Tuesday, May 20, 2014

HAMMAS DAN FATAH DAH BERSATU . UMNO DAN PAS SAMPAI KIAMAT TAK MAU BERSATU ?



RAMALLAH - PALESTIN . Hamas dan Fatah bersetuju membentuk kerajaan perpaduan dalam perjanjian pembentukan Kabinet baharu, kelmarin.

Pemimpin kanan Hamas Musa Abu Marzouk berkata, Hamas dan Fatah mencapai persetujuan mengenai nama-nama menteri yang akan berkhidmat di dalam kerajaan perpaduan itu nanti.

“Perjanjian itu telah dicapai beberapa hari lalu semasa perbincangan antara Hamas dan pegawai Fatah di Genting Gaza. Kami akan umumkan nama senarai baharu itu sebelum akhir bulan ini,” katanya.

Menurutnya, di bawah perjanjian itu, Hamas dan Fatah diberi tempoh lima minggu untuk membentuk kerajaan dan mengadakan pilihan raya enam bulan kemudian.

Keputusan pembentukan kerajaan perpaduan itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan Israel dan mengancam untuk melanjutkan tempoh sekatan ekonomi dan kebebasan terhadap rakyat Palestin.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu Fox News bahawa rundingan dengan Palestin akan terus gagal jika Hamas dan  Fatah membentuk Kabinet perpaduan.

Bulan lalu, perancangan untuk melakukan kerajaan perpaduan diperkuatkan dengan peningkatan penindasan dan pencabulan hak terhadap rakyat Palestin dan beberapa siri serangan rejim Zionis, dipetik dari laporan Al Ahram.

PRK51 : NABI BUX YAKIN MENJADI PILIHAN PENGUNDI


Calon Bebas pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar yakin akan mendapat sehingga 70 peratus undi di kawasan berkenaan.

Mohamed Nabi Bux, 63, berkata beliau bukan sahaja mendapat sokongan daripada orang Melayu di Parlimen Bukit Gelugor malah kaum lain juga memberi maklum balas yang baik sepanjang siri kempennya sejak penamaan calon pada Isnin lepas.

"Sokongan dan maklum balas yang diterima sangat baik dan boleh dikatakan setiap tempat yang saya pergi berkempen memberi reaksi yang baik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pasar Malam Kampung Melayu, Air Itam di sini hari ini.

Ditanya mengapa beliau begitu yakin akan menang, Mohamed Nabi Bux berkata ia berdasarkan manifestonya dan sepanjang berkempen beliau tidak pernah menabur janji.

PRK Parlimen Bukit Gelugor Ahad ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Mohamed Nabi Bux dan Ramkarpal Singh Deo (DAP) serta calon Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dan seorang lagi calon bebas Abu Backer Sidek Mohamad Zan. - Bernama 

PRK 51 : RAMKARPAL " CELAKA PUNYA UMNO DAN GERAKAN "




19 Mei 2014 ( Isnin )

Masa: 10.40pm

Lokasi: Blok 4D, Semarak Api

 Ramkarpal

1) Celaka UMNO dan Gerakan main kotor di Teluk Intan.
2) Bagi sokongan kepada Dyana.
3) Mahu tanya Mahathir sudah bersara 10 tahun bila mahu diam.
4) Sharizat = lembu.
5) Lepas PRU13, Utusanbangkitkan tajuk "apa Cina mahu?"
6) Mainkan rasis tentang Dyana.
7) Tindakan video Teresa Kok.
8) Divide and rule taktik BN.
9) PM beli kangkung dan ayam RM1 apabila ada krisis besar dalam negara.
10) BN tiada pemimpin seperti Karpal. BN berjuang untuk kepentingan diri bukan rakyat.
11) Kita mesti tukar kerajaan pusat dan ia bermula dengan Bukit Gelugor.

