pelanggan PBAPP yang menggunakan perkhidmatan kaunter Pos Malaysia untuk membayar bil air mereka akan dikenakan caj 90 sen dalam bil berikutnya mulai Januari 2015.

Menurut Exco Kerjaraya Pulau Pinang Lim Hock Seng caj itu dikenakan ke atas pelanggan PBAPP kerana PBAPP tidak dapat lagi menampung caj yang dikenakan oleh Pos Malaysia untuk perkhidmatan yang disediakan mereka. Lim berkata PBAPP membayar Pos Malaysia sejumlah RM1 juta pada tahun lalu untuk pembayaran bil PBAPP di kaunter Pos Malaysia.

PBAPP juga sedang menanti jawapan dari SPAN untuk menaikkan tarif air sebanyak 20% di Pulau Pinang. Permohonan PBAPP untuk menaikkan tarif air sudah dipersetujui oleh Mesyuarat Exco Kerajaan Pulau Pinang pada tahun lalu.

Sejak DAP mengambil alih Kerajaan Pulau Pinang, surcaj penggunaan air sebanyak 24 sen setiap 1000 liter air dikenakan ke atas penduduk Pulau Pinang untuk penggunaan air melebihi 35,000 liter sebulan. Surcaj tersebut telah dinaikkan 100 peratus menjadi 48 sen selepas kurang lebih setahun ia diperkenalkan.

PBAPP ada sumber kewangan kerajaan negeri selain kutipan hasil cukai dan hasil penjualan tanah. PBAPP Sdn Bhd dan PBA Holdings Berhad tiap-tiap tahun mencatat keuntungan. Apa lagi yang rakyat Pulau Pinang kena tanggung selepas ini?

TULISAN : SAHABAT 

KHALID SAMAD NAMPAK MACAM SANGGAH HJ HADI




Ahli jawatankuasa pusat PAS, Khalid Samad berkata kenyataan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan sepatutnya diteliti terlebih dahulu.

Katanya, kebimbangan Hadi bahawa pilihan raya tersebut berpotensi menyebabkan ketegangan kaum tidak harus mencetus perbalahan terbuka.

Khalid turut menjawab mengenai kecurigaan NGO Gabungan Urus Tadbir Baik (CGG) bahawa PAS menjadi punca di sebalik kegagalan melaksana pilihan raya itu di Selangor.

MP Shah Alam itu menjelaskan, masalah pelaksanaan itu berpunca daripada kebimbangan berhubung keseimbangan komposisi kaum di kalangan ahli majlis.

"Ia adalah satu perkara yang boleh diperhalusi dan tak perlu jadi perbalahan secara terbuka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Susulan itu, timbul cadangan antarabanya agar komposisi ahli majlis bandaraya Shah Alam terdiri daripada 12 orang yang dipilih dan 12 orang lagi yang dilantik.

"Ada juga cadangan agar pemilihan bukan atas nama individu, tetapi atas nama pasukan sehingga akhirnya pemilihan itu melibatkan semua kaum.

"Dengan cara ini dominasi sesuatu kaum itu tidak akan timbul," katanya.

Beliau seterusnya menolak andaian CGG bahawa Hadi menjadi dalang di sebalik masalah pelaksanaan pilihan raya tersebut.

"Andaian NGO itu tidak tepat," katanya.

Beliau turut menolak persepsi umum bahawa penentangan Hadi terhadap pemilihan itu merupakan timbal balas terhadap tindakan DAP yang menolak pelaksanaan hudud.

"Ini kerana dua perkara ini adalah dua perkara yang tak diterima sebagai rangka kerja dasar bersama di peringkat pusat," katanya. 

Thursday, January 29, 2015

PASMA TEBUK KAPAL PAS BAGI TENGGELAM

Menerusi laman Facebooknya hari ini, Hadi berkata, jika ada pihak yang merasakan ‘bahtera PAS’ bergerak perlahan dan mempunyai kekurangan, maka mereka dilarang membocorkan dan merosakkannya tetapi pergi kepada 'bahtera' yang lebih laju.

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengibaratkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) seperti golongan yang menebuk kapal dalam parti PAS.

Menerusi laman Facebooknya hari ini, Hadi berkata, jika ada pihak yang merasakan ‘bahtera PAS’ bergerak perlahan dan mempunyai kekurangan, maka mereka dilarang membocorkan dan merosakkannya tetapi pergi kepada ‘bahtera’ yang lebih laju.

“Jika ada yang merasakan bahtera ini bergerak perlahan, ada kekurangan, jangan bocor dan rosakkan bahtera ini. PASMA ibarat golongan yang menebuk kapal,” ujarnya.

Abdul Hadi juga memberi cadangan agar PASMA menyertai bahtera lain untuk mencapai ke destinasi dengan lebih cepat.

“Kalau rasa payah sangat, pergilah ke bahtera lain yang kamu suka yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi. Pergilah ke kapal DAP, kapal PKR, kalau mahu lebih cepat lagi ke Putrajaya, maka pergilah ke bahtera UMNO,” katanya.

