Sunday, May 18, 2014

PRK51 : MAHFUZ SENDIRI TIDAK YAKIN NABI BUX BUKAN PAS




Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar menggesa calon bebas Bukit Gelugor Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Sathar untuk menyokong calon DAP Ramkarpal Singh dalam pilihan raya kecil itu.

Mahfuz berkata, Nabi Bux patut mendengar nasihat PAS jika beliau terus mengakui dirinya anggota parti Islam itu.

“Sekarang dia bertentang bertentangan dengan pendirian parti, iaitu bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil,” kata Mahfuz ketika ditemui di Taman Bunga Raya, Pulau Pinang selepas ceramah malam tadi.

Mahfuz bagaimanapun menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa Nabi Bux anggota PAS dan namanya tidak terdapat dalam senarai anggota berdaftar mereka.

Ditanya sama ada beliau menyemak rekod pendaftaran kawasan Kampung Banjar, Mahfuz berkata: “Isunya namanya tiada dalam rekod”.

Nabi Bux mendakwa namanya terdapat dalam senarai anggota di kawasan itu.

“Kawasan itu mungkin ada, tetapi namanya tiada di situ.

BK : NAK TUNGGU BILA PAS NAK SAMAN ATAU PECAT NABI BUX. CAKAP PUN TAK GUNA. KATA NAK SAMAN.SAMAN JE LA

PRK51 : JENTERA WANITA PR LEBIH TERTUMPU BERGERAK DARI RUMAH KE RUMAH



Lokasi : DM Bukit Gelugor 


Kelihatan 2 orang wanita Melayu menjalankan tugas merayu undi dari rumah ke rumah di lokaliti Jalan Khemah. 

Setelah diamati,  dapat dilihat ditangan mereka ada risalah DAP dan juga Buletin Mutiara. Jentera ini mengedarkan risalah dan Buletin dari rumah ke rumah  serta berbual bersama penghuni diluar pagar.

Dapat dikenalpasti kempen rumah ke rumah dilakukan oleh mereka disebabkan 80% jenis perumahan dalam DM ini adalah kawasan perumahan teres dan banglo yang dimiliki oleh golongan pertengahan dan juga elit.

PRK51: CALON BEBAS ABU BECKER DIGELAR ORANG GILA ??




LOKASI : FLAT KAMPUNG MELAYU 
HARI : Ahad, 18.5.2014

JAM : 5.30ptg


Kejadian berlaku ketika calon bebas Abu Baker membuat lawatan dari rumah ke rumah di Flat Kg Melayu . Sewaktu berada di blok A, para penyokong DAP sedang berhimpun di hadapan dewan  selepas mendengar ceramah program PR .

Abu Becker telah membuat ceramah secara sepontan dengan menyatakan orang melayu dalam pakatan sedar yang DAP hanya menperalat mereka untuk kepentingan politik DAP sebab itu DAP menolak hudud

mendengar ayat tersebut,beberapa orang penyokong PKR naik berang lantas mengeluarkan kata kata seperti orang gila mana boleh jadi wakil rakyat .

Perbuatan mencacu Abu Becker menyebabkan perang mulut berlaku antara kedua dua kumpulan sehingga suasana menjadi tegang . Penduduk tempatn sempat menghubungi pihak polis dan dua unit Pasukan Simpanan Polis FRU datang ke tempat kejadian dan berjaya mengawal keadaan