Thursday, May 15, 2014
PRK 51 : WALKABOUT ADA PENGUNDI SEBUT SAYA MAHU UNDI MAJOR HUAN
Lokasi : Kedai makan Desa Intan DM Sg Dondang
Antara yang hadir calon DAP Ramkarpal Singh ,Lim Kit Siang,Gobind Singh ,Chow Kon Yeow,Yeoh Soon Hin,Teh Lai Heng,Tan Kim Hooi dan Phee Boon Poh
Rombongan mengedarkan risalah tentang Ramkarpal Singh dan menwar-warkan nama calon menggunakan loud speaker, laung undi harimau pada 525.
Kumpulan rombongan menggunakan Kereta Camry hitam untuk war-warkan program ceramah PRK Bukit Gelugor pada jam 8.00 malam bertempat di Taman Permainan Jalan Bunga Raya dan Jalan Chor Sin Kheng
PRK 51 : WALKABOUT RAMKARPAL HAMBAR
Lokasi : DM Sungai Dondang
15 Mei 2014 ( Khamis ) Masa: 8.30pg
Tempat: Pasar Awam, Kompleks Farlim
Antara yang terlibat dalam walkabout ini calon DAP Ramkarpal Singh ,Lim Kit Siang,Gobind Singh , Chow Kon Yeow,Yeoh Soon Hin,Teh Lai Heng,Tan Kim Hooi dan Phee Boon Poh
Hanya lebih kurang seramai 25 orang bersama mereka. Mereka mengedarkan risalah tentang Ramkarpal Singh di samping mengwar-war nama calon. Kumpulan rombongan juga melaungkan undi harimau muda pada 525.
15 Mei 2014 ( Khamis ) Masa: 8.30pg
Tempat: Pasar Awam, Kompleks Farlim
Antara yang terlibat dalam walkabout ini calon DAP Ramkarpal Singh ,Lim Kit Siang,Gobind Singh , Chow Kon Yeow,Yeoh Soon Hin,Teh Lai Heng,Tan Kim Hooi dan Phee Boon Poh
Hanya lebih kurang seramai 25 orang bersama mereka. Mereka mengedarkan risalah tentang Ramkarpal Singh di samping mengwar-war nama calon. Kumpulan rombongan juga melaungkan undi harimau muda pada 525.
PRK51 : CATITAN SEMALAM CERAMAH PR DI TAMAN TUN SARDON
RAYEN BARU NAK BERJANJI BAHAWA KERAJAAN NEGERI AKAN MENGECAT PANGSAPURI PENDUDUK DI TAMAN TUN SARDON
Lokasi Ceramah di Taman Tun Sardon pada 14 Mei 2014
Kehadiran : Hanya dalam lingkungan 150 orang
SENARAI PENCERAMAH
1. Rayer
2. Malik Kasim
3. Jeff Ooi
4. Zairil khir Johari
5. Dr Arifin
6. Mat Sabu
7. Lim Guan Eng
8. Afif baharudin
9. Ram karpal
1.Rayer
- Parti DAP bukan parti untuk kaum cina sahaja tapi pelbagai kaum.
- Sejak 2008 banyak perubahan telah dilakukan di Taman Tun Sardon.
- Semasa pemerintahan BN gerai makanan semua hanya berbumbungkan zink tp 2008 sejak kerajaan negeri baru semua dibuat baru dan semua peniaga melayu.
- Kerajaan negeri bercadang dan telah diluluskan untuk mengecat semua flat dalam kawasan Taman Tun dan akan dicat warna hijau dan putih yang melambangkan warna mewakili Pakatan Rakyat.
- Ram karpal akan menang walau ada pengundi tidak mahu keluar.
- Ada puak telah memainkan isu hudud yg akan dijelaskan oleh penceramah lain pada malam ini.
- Semua calon bebas akan yang bertanding semestinya akan memberi service pada rakyat tetapi persoalanya siapa penaja mereka dan adakah mereka boleh bersuara dlm Parlimen nanti.
-Isu seorang pelajar perempuan yang bertudung di Singapura dilarang pergi ke sekokah dan kes ini diambil oleh mendiang karpal dan akhirnya terbela perempuan tersebut, Karpal membantu tidak kira bangsa dan agama.
-Jangan percaya pada BN.
- Di Kota Baru kelantan Nik Aziz memberi tanah untuk membina kuil.
- TV3 memainkan isu perkauman.
2. YB Dr Arifin
- BN tidak berani hendak bersaing dengan DAP takut kalah.
- BN sudah tidak mempunyai sokongan di Bukit Gelugor.
- BN pengkianat semua bangsa dalam Malaysia.
- Harga barangan naik.
- Kerajaan negeri cuba sedaha upaya membina rumah kos rendah.
- Bayak projek terbengkalai di zaman BN disebabkan diberi kepada kontraktor kroni BN.
