Wednesday, July 10, 2013

PRU 14 : MUDAH KAN PEMBOHONGAN DILAKUKAN OLEH PR


mudahkan pembohongan PR lakukan untuk mengaburi pengundi cina sebelum ini. lihat keadaan kedua dua gambar di atas. bagaimana gambar di edit untuk kepuasan fitnah mereka terhadap kerajaan BN

PASCA PRU 14 : LIM GUAN ENG TEMPELAK KHALID. ADUN DAP TOLAK ISYTIHAR HARTA

 
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata wakil parti itu tidak akan mengikut keputusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung pengisytiharan aset anggota exco.
Katanya alasan yang dikemukakan Khalid berhubung pengisytiharan untuk sebahagian dari aset tersebut tidak ubah seperti alasan BN.

Oleh yang demikian, DAP tidak akan mengikut arahan tersebut dan sebaliknya menetapkan tiga wakilnya – yang dipertua DUN dan tiga anggota exco – mengisytiharkan sepenuhnya aset mereka.

Hannah Yeoh merupakan Speaker DUN, manakala tiga anggota exco DAP ialah Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan Ganapathi Rao.

Khalid dalam pengumumannya semalam berkata pengisytiharan aset oleh anggota exco tidak meliputi harta yang diperoleh sebelum dilantik ke jawatan terbabit, atas sebab keselamatan.

"DAP dengan hormatnya tidak bersetuju dengan alasan Khalid kerana ini adalah apa yang digunakan BN sebagai alasa untuk tidak mengisytiharkan aset wakil rakyat mereka,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kerajaan Pulau Pinang mengisytiharkan aset ketua menteri dan kesemua anggota exconya pada tahun lalu dan tidak timbul sebarang ancaman kepada keselamatan diri atau anggota keluarga.

Katanya pengistiharanya itu termasuk aset yang diperoleh sebelum dilantik sebagai exco negeri dan perkara itu disahkan oleh satu firma penguditan antarabangsa.

Lim menjelaskan, pengisytiharan aset sebelum pelantikan ke jawatan kerajaan adalah penting bagi menunjukkan bahawa tiada konflik kepentingan atau penyalahgunaan kuasa apabila anggota exco atau ketua menteri membuat sesuatu keputusan
 
sumber : mkini
 
ULASAN BK
 
KENAPA PERLU TAKUT ISYTIHAR HARTA ?
KENAPA KAITKAN DENGAN BN PULA?
APAKAH ADA WAKIL DAP DALAM DUN SELANGOR YANG MENJADI PEMEGANG HARTA DAN ASET DAP ? SEHINGGA DAP TIDAK MAHU AHLINYA DI DALAM DUN TERLIBAT DALAM PENGISYTIHARAAN HARTA ?
 
LU PIKIAQ LA SENDIRI  

PRU 14 : ATLIT PULAU PINANG BAKAL MELOPONG?




 
 
GEORGE TOWN: Atlet wanita dari Pulau Pinang mungkin tidak akan dibenarkan mengambil bahagian pada Sukan Malaysia (Sukma) pada masa hadapan sekiranya keselamatan mereka tidak terjamin, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng pada Selasa.
 
Beliau berkata, siasatan bebas harus dijalankan terhadap insiden rogol yang berlaku ketika temasya sukan itu.

"Ini untuk memastikan insiden memalukan itu tidak berulang lagi atau Pulau Pinang mungkin mempertimbangkan untuk tidak menghantar atlet wanitanya pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Lim berkata, kerajaan negeri mahu satu jaminan keselamatan daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan tindakan yang akan diambil ke atas mereka cuai dalam menitikberatkan aspek keselamatan di Universiti Putra Malaysia.
"Jika Khairy gagal memberikan jaminan sedemikian, maka kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk tidak menghantar atlet wanita pada sukan tersebut," katanya.
Lim berkata terdapat beberapa aduan mengenai aspek keselamatan yang longgar di tempat penginapan atlet wanita walaupun pegawai kementerian dan penganjur Sukma memberi jaminan aspek keselamatan amat dititikberatkan.
"Jelas sekali aspek keselamatan diabaikan dan oleh itu insiden rogol yang memalukan itu boleh berlaku. Jenayah seperti itu bukan saja menjejaskan imej Sukan Sukma tetapi reputasi sukan Malaysia di peringkat antarabangsa," katanya.

ULASAN BK :
 
MSN DAN PENGURUSAN SUKAN PERLU BERI PERHATIAN SERIUS ASPEK KESELAMATAN PESERTA. PERKAMPUNGAN SUKAN ADALAH KAWASAN LARANGAN DAN PERLU DI ASING ASRAMA LELAKI DAN PEREMPAUN. SOALNYA BAGAIMANA ATLET BOLEH MABUK DAN ATLET LELAKI MASUK KE KAWASAN ATLET PEREMPUAN

PRU 14 : UMNO MELAHIRKAN TOKOH POLITIK DARI LATARBELAKANG AKADEMIK YANG CEMERLANG

 
Nama Penuh
Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan

Tarikh Lahir
30-4-1966

Tempat Lahir
Benut, Pontian, Johor

Pendidikan

SK. Seri Bahagia. Lubuk Sipat, Benut, Pontian
(1973-1978 menerima anugerah Tokoh Murid)
SM. Sains Johor, Kluang (Asrama Penuh)
1979-1983 Anugerah Pelajar Terbaik SRP & Pembahas Piala Perdana Menteri)
Rosehill College, Auckland New Zealand (1985)
Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi & Sains Politik)
Universiti Victoria, New Zealand (1986- 1988)
Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)-(UKM Bangi)
Anugerah Emas Siswa Terbaik drpd 177 pelajar)
 
ULASAN BK
 
UMNO TAK PERNAH MENUNJUK NUNJUK MACAM PAS.

PRU 14 : PRK BESUT SPM VS IJAZAH SARJANA MUDA


 
CALON PAS KELULUSAN  SPM , TETAPI ADA LESEN KONTRAKTOR KELAS A
 

CALON BN , ANAK TEMPATAN BERKELULUSAN IJAZAH KEJURUTERAAN DARI USM
 
Untuk memilih calon bagi sesuatu pilihanraya bukanlah suatu kerja yang mudah, lebih-lebih lagi bagi PRK seperti Kuala Besut ini. Kini kedua-dua parti bertanding sudahpun mengisyhtiharkan calon masing-masing. BN dengan anak tempatan bekas Jurutera berkelulusan Sarjanamuda Kejuruteraan dari salah sebuah universiti tempatan. Manakala Pas menobatkan juga anak tempatan seorang ahli perniagaan kontraktor kelas A, dengan hanya berkelulusan SPM (rujuk Sinar Harian-Edisi Online 10/7/2013).

Mungkin bagi sesetengah kita tidak kisah tahap kelulusan calon yang hendak diangkat, yang penting dari calon parti yang kita sokong dan lebih bagus kalau ada sedikit kedudukan (jawatan) dalam parti. Tetapi bagi sesetengah yang lain mungkin tidak. Faktor tahap kelulusan tetap menjadi pertimbangan.
 
PAS akhirnya pasrah bahawa calon mereka tak semestinya ada kelulusan tinggi macam mat sabu dan mahfuz. jadi kepada pengikut pas izinkan BK nak berpesan lain kali jgn dok kata umno tiada calon