Selain itu, Hadi menjelaskan terdapat perbezaan antara parti itu dengan PKR dan DAP.

“Inilah bahtera PAS. Kita dalam Pakatan Rakyat bukanlah dalam bahtera yg sama. PKR bahtera lain, DAP bahtera lain, kena faham,” tambahnya.

Sebelum ini, laman facebook PASMA menyiarkan gambar Abdul Hadi bersama presiden pertubuhan itu, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dalam satu majlis anjuran PAS Kuala Kedah pada 24 Januari.

PASMA turut mendakwa Abdul Hadi telah menyertai badan bukan kerajaan (NGO) itu.

“Syukur Alhamdulillah, akhirnya Tuan Guru menerima baik PASMA dan mendaftar sebagai ahli PASMA,” kata PASMA.

Malah PASMA turut meminta semua ahli PAS yang ingin mendaftar sebagai ahli NGO itu bertindak menghubungi wakil PASMA.

Bagaimanapun, Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat menafikan dakwaan itu dan menyatakan Abdul Hadi berada di Kuala Kedah bagi menghadiri Program Penerangan PAS Pusat dan bukan mendaftar sebagai ahli NGO berkenaan.-therakyatpost 

TAHNIAH KASTAM DI RAJA MALAYSIA



PUTRAJAYA 26 Jan. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memungut hasil berjumlah RM35.195 bilion tahun lepas, meningkat 5.8 peratus atau RM2.07 bilion berbanding tahun 2013, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad. "Ini adalah angka tertinggi dalam sejarah Kastam. 

Ia hampir mencapai sasaran kita sebanyak 98 peratus bagi pungutan hasil tahun lalu," katanya ketika berucap pada sambutan Hari Kastam Sedunia ke-33 di sini hari ini, yang dirasmikan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Mengenai kes rampasan, beliau berkata, sebanyak 5,944 kes bernilai RM726 juta direkod tahun lepas, membabitkan cukai sebanyak RM437 juta. 

"Bilangan kes rampasan telah menurun sebanyak 16 peratus berbanding tahun sebelumnya susulan peningkatan kecekapan Jabatan Kastam dalam aspek penguatkuasaan dan pematuhan," katanya. 

Mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), beliau berkata jumlah pendaftaran sehingga 21 Jan tahun ini adalah sebanyak 306,887 syarikat. - BERNAMA

Wednesday, January 28, 2015

GUAN ENG MASIH NAK RATA BUKIT????


akhbar Bahasa Cina China Press 26 Jan 2015:

Pilihan hari ini... " Lim Guan Eng: Jika Bukit Jambul dan Pulau Jerejak diwartakan sebagai kawasan hutan simpan, pembangunan di masa hadapan bagi kedua-dua kawasan ini akan menjadi sukar dan rumit."

Guan Eng sudah ada rancangan untuk memajukan kedua-dua kawasan berkenaan? Apa sudah jadi kepada janji-janji DAP untuk mengekalkan kehijauan dan alam semulajadi Pulau Pinang selaras dengan slogan 'Cleaner, Greener Penang'

PEMUDA PAS NAFI HJ HADI JOIN PASMA


Dewan Pemuda PAS Malaysia hari ini menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) yang menyatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mendaftar sebagai ahli badan bukan kerajaan (NGO) yang juga kumpulan serpihan parti itu.

Ketuanya, Suhaizan Kayat menerusi akaun Facebook beliau berkata, Abdul Hadi berada di Kuala Kedah bagi menghadiri Program Penerangan PAS Pusat.

“Adalah tidak betul Presiden PAS mendaftar sebagai ahli PASMA. Lagipun perkara ini tidak logik.

“Kehadiran Tok Guru Presiden di Kuala Kedah bagi menghadiri Program Penerangan PAS Pusat dan bukannya Program PASMA,” tegasnya.

Suhaizan membuat kenyataan itu ekoran sekeping gambar Abdul Hadi yang sedang menjamu selera di Kuala Kedah yang dimuatnaik di akaun Facebook PASMA Malaysia.

Gambar itu diiringi kapsyen: “Syukur Alhamdulillah, akhirnya Tuan Guru menerima baik PASMA dan mendaftar sebagai ahli PASMA”.

Malah PASMA turut meminta semua ahli PAS yang ingin mendaftar sebagai ahli NGO itu bertindak menghubungi wakil PASMA.-therakyatpost 

POLEMIK TRANSGENDER DI MALAYSIA



Empat jurumekap pengantin - Muhammad Juzaili Mohamad Khamis, Syukor Jani, Wan Fairol Wan Ismail dan Adam Shazrul Mohd Yusoff - mengemukakan semakan kehakiman bagi mencabar kesahihan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992.

Enakmen itu menghukum golongan lelaki Islam yang berpakaian atau berlagak seperti wanita.

