Thursday, November 20, 2014
NEGERI PULAU PINANG BERNIAGA BUKAN MENTADBIR
TINTA DARI SAHABAT FB
Kerajaan Negeri PulauPinang bergantung kepada Penjualan Tanah Untuk Jana Pendapatan Negeri.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam Bajet 2015 menganggar akan memperoleh Hasil sebanyak RM656,931,750. Dari jumlah ini sebanyak RM441,978,850 adalah dari Hasil Bukan Cukai. Ia menyumbang 67.28% kepada jumlah keseluruhan Hasil kerajaan Negeri pada tahun hadapan, selebihnya dari Hasil Cukai dan Terimaan Bukan Hasil.
Pendapatan dari Penjualan Barang-barang berjumlah RM308,496,500 menyumbang sebanyak 69.80% kepada Hasil Bukan Cukai bagi 2015. Dari jumlah itu, Premium Tanah menyumbang RM 307,000,000 atau 99.51%. Ini adalah hasil dari Pemberian Milik Bayaran Khas - RM235,000,000; Pemberian Hak Milik - RM 50,000,000; dan Tukar Syarat - RM 22,000,000.
Bagi 2015, Premium Tanah turut menyumbang 46.73% kepada keseluruhan Hasil yang akan diperoleh oleh kerajaan negeri pada 2015. Amat jelas hasil Premium Tanah merupakan penyumbang terbesar bagi hasil kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Penyata Kewangan 2013 menunjukkan Hasil Bukan Cukai sebanyak RM511.71juta diperoleh kerajaan negeri. Perolehan daripada Jualan Barang-barang (termasuk Premium Tanah) menyumbang RM366.18juta (71.56%) kepada Hasil Bukan Cukai atau 43.92% kepada jumlah keseluruhan Hasil bagi tahun berkenaan.
GUAN ENG BUAT LAWAK JUAI TANAH
TINTA SEORANG SAHABAT FB
Lim Guan Eng menafikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjual tanah milik kerajaan untuk menjana pendapatan negeri. Beliau turut berkata penjualan tanah dilakukan oleh PDC kepada pelabur-pelabur untuk bina kilang.
Pada Nov 2011, PDC dan CMI menjual 102 ekar tanah di Bayan Mutiara kepada Tropicana Ivory SB dengan harga RM 1.07 billion dengan tempoh bayaran ansuran selama 60 bulan. Tanah Bayan Mutiara adalah tambakan laut yang menggunakan dana awam untuk tujuan awam juga. PDC yang jual, bukan Kerajaan Negeri ye...
Satu billion bahagi 5 tahun, maka setiap tahun PDC akan memperoleh pendapatan RM200 juta.
Cuma dalam penjualan tanah Bayan Mutiara, Ivory tidak bina kilang. Projek yang dimajukan Ivory atas tanah berkenaan dinamakan Penang World City. Komponen perumahan dan komersial sahaja, tiada kilang. Gross Development Value diumumkan sekitar RM 10 billion. Ivory membina perumahan bertaraf antarabangsa... kondominium mewah pada harga jualan dalam lingkungan RM500/kps.
Sebelum terlupa, PDC itu adalah agensi kerajaan negeri... PDC yang buat untung jual tanah, bukan kerajaan negeri. Kerajaan negeri juga tak bina dan jual perumahan mewah, pemaju swasta yang beli tanah yang bina dan jual.
Ini belum ambil kira penjualan tanah PDC atau Kerajaan di Batu Kawan...