 Phee Boon Poh

1) Ji sim ji yi suan hoay ji, ai hor BN pang bo ki - Satu hati undi roket, bagi BN lesap sahaja.
2) Sedunia memperingat Karpal dengan terma baru Karpalism, iaitu tegas, adil dan berprinsip.
3) Poster Karpal pun proksi BN bantah. Calon bebas ini proksi Parti Cari Makan.
4) Huan pernah jadi Ahli Majlis, Naib Pengerusi PGRM, kalah dengan hilang deposit dalam PRU Batu Kawan.
5) Jom biar Huan juga hilang deposit dalam PRK Bukit Gelugor.
6) 51% rakyat sokong PR menunjukkan kaum Melayu telah juga sokong PR.
7) Mesti bagi BN TOR - tumbang
8) Sebab BN bin poay kao, chiak lui alwaz chiak boay kao - muka tembok makan tak cukup.
9) Pendidikan diutamakan oleh PR - bagi peruntukan setiap tahun.
10) BN kalau bagi peruntukan pun selalu wujudnya ketirisan sehingga orang BN rampas portion besar tapi sekolah cuma peroleh portion amat kecil.
11) RM650 bukan semua orang dapat tapi setiap satu rakyat negara perlu bayar GST.
12) Pangkah BEBAS = sokong GST dan pangkah Ramkarpal = bantah GST
13) Huan janji akan kutip RM5million jika menang PRU tapi dia tidak pernah buat demikian sewaktu jadi MP & Naib Pengerusi PGRM.

PRK51 : PR AKAN TARIK LESEN TV 3 JIKA PERINTAH MALAYSIA


19 Mei 2014 ( Isnin )

Ceramah Pilihanraya Kecil DAP Bukit Gelugor

Masa: 10.00pm

Lokasi :  Blok 4D, Semarak Api


 Dr. Boo Cheng Hao

1) Dulu RM1 sama 1 singapura dollar. Ramai orang datang Malaysia kerja. 
2) PRU13  PR menang lebih 50% undi dari  rakyat Malaysia tetapi masih tidak boleh jadi kerajaan pusat.
3) Sabah, Sarawak dan Johor bukan lagi fixed deposit bagi BN.
4) Perlu bagi inspirasi kepada seluruh negara, bahawa kita mempunyai harapan baru untuk membentuk kerajaan baru oleh PR.
5) MCA bantah Hukum Hudud - DAP tidak pernah sokong Hudud dan tidak pernah juga bantah Islam.
6) DAP sokong negara sekular, hormat perlembagaan dan semua adil dan saksama bawah undang2 yang sama.
7) BN rasuah dan menyeleweng tapi sengaja bangkit Hudud bersama PAS yang tidak pernah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.


RSN Rayer

1) Ramai ahli Mic keluar parti dan sokong DAP.
2) Manifesto Huan cakap sahaja.
3) Rayer tanya Huan mengapa tidak buat seperti dalam manifesto dulu , masa di PGRM.
4) Submarine yang dibeli tidak boleh menyelam
5) Dulu enjin jet hilang, sekarang pesawat hilang.
6) Ramkarpal ada power kerana belum bertanding Malaysia Chicken Association sudah cabut.
7) UMNO suka lompat seperti isu Terengganu.
8) BN takut hudud kerana rasuah potong tangan.
9) Pulau Pinang murid darjah 1 dan 6 dapat duit.
10) Sharizat warning Dyana belajar dari UiTM jangan jadi pembelot.
11) UMNO, MCA, MIC parti rasis.
12) UMNO cakap DAP bagi wang judi.
13) Kalau PR menang PRU14, PR akan tarik lesenTV3  dan tutup. 
14) Pada awal tahun  2008 , banyak kuil India di roboh termasuk semasa Khir Toyo jadi MB. 
15) Ramai belia India mati semasa penahanan di Balai Polis. 
16) Ramkarpal Singh akan membangkitkan isu isu berkaitan hal ehwal kaum India di Parlimen 
17) Merayu pengundi India untuk menyokong Calon DAP.