Wednesday, April 9, 2014

RAFIZI MENGESAHKAN AZMIN BERTEMPUR DENGAN KHALID




PETALING JAYA: Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini berkata masa depan parti adalah lebih penting 'pertembungan dua individu' yang sedang berlaku dalam parti itu sekarang.


Beliau mengulas mengenai krisis yang melanda dua individu dalam PKR iaitu di antara timbalan presiden, Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita tidak boleh berkempen pemilihan semata-mata mengenai soal dalaman parti," katanya ketika majlis pengumuman pasukannya yang terdiri daripada beliau sendiri, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Tegas Rafizi, proses kempen bagi pemilihan sekali-kali tidak boleh mengabaikan suara rakyat kerana tujuan berpolitik adalah untuk membebaskan rakyat daripada korupsi.

Selain itu, Rafizi menggesa parti agar lari dari pertembungan dua personaliti dan perlu terus kekal dalam arus rakyat.

Katanya situasi tersebut tidak sihat dan tidak membantu rakyat dalam keadaan di mana rakyat adalah pemenangnya ketika pemilihan sesebuah parti politk.

"Jadi sebab itu kita ambil pendirian kita tawarkan diri. Azam saya supaya kempen ini tertumpu kepada isu rakyat... sebagai parti akan terus berjuang dan perjuangan parti yang membolehkan kita memenangi pilihanraya," tambah Rafizi.

Pada 1 Mac, Abdul Khalid mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti Mei ini.

Sebelum ini, hubungan Khalid dan Azmin dilapor 'tidak begitu mesra' apabila Azmin sering mengkritik pentadbiran kerajaan negeri membabitkan beberapa isu tertentu.

Azmin turut pernah mengecam tindakan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun bulanan Menteri Besar serta anggota majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dianggap terlalu tinggi.

ASTRO AWANI


BK : KITA TENGOK SIAPA YANG KENA . ULAS PANJANG PUN INI MASALAH HANGPA. YANG PENTING TAMAK!!!!!

MENGAPA MCA PROMOSI DAP?


RUJUK DI BAWAH 

LKSmca

FireShot Screen Capture #012 - 'Malaysian Chinese Association' - www_mca_org_my_en

BK :Tweet-tweet oleh exco DAP iaitu Lim Kit Siang, Tan Seng Giaw dan Teo Nie Ching dipromosi kelmarin di laman rasmi MCA