Mereka memfailkan semakan kehakiman dengan menamakan Kerajaan Negeri Sembilan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, pengarahnya, ketua pegawai Penguatkuasa Syariah Negeri Sembilan dan ketua pendakwa Syarie Negeri Sembilan sebagai responden.

Bagaimanapun, Adam Shazrul tidak meneruskan rayuan itu.

Perayu yang dikatakan transeksual lelaki berpakaian wanita atau 'Mak Nyah' mendakwa mereka telah disahkan oleh pakar psikiatri Hospital Kuala Lumpur sebagai mengalami Kecelaruan Identiti Jantina (GID).

Mereka mendakwa mereka ditangkap dan diganggu oleh pihak berkuasa dan juga didakwa di bawah Seksyen 66 Enakmen berkenaan, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berikut ialah kronologi bagi semakan kehakiman: '

2 Feb 2011 -- Perayu memfailkan permohonan bagi semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Seremban.

4 Nov 2011 -- Perayu mendapat kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap responden.

11 Okt 2012 -- Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka bagi semakan kehakiman. Hakim Siti Mariah Ahmad memutuskan bahawa hak perayu di bawah Perlembagaan Persekutuan hendaklah diabaikan kerana pada hakikatnya, mereka dilahirkan sebagai lelaki dan beragama Islam.

Beliau juga memutuskan bahawa pemohon sebagai beragama Islam tertakluk di bawah Seksyen 66 Enakmen berkenaan.

22 Mei 2014 -- Mahkamah Rayuan mendengar rayuan dan menangguhkan prosiding sehingga 17 Julai 2014. Selepas mendengar hujah daripada semua pihak, mahkamah menetapkan 7 Nov 2014 untuk menyampaikan keputusan.

7 Nov 2014 -- Mahkamah Rayuan dengan sebulat suara membenarkan rayuan perayu untuk mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992, sebagai tidak sah dan melanggar perlembagaan.

Hakim Datuk Hishamudin Mohd Yunus yang mengetuai panel tiga hakim memutuskan seksyen itu menimbulkan diskriminasi terhadap golongan lelaki Islam yang menghidap GID dan tidak memberi pengecualian bagi penghidap GID.

5 Dis 2014 -- Responden memfailkan permohonan untuk kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan. Mereka mengemukakan tujuh persoalan undang-undang.

6 Jan 2015 -- Pengurusan kes mengenai permohonan responden didengar di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Persekutuan Khainur Aleeza Ismail dalam kamar. Beliau menetapkan 27 Jan untuk mendengar permohonan responden bagi kebenaran untuk merayu.

27 Jan 2015 -- Mahkamah Persekutuan akan mendengar kes responden.

Tuesday, January 27, 2015

APABILA HARUN DIN BERCAKAP SOAL KUASA MELAYU


Melayu hilang kuasa dengan pilihan raya PBT, kata timbalah mursyidul am PAS 



Pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak menyumbang ke arah usaha mewujudkan keharmonian politik negara ini, malah akan mengundang padah, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din (gambar, kanan). 


Katanya, negara boleh ditimpa padah sekiranya DAP terus berdegil melaksanakan pilihan raya PBT itu, sedangkan kepemimpinan ulama di dalam PAS yakin kebimbangan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang kemungkinan ia mengakibatkan peristiwa 13 Mei berulang, ada asasnya. 


"Sebarang isu yang boleh menimbulkan ketidaktenteraman akan mengundang padah. 


"Kalau tidak segera, maka masa mendatang akan lebih mencabar, kerana itulah isu pilihan raya PBT ini elok dihentikan segera," kata Haron menurut laporan Utusan Malaysia hari ini. 


Kelmarin, Hadi mendakwa pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP hanya akan mewujudkan ketidakstabilan dan jurang dalam masyarakat kerana ia menguntungkan penduduk bandar yang majoritinya kaum Cina dan menimbulkan kebimbangan berulangnya peristiwa berdarah pada 1969 itu. 


Haron turut memberi peringatan kepada DAP, pandangan Hadi tersebut bukan bersifat peribadi kerana ia turut tidak dipersetujui semua ahli PAS. 


Katanya, DAP sewajarnya bersikap prihatin sebelum melakukan sebarang tindakan yang melibatkan umum, terutamanya dalam konteks masyarakat majmuk di negara ini. 

HUDUD BOLEH DILAKSANAKAN. SO TUNGGU APA LAGI

Kajiselidik: Melayu rasa M'sia tak bersedia untuk hudud 


Satu kaji selidik menunjukkan bahawa 58 peratus responden Melayu berasakan negara ini tidak bersedia untuk pelaksanaan hudud, walaupun 71 peratus daripada mereka menyatakan sokongan terhadap undang-undang jenayah Islam itu. 


 



Bagi orang Cina dan India pula, peratusannya ialah masing-masing 59 peratus dan 61 peratus. 

Kaji selidik yang dijalankan pada bulan April oleh Merdeka Center itu, membabitkan penyertaan 1,009 pengundi daripada semua kaum. 

