Friday, September 27, 2013

PASCA PRU 14 : HOT!!! MIKE TYSON SOKONG CHIN PENG?




Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengingatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya tidak terus memperalatkan media seperti TV3 dan akhbar milik Umno Utusan Malaysia untuk memberi gambaran yang salah mengenai mendiang Chin Peng dan gerakan komunis di Malaysia.( bila pula lah si mike tyson ni sayang pada chin peng. dulu maki hamun chin peng. cakap macam haramjadah)

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, media berkenaan digunakan sebagai medium penyelewengan kebenaran untuk menakut-nakutkan rakyat bagi melabel Chin Peng dan komunis sebagai musuh negara.( giler apa mike tyson ini )


"Saya tidak melabelkan Chin Peng itu sebagai hero tetapi kerajaan perlu adil dengan kematangan pemikiran yang dibentangkan kepada masyarakat. Memang betul ramai orang Melayu mati semasa penjajahan komunis tetapi lebih ramai yang mati semasa pemerintahan Jepun.

"Jangan gunakan Utusan dan TV3 untuk seleweng fakta menakut-nakutkan rakyat dengan memutar-belit serangan komunis yang dipimpin Chin Peng. Ini tidak betul. Jangan selewengkan fakta," katanya Muhammad dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider di kediamannya di Shah Alam, Selangor semalam.

Bekas Naib Presiden Umno itu turut mengecam pemimpin BN yang memberi tanggapan negatif kepada Parti Komunis Malaya (PKM) tetapi pada masa sama menjalin hubungan dengan China yang menyalurkan dana kepada PKM.
"Mereka hormat dan menjalinkan hubungan diplomasi dengan Parti Komunis dari China yang beri duit pada Chin Peng. Kerajaan tidak beri pendedahan sebenar kepada masyarakat.

"Datuk Seri Najib Razak sendiri pun pergi ke China berpelukan dengan pemimpin di sana. Mereka berbincang dan adakan hubungan persefahaman.
"Saya nasihatkan masyarakat jangan jadi bodoh dan diperbodohkan. Kita harus anti Jepun dan British lebih besar lagi. Mereka bunuh orang Melayu lebih ramai daripada komunis," katanya.

Beliau berkata, kekejaman British juga tidak boleh dipandang enteng setelah Tok Janggut mati digantung di Kelantan dan Tok Bahaman dibunuh di Pahang.
Muhammad berkata, kempen menentang penjajah British dan Jepun perlu lebih hebat dijalankan kerana dasar kerajaan ‘talam dua muka' mengaku anti komunis tetapi mengadakan hubungan diplomasi dengan negara China yang terbukti sejak pemerintahan Tun Abdul Razak Hussein dengan menjalin hubungan diplomasi bersama Mao Zedong dan Zhou En Lai dari China.

"Pada pandangan saya Chin Peng tetap dianggap musuh kerana banyak mengorbankan anggota keselamatan negara tetapi hakikatnya ialah askar Jepun yang lebih banyak membunuh orang Melayu," katanya.

Muhammad atau terkenal dengan nama timangan Mat Taib menyertai PAS dua hari selepas Hari Penamaan Calon Pilihan Raya 2013 lalu.Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua meninggal dunia pada 16 September lalu di Hospital Antarabangsa Bunrungad, Thailand setelah lama bertarung melawan penyakit barah.

Beliau dilahirkan di Sitiawan, Perak pada 1924.Hujung minggu lalu bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor memberitahu sebuah stesen radio tempatan Malaysia akan jadi bahan tertawa sekiranya menghalang abu mayat bekas pemimpin PKM itu masuk ke dalam negara.

BK : KALAUPUN MIKE TYSON NAK JILAT DAP, JANGANLAH SAMPAI JUAI PRINSIP DIRI . KAMU TU CAKAP MACAM MUNAFIK. 

PASCA PRU 14 : MAT SABU MULA ATTACK AHLI PAS SENDIRI

NONE

"Sepanjang 35 tahun saya berada dalam PAS iaitu sejak 1978, inilah kempen paling teruk pernah saya lihat," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. 

Katanya, apa yang berlaku dalam PAS sekarang amat mengejutkan terutama mengenai perubahan minda di kalangan ahli PAS. 

"Saya terkejut dan hairan dengan perubahan minda ahli PAS terhadap muktamar dan kepimpinan parti," katanya dalam satu wawancara khas dengan The Malaysian Insider. 