- Selepas kerajaan DAP semua projek dibuat secara terbuka.
- Rakyat terpaksa keluar negara untuk mencari kerja kerana ekonmi negara tidak dikendali dengan baik.
3. YB Malik Kasim
- Isu bekas MB Terengganu keluar UMNO dan masuk semula dibeli dengan duit rakyat.
- Kerajaan DAP menjual tanah RM500 juta bertujuan untuk membina rumah mampu milik untuk golongan pendapatan rendah.
- Kerajaan pusat menghalang PR membantu rakyat.
- masalah kesesakan lalulintas bertambah dengan pembinaan Jambatan kedua ia bertambah lagi kesesakan.
- PR masih mahu kerajaan Negeri membina tunnel untuk memgelakkan kesesakkan.
- walaupun LGE di kutuk oleh segelintir org namun beliau masih boleh memberi peruntukan untuk pembangunan orang islam 30%.
4. YB Jeff Ooi
- GST akan ditanggung oleh rakyat.
- perhimpunan aman PR bantah GST.
Maksud GST= Gasak Sampai Tua.
5. YB Zairil Khir Johari
- Ramai melayu telah memberi sokongan kepada calon DAP.
- memberi mandat kepada Calon Ram Singh menyambung Legasi Karpal.
- mengambil peluang keemasan untuk tunjuk kepada BN rakyat tolak kerajaan zalim BN.
- kenyataan akbar Najib menyatakan terdapan ancaman baru pada orang islam adakah hak asasi yang bercanggah dengan agama islam.
- mediang karpal singh pernah dihukum atas kesalahan hak asasi dan ramai pemimpin PR pernah ditahan di ISA.
- kerajaan buang ISA dan digantikan dengan akta baru dan cuba menipu rakyat.
-salah guna kuasa kehakiman untuk menjatuhkan pemimpin PR.
- terdapat ramai rakyat yang mati semasa di tahan dalam lokap atau penjara.
-Penindasan bukan sahaja dari fizikal tapi juga penindasan minda contohnya buku yang bertajuk original spesis oleh charles Darwin dalam bahasa melayu diharamkan sebab akan memudaratkan ketenteraman awam yg bercanggah dengan ajaran Islam.Yang peliknya dalam bahasa English dibenarkan pula.
6.Mat Sabu
- buat pertama kali BN tidak bertanding berlainan dengan kes penanti atas perletakan jawatan tapi di Bukit Gelugor kes kematian juga tidak bertanding dan berharap BN tidak akan bertanding di Bukit Bendera dan si semua tempat.
- kenangan bersama karpal.beliau seorang yang garang di parlimen.
- SPRM perlu bebas dari cengkaman umno.
- rasuah , beli kapal selam bunuh altatuya.
-isu kapal terbang dikatakan misteri begitu juga dengan keluar parti oleh bekas MB Terengganu dan dalam masa 8 jam masuk semula umno juga dikatakan misteri.
- Najib kangkung.
- PR bukan menentang cukai tapi menentang rasuah.
-DAP tidak pernah kacau masjid malah menambah peruntukan untk org islam di pulau pinang.
-PR terus hidupkan reformasi.
- rakyat akan menghantar memorandum tidak puas hati kepada najib atas isu rasuah dan sebagainya.
7. Dr Afif Baharudin
- semua kes yg berlaku pada anwar mediang karpal lah yg mempertahankannya.
-semua parti PR boleh duduk bersatu walaupun ada anasir untuk memecahkan PR.
- isu perkauman yang dibincangkan hampir 25 tahun oleh BN tidak selesai.
- ini negara malaysia dan tiada bangsa yang akan keluar dari malaysia.
- PCM parti cari makan.
- calon pcm calon yg pernah hilang kalah di batu kawan.
- tolak GST tolak isu perkauman.
- beliau mencabar BN atas isu hudud.. kembalikan dahulu hak royalti negeri kelantan batu cakap hudud.
8. Lim Guan Eng
- kerajaan bersih mampu buat lebih baik dari kerajaan rasuah.
- pelbagai program kerajaan negeri dan dikongsi bersama rakyat seperti program warga emas anak emas dan sbgainya.
-BRiM RM1200 tapi yang diberi hanya RM650 sahaja.
9. Ram Karpal.
- memberi sokongan pada beliau.
- suara anak muda.
-tolak GST
- kehilangan mh370.
- pengundi perlu keluar mengundi.
BK : TUN SARDON IALAH KAWASAN PDM MAJORITI MELAYU. SAYANGNYA YANG HADIR DALAM JUMLAH 150 ORANG WALAUPUN YANG MEMBERI CERAMAH IALAH GIANT PR.
PR TERPAKSA TUNGGU KEHADIRAN ORANG RAMAI SEBELUM MEMULAKAN CERAMAH