Berhubung sokongan kepada hudud, kaji selidik itu mendapati majoriti kecil (53 peratus) daripada responden menyatakan mereka menyokong hudud. 

Bilangan itu, menurut Merdeka Center, terdiri daripada 71 peratus 
responden Melayu dan masing-masing 26 peratus responden Cina dan India. 

Menurutnya, 20 peratus responden Melayu tidak menyokong pelaksanaan hudud, dengan masing-masing 65 peratus dan 69 peratus responden Cina dan India. 

Kaji selidik itu menunjukkan pengundi Melayu di bawah umur 30 tahun paling ramai menyokong hudud, iaitu 83 peratus, berbanding golongan umur yang lebih tua, konsisten dengan penemuan Merdeka Center sebelum ini dalam satu kajian pada 2011 mengenai sentimen belia Islam. 

Kaji selidik itu juga mendapati hanya 25 peratus daripada jumlah responden dan 30 peratus daripada responden Melayu percaya bahawa negara ini sudah bersedia untuk hudud dilaksanakan pada masa ini. 

Ia juga menunjukkan bahawa berdasarkan apa yang responden anggap sebagai "keupayaan institusi kehakiman dan keupayaan agensi-agensi penguatkuasa", hanya 32 peratus percaya bahawa hudud boleh dilaksanakan dengan adil pada masa ini. 

Thursday, January 22, 2015

ANALOGI SEORANG PENULIS BERKAITAN NAJIB BERSAMA ANWAR





"DS Anwar akan berdamai dan bersama PMNajib. PMNajib amat memerlukan DS Anwar dalam menghadapi krisis ekonomi dan serangan Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya.

Timbalan PM Muhyidin sedang memerhatikan "peperangan" ini. Tunggu untuk bersiap sedia menangguk untung kemelut ini.

Besar kemungkinan Muhyidin buat kem sendiri bersama Zahid Hamidi dan Shafie Afdal.

Jika Muhyiddin berbuat demikian, bermakna Anwar semakin rapat dan rapat dengan PMNajib. PMNajib sedang kelemasan. Anwar memberikan pelampung untuk beliau untuk selamat dari lemas politik.

Kesempatan ini Anwar rebut dengan kemas dan licik.Peluang Anwar untuk "hendak sangat"jadi PM semakin cerah dengan mendekati PMNajib.

Hasilnya, DAP akan bertambah musuh. Dulu dengan PAS kini dengan Anwar dan PKR.

Politik 2015 bakal menyaksikan, Anwar dan PKR bergabung dengan Najib. PAS berjuang sendirian begitu juga DAP

Wednesday, January 21, 2015

CUCU DATO ISMAIL KAMUS YANG MENINGGAL...FAHAM KER???


 Desas desus mengatakan pendakwah terkenal  Datuk Ismail Kamus meninggal dunia adalah tidak benar sebaliknya yang meninggal dunia adalah cucu beliau yang berusia 13 tahun.

Pengerusi Pusat Perubatan Darussalam, Ustaz Manaf Jusof, memaklumkan kepada Harakahdaily bahawa yang meninggal dunia ialah cucu kepada Datuk Ismail Kamus.

Cucunya meninggal dunia jam 8.30 pagi tadi kerana sesak nafas dan telah dikebumikan di Bukit Teratai Ampang selepas zohor tadi. Ismail Kamus ialah penasihat Pusat Perubatan Darussalam.

Sebelum itu jenazah cucunya disembahyangkan di Masjid Hidayah Kampung Pandan.

Terdahulu, maklumat mengatakan Ustaz Ismail Kamus yang meninggal dunia dan telah menjadi viral di laman sosial.

Desas sesus ini merupakan  kali ke empat mengatakan pengamal perubatan yang terkenal ini meninggal dunia.

Sebelum ini, sudah tiga kali mati jika berdasarkan fitnah yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu di negara ini.

Kali pertama khabar angin seperti itu bertiup di tengah masyarakat berlaku sekitar 16 tahun lalu, manakala yang kedua sekitar sembilan tahun lalu.

Dan desas desus kali ketiga pada tahun 2010 ketika beliau mengerjakan ibadat haji

MUSTAFA ALI SUDAH WARNING DAP?


Pertengkaran terbuka di antara parti komponen Pakatan Rakyat (PR) berterusan apabila PAS hari ini menggesa DAP agar tidak angkuh.

Menjawab kritikan Setiausaha Pengelola DAP Anthony Loke baru-baru ini yang mendesak PAS tidak membandingkan pilihan raya kerajaan tempatan dan hudud, Datuk Mustafa Ali berkata, Pulau Pinang tidak boleh melaksanakan sesuatu tanpa persetujuan bersama PR.



"Dalam kes hudud yang tidak termasuk dalam polisi bersama, DAP mati-matian berkata, ia tidak boleh dilaksanakan tetapi dalam kes kerajaan tempatan yang juga tidak termasuk dalam polisi bersama ia diteruskan kerajaan Pulau Pinang. Ini yang menjadi persoalan.