Mohamad berkata demikian sebagai mengulas pendekatan kempen yang dibuat sesetengah ahli dan pemimpin PAS bagi menghadapi Muktamar ke-59 November ini di Shah Alam, Selangor. 

Pelbagai kempen dijalankan oleh ahli PAS termasuk dengan cara menyerang dan melabelkan pihak yang tidak dipersetujui oleh masing-masing dengan menjadikan Facebook, sms dan blog sebagai medan utama. 

Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, dalam PAS ada tatacara pemilihan walaupun tidak dilembagakan. 

Katanya, ia menjadi satu kefahaman umum bahawa kempen terbuka tidak digemari dan tidak dizinkan walaupun tidak dilembagakan. 

Tetapi kini, katanya, ia sudah menjadi trend baru di kalangan ahli PAS. 

"Saya sendiri sebagai ahli veteran kadang-kadang terpinga-pinga melihat perkembangan terbaru dalam parti ini," katanya. 

Bagaimanapun, katanya, beliau berharap perkembangan ini bukan berpunca daripada unsur luar yang masuk menyerap ke dalam PAS atau cuba diambil kesempatan oleh pihak luar atas keterbukaan PAS selama ini. 

Beliau berkata, perkara ini boleh dilihat sejak sebelum pilihan raya umum ke 13 Mei lalu lagi. 

Ketika itu, katanya, sudah disebut di kalangan pimpinan dan ahli PAS orang ini layak memimpin, orang ini tidak layak, malah label juga diberikan kepada kepimpinan parti. 

Mohamad berkata, “penyakit” sebegini sebelum ini dihadapi oleh Umno pada 1980-an iaitu label komunis diberikan kepada tokoh kepimpinan mereka. 

"Abdullah Ahmad, Abdullah Majid dan Samad Ismail dilebelkan sebagai komunis. Tun Dr Mahathir pun nyaris ditangkap oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu, Ghazali Shafie," katanya. 

Kisah itu turut dinyatakan oleh bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali melalui bukunya yang antara lain menyatakan soal siasat terhadap beliau menyelamatkan Dr Mahathir. 

"Betul atau tidak hal kedua kerana yang penting label komunis boleh jejaskan seseorang untuk dipilih sebagai kepimpinan Umno," kata Mohamad. 

Sekarang ini, katanya, “penyakit” itu melanda PAS pula. 

"Untuk menjatuhkan sesaorang pemimpin PAS, pelbagai label diberikan. Paling popular ialah Syiah dan yang kedua liberal," katanya. 

Beliau berkata, tuduhan itu bukan hanya menerusi laman web atau Facebook sahaja tetapi dalam pertemuan yang dinamakan Liqa' Fikri. 

"Saya rasa trend ini kurang sihat dan kami kepimpinan parti sedang memerhatikan perkara ini dan bagaimana langkah hendak diambil bagi mengatasinya," katanya. 

Mohamad berkata, ketika beliau dalam Pemuda PAS dahulu, perbezaan pendapat sebegini juga berlaku tetapi tidak seteruk sekarang. 

"Saya dahulu berbeza pendapat dengan (Datuk) Abu Bakar Chik dan Halim Arshat tetapi kami boleh duduk bersama dan membuat program menghadapi Umno," katanya. 

Katanya, pertandingan dalam parti sepatutnya untuk dinilai bukan saling menyingkirkan dan melabelkan antara satu sama lain. 

"Ini trendnya dan saya hairan bagimana ia muncul. Jika tidak ditangani dengan baik dalam masa terdekat kita bimbang masa depan PAS yang dilihat cemerlang sekarang ini akan kabur di masa depan," katanya. –

BK : MAT SABU MULA KALUT TAKUT KALAH JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN. ORANG MAU GOLONGAN ULAMAK BUKAN ORANG YANG SESAT LAGI MENYESATKAN SEPERTI MAT SABU. SUDAHLAH KALAH DI PENDANG. MAT SABU HARUS TAHU BAHAWA AHLI PAS MENOLAK BELIAU.BELIAU MERUPAKAN PAKAR PEMUSNAH PAS. ROH PAS AKAN MUSNAH JIKA MAT SABU TERUS MEMEGANG JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN

MAT SABU TIADA PRINSIP DAN MERELAKAN DIRINYA DIKELDAIKAN DAP. SEMUA YANG DICAKAPKAN OLEH KUMPULAN SOSIALIS DAN DAP , DI JAWAB DENGAN "YES SIR"