"Pendirian pemimpin PR berkaitan isu kerajaan tempatan jelas, ia tidak mempunyai persetujuan bersama untuk dilaksanakan. Ini boleh dibuktikan daripada perkara sama dikemukakan Teresa Kok sewaktu menjadi pengerusi DAP Selangor yang mengemukakan isu pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan di Selangor," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Mustafa yang juga setiausaha agung PAS berkata, cadangan menjalankan pilihan raya tempatan sewajarnya tidak diteruskan selagi masih belum mendapat persetujuan bersama dalam PR.

"Pendirian yang diambil pimpinan PR dalam mesyuaratnya berhubung isu ini jelas menolaknya sehingga ia dibincangkan bersama ketiga-tiga parti di peringkat negeri. Sehingga ini tiada sebarang keputusan dibuat PR di peringkat negeri.

"Jelas tiada persetujuan di kalangan pimpinan. Tetapi dalam kes Pulau Pinang kerajaan DAP tanpa merujuk kepada pimpinan pusat, ia terus dilaksanakan. Ini yang menjadi persoalannya. Apa sebabnya, adakah kerana mereka ada majoriti dalam DUN Pulau Pinang," katanya.
Mustafa turut membidas DAP kerana bersikap angkuh walaupun sebelum ini paling lantang bercakap mengenai demokrasi.

"Ini gambaran sikap angkuh yang ditunjukkan pemimpin DAP apabila mereka memperoleh kuasa majoriti. Hal ini juga dimanifestasikan pimpinan DAP Sarawak yang membuat kenyataan, tidak perlu kerjasama PAS dan PKR sekalipun hanya kerana DAP paling kuat di Sarawak.

"Sifat arrogant sebagaimana yang ditunjukkan sebahagian pemimpin DAP ini satu amalan yang tidak baik dalam konteks kerjasama politik sekarang," katanya.

Perkembangan terkini ini rentetan daripada usaha PAS untuk terus melaksanakan hukum hudud di Kelantan pada tahun lepas, tetapi DAP mengkritik serius usaha tersebut.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke pada Ahad berkata, perbandingan yang cuba dilakukan Mustafa tidak boleh menyamakan hudud dengan pilihan raya kerajaan tempatan kerana perbezaan itu terlalu jauh ibarat "epal dengan oren".

"Pilihan raya kerajaan tempatan memang tidak dinyatakan dalam Buku Jingga, namun secara dasarnya ia tidak bercanggah dengan proses pendemokrasian yang kami cadangkan di dalam PR," katanya.
Loke yang juga ahli Parlimen Seremban berkata, berbeza dengan hudud yang dicadangkan PAS untuk dilaksanakan di Kelantan, ia bercanggah dengan dasar bersama PR.

"Hudud bukan perkara dasar bersama PR, ia berbeza," katanya.
Katanya, tindakan kerajaan Pulau Pinang cuba memperkenalkan pilihan raya kerajaan tempatan ialah usaha memulihkan kerajaan tempatan berlandaskan lunas undang-undang.

PAS sebelum ini menyelar DAP "cakap tidak serupa bikin" dalam mempersoalkan hudud yang dikatakan tidak dipersetujui PR sedangkan mereka sendiri mendahului gabungan itu dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan.

Mustafa berkata, ketika DAP mempertikaikan Kelantan kerana mahu melaksanakan hukum Islam hudud, DAP cuba melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan di Pulau Pinang walaupun ia tidak pernah dipersetujui PR.

"Sedangkan PR sebelum ini pernah membincangkan isu hudud dalam mesyuarat dan dicapai kata sepakat untuk 'agree to disagree' dan mengakui hudud melampaui PR kerana ia diluluskan di Kelantan sebelum wujudnya PR di samping ia dilaksanakan untuk orang Islam dan di Kelantan saja," kata Mustafa.

UNFAIR OR FAIR WITH ANUAR ?





MUJUQ LA HANG NUAR.....

Tuesday, January 20, 2015

BILA ANUAR NAK LAPOR SPRM KES DAIM?



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa beliau sedia membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan terhadap bekas Menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Dakwanya, SPRM harus menjalankan tugasnya secara profesional dan beliau turut menyatakan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memberikan kerjasama kepada pihak SPRM.

“Saya memang ada bukti tapi ia sudah difailkan,” katanya kepada pemberita di One World Hotel.

Sebelum ini, Daim turut menyatakan bahawa beliau sedia bekerjasama dengan SPRM dalam siasatan terhadap perniagaan perbankannya di luar negara.

“Saya bersedia untuk menyokong dan bekerjasama dengan SPRM dalam penyiasatan mereka,” kata bekas Menteri Kewangan itu.

Monday, January 19, 2015

TAPIS FILEM BERMULA DARI SKRIP



Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohammad mahu penapisan filem dan drama secara menyeluruh bermula dari peringkat skrip, supaya umat Islam tidak terpengaruh budaya asing. – Gambar Facebook, 18 Januari, 2015.


Selepas isu kontroversi K-pop membabitkan gadis Melayu di sebuah konsert baru-baru ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri mahu penguatkuasaan penapisan filem dan drama dimulakan daripada skrip.

Dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia hari ini, beliau berkata ‎adegan "peluk dan cium" membabitkan artis Korea Selatan dan gadis Melayu dalam sebuah konsert baru-baru ini secara jelas membuktikan budaya Melayu dan Islam dicerobohi budaya Barat dan Timur.

"Lembaga penapisan akan menapis cuma saya tidak boleh menjangkakan adanya proses tersebut," katanya kepada edisi Ahad akhbar Utusan Malaysia itu.

"Maknanya kalau ada proses tersebut, tiada masalah, bukan kita mahu filem itu ditapis selepas ia disiapkan, namun ia perlu ditapis daripada pihak penerbit dan pengarah melalui skrip lagi."

Beliau memberi contoh filem arahan pengarah dari Libya, Omar Mukhtar yang disifatkan mempunyai kandungan baik dan pengajaran yang tinggi.

"Cuba kita tengok filem Omar Mukhtar, berapa juta orang tengok tiada masalah pun. Jadi isi filem itu sendiri perlulah menekankan perkara-perkara yang baik dan penting dan perlu ada batasan-batasannya," katanya.

Sunday, January 18, 2015

DAP TIDAK HORMAT ULAMAK





Ramai pengguna media sosial berpendapat DAP berusaha untuk mengenepikan Ustaz Ahmad Yaakob MB Kelatan dalam siri-siri bantuan oleh Kerajaan Pulau Pinang. Semenjak kedatangan DAP yang diketuai oleh Lim Kit SIang sebelum ini hanya Datok Husam Musa sahaja dimaklumkan dan hanya Husam sahaja yang menyambut kedatangan wakil DAP. 

Selepas itu apabila Lim Guan Eng pulang daripada bercuti, LGE hanya datang dan memberikan bantuan kepada Datok Husam dan ini sangat bercanggah dengan prosedur biasa dan juga berlainan sama sekali apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor. 

Walaupun kita faham jadual MB Kelantan sangat padat. Misalnya YB Azmin Ali boleh berjumpa dengan wakil MB Kelatan yakni exconya Ustaz Nik Amar. 

Apakah DAP sengaja untuk memberikan tekanan kepada kumpulan yang disebut ulama dalam PAS supa orang melihat mereka tidak berfungsi dengan baik? 

Ramai yang berpendapat ini adalah strategi politik yang sengaja dibuat oleh DAP untuk mencari publisiti murahan dan menjatuhkan kepimpinan ulama dengan menaikan golongan yang disetujuinya sahaja. 

Ramai yang berpendapat kedatangan DAP semata-mata untuk bermain "wayang". Lihat bagaimana Lim Kit SIang yang berpakaian baju hujan. Dia seorang sahaja yang lain tidak dan memberikan bantuan di dalam air dalam kawasan lapang menggunakan "pelakon" upahan? Sedangkan gambar di belakang ada kenderaan dan kamera man?? 

Pengguna media sosial didedahkan dengan lakonan ini dengan nama OPERA CHINA. Apakah mereka sebenarnya betul-betul mahu membantu PAS Kelantan atau ingin menjatuhkan kepimpinan yang disebut ulama dalam PAS? 

Begitu juga dengan kedatangan wanita muda Melayu dalam misi bantuan banjir DAP juga mempunyai maksud yang sama. 

Banyak orang meragukan perkara ini. Mereka yang mendalami dan memahami politik dapat membaca pengerakan yang disebut saraf atau psywar.

Saturday, January 17, 2015

Friday, January 16, 2015

IZZAH AKAN TERKANTOI. LEVEL MP PKR TAK BUAT RESERCH


Kes saman Datuk Seri Dr. Mohd Salleh dan NFCorp. terhadap Nurul Izzah dan PKR atas fitnah pembelian 8 unit kondo dengan duit pinjaman RM250 juta.

Wednesday, January 14, 2015

HIKMAH BAH KUNING DI KELANTAN


SEMOGA ALLAH KEKALKAN PENYATUAN UMNO PAS DI SELURUH NEGARA DEMI UMMAH

Tuesday, January 13, 2015

BUKIT BENDERA OH BUKIT BENDERA


Farming on the slopes has sparked fears of a potential catastrophe.

GEORGE TOWN: The Penang Hill may soon lose its appeal no thanks to unmonitored cultivation that is chipping away its green landscape.

The hill is one of Penang’s tourist destinations but bald patches are visible from kilometres away, due to farming activities, which spark fears of a potential catastrophe reminiscent of the recent Cameron Highlands tragedy.

Penang Island Municipal Council (MPPP) engineering director Addnan Mohd Razali said the MPPP had received reports on farming carried out by the landowners.

He said under Section 70 of the Street, Drainage and Building Act 1974 (Act 133), the council does not have the liberty to prosecute landowners.

However, the MPPP had discussed with the district officer on the relevant laws to prevent the landowners from continuing with their activities, he said.

“We are currently monitoring the situation to see what kind of action can be taken to curtail the activities,” he told Bernama when contacted here today.

Some non-governmental organisations (NGOs) have been calling for the state government to address the matter before the hill turned into another destructive “Cameron Highlands”, in which illegal farming was blamed for the unnecessary loss of lives and property.


A check by Bernama found bald patches on both sides of the Penang Hill railway line and could be seen from as far as the Jalan Air Itam roundabout, 2km away.

On another land-clearing activity near Jalan Rajawali in Bayan Lepas, Addnan said he was not aware and would refer it to the MPPP to investigate.

He said several development projects had been approved by the state government but anyone found to be carrying earthworks illegally would be prosecuted.

“We will not hesitate to take action against those who carry out illegal land-clearing,” he said.
Land-clearing is not new in Penang; in 2013, a development project in Bukit Relau was objected to by NGOs and the local residents who questioned the environmental credibility of the state government for allowing the trees to be indiscriminately felled.

The Penang Structure Plan 2020 gazetted on June 28, 2007, prohibits development in areas that exceed 76.2m above sea level and on slopes with a gradient greater than 25 degrees.
– BERNAMA

PROKSI PKR MULA MENGHENTAM UMAT ISLAM


Eric Paulsen pelopor dan anggota Lawyers for Liberty apabila diminta mengulas tweet kontroversial beliau berkata, “Perkara ini sedang disiasat. Jadi saya rasa, biar saya kena siasat dahulu. Jadi lihatlah macam mana nanti,”

Jumaat lalu beliau menulis di Twitter menuduh JAKIM mendokong kegiatan ekstremis melalui khutbah Jumaat. Lateefa Koya seorang pemimpin PKR dan juga seorang anggota Lawyers For Liberty menyokong kenyataan Eric Paulsen yang dibuat di twitter.

Eric Paulsen bagaimanapun telah memadamkan tweet berkenaan setelah dikritik pelbagai pihak namun beliau tetap enggan memohon maaf

Monday, January 12, 2015

ERIC PAULSEN PRO PKR. APAKAH INI SENADA DENGAN KENYATAAN NALURI PKR?


BK TAK MAU KOMEN. JUST NAM BAGI ANALOGI SUPAYA FAHAM DAN JELAS. TENGOK SAHAJALAH TEAM PEGUAM INI . SATU KUMPULAN LAGI. SO FAHAM FAHAM JELAH . INI NALURI HATI DEPA KOT.




PELUK ARTIS KPOP. WAJIB TAUBAT BUKAN TAU BUAT?






SHAH ALAM - Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia, Dr Zaharuddin Abdul Rahman melahirkan rasa terkejut adegan kumpulan K-Pop terdiri daripada anggota lelaki memeluk dan mencium gadis bertudung dalam satu persembahan di Kuala Lumpur, kelmarin. 
 
Menurutnya, adegan seperti itu 'benar-benar gerakan liberal atau lebih teruk daripada liberal' dan 'jauh lebih teruk daripada memeluk anjing', merujuk kepada program I Want to Touch a Dog di Petaling Jaya, tahun lalu, yang mencetuskan kontroversi hebat.

Menurutnya, penyebaran video itu tidak dianggap membuka aib kerana gadis dalam rakaman itu sudah tahu bahawa program itu disiarkan secara langsung di media.

"Taubat wajib bagi mereka yang terlibat, namun malang kerana video dosa mereka bakal tersebar selagi wujud YouTube," katanya.

Zaharuddin turut mengingatkan pengguna media sosial supaya tidak mengeluarkan kenyataan kesat atau maki hamun terhadap individu dalam video tersebut, sebaliknya menasihati mereka.

BUKANKAH BAIK MACA NI . PAS UMNO BERSATU ATAS NAMA ISLAM



MESYUARAT pertama Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir yang dipengerusikan antara Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Komplek Darul Naim, Kota Bharu memutuskan setiap mangsa banjir di Kelantan akan memperoleh bantuan ihsan sebanyak RM500. - Foto NSTP

Sunday, January 11, 2015

TINDAKAN UNDANG UNDANG KE ATAS KERAJAAN SELANGOR


OPSSS!!! NANTI SAT. KITA SETTLE DULU 

Lapan pembantu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengkaji tindakan undang-undang susulan tuntutan pemulangan wang pampasan bernilai RM2.6 juta.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Selangor, Faekah Husin berkata, semua penerima wang pampasan itu akan mendapatkan nasihat peguam berhubung surat tuntutan tersebut.

Tambah Faekah yang juga bekas Setiausaha Politik Abdul Khalid, beliau mengarahkan peguamnya untuk menuntut ganti rugi terhadap pengurusan baharu MBI kerana melanggari kontrak Skim Pelepasan Sepakat (MSS).

"Saya telah mengarahkan peguam untuk melihat dari semua sudut undang-undang dan melakukan tuntutan balas yang tidak terbatas hanya untuk mendapatkan keseluruhan jumlah sehingga tamat kontrak, gantirugi bagi pecahjanji MSS (Skim Pelepasan Sepakat) dan kerosakan penghinaan yang dialami,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Faekah dikatakan penerima pampasan tertinggi yang mencecah RM700,000.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai notis tuntutan pemulangan wang pampasan sebanyak RM2.6 juta kepada lapan bekas pembantu Abdul Khalid sebelum Mohamed Azmin Ali mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, Faekah menafikan bahawa pembayaran wang pampasan melalui MSS kepadanya dibuat secara salah tanpa mendapat kelulusan secara sah.

"Surat tuntutan juga gagal menyatakan dengan jelas sebarang pelanggaran undang-undang dan tatacara kewangan serta salah laku ketika pembayaran dibuat.

"Saya kesal apabila pentadbiran hari ini bertindak melampaui batas yang luar biasa di dalam isu MSS ini. Pembayaran dilakukan setelah persetujuan di antara semua pegawai yang terbabit dengan pentadbiran terdahulu dicapai atas dasar kepercayaan dan sikap profesional semua pihak,” katanya sambil mengakui menerima notis tuntutan berkenaan.

Selain itu, Faekah turut mempersoalkan laporan audit yang digunakan MBI dalam menuntut semula wang pampasan terbabit.

"Laporan audit yang kononnya menjadi asas tuntutan adalah satu laporan yang cacat, tidak dilakukan secara profesional dengan menurut tatacara pengauditan yang betul serta berniat jahat. Audit tersebut juga cacat apabila dijadikan dokumen awam tanpa mendapat penjelasan pihak terlibat, termasuk mantan Menteri Besar Selangor sendiri.

"Tindakan tidak profesional dalam memanipulasi audit cacat tersebut telah mewujudkan prasangka terhadap semua pihak yang terlibat membuat keputusan termasuk penerima pampasan,” katanya.

Selain Faekah, tujuh individu lain yang menerima pampasan itu adalah Setiausaha Akhbar Abdul Khalid, Arfa’eza Abdul Aziz pula menerima pampasan RM413,000, termasuk RM55,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan, manakala Setiausaha Politiknya, Mustapa Mohd.Talib menerima RM265,000.

Pembantunya yang lain didakwa dibayar antara RM97,000 dan RM230,000 masing-masing sebagai pampasan dan antara RM18,000 dan RM69,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan mereka.

Sebelum ini, Abdul Khalid menyatakan pemberian pampasan kepada lapan bekas pembantunya itu dibuat mengikut undang-undang dan secara telus serta profesional.-mstar 

Saturday, January 10, 2015

PEMIMPIN PAS TERLIBAT BALAK AKAN DI DAKWA???




Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata tidak akan mempertahankan mana-mana pemimpin PAS yang didapati terlibat dalam skandal balak, antara punca banjir besar berlaku di negeri tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Januari, 2015. 

PAS tidak akan membela mana-mana pemimpin partinya yang menyeleweng dan terlibat dalam skandal balak di Kelantan, kata Mohamad Sabu.

Timbalan presiden PAS itu berkata, bagaimanapun dakwaan itu perlu dibuktikan terlebih dahulu sebelum pihaknya mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin PAS yang terlibat.

"Sila buktikan. Kami tidak akan bela mana-mana pemimpin yang menyeleweng," kataya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) pada sidang media di Petaling Jaya tadi menggesa agar Suruhanjaya Diraja (RCI) diwujudkan untuk menyiasat pemberian konsesi balak di Kelantan yang didakwanya menjadi punca bencana banjir.

Presidennya Ramesh Rao berkata, kerajaan negeri Kelantan perlu dipersalahkan kerana tidak mengendahkan laporan alam sekitar yang diserahkan NGO alam sekitar pada tahun 2010.

"Saya minta kerajaan pusat buat Suruhanjaya Diraja untuk siasat siapa penerima konsesi balak dan bagaimana konsesi itu dianugerahkan.

"Kalau kerajaan berani menunjukkan kejantanannya, tubuhkan segera RCI ini untuk siasat skandal balak," katanya.

Mohamad bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana mendakwa tidak pernah mendengar aduan berkaitan pemimpin PAS sebelum ini.

"Ini (dakwaan) kali pertama saya dengar," katanya sambil ketawa.

Ramesh mendakwa ada pemimpin PAS di Kelantan yang mempunyai kekayaan luar biasa disembunyikan di selatan Thailand, dipercayainya hasil pembalakan.

"Kami ada bukti pemimpin PAS Kelantan terdiri daripada bekas exco dan exco sekarang memiliki harta dianggarkan lebih RM600 juta di luar negara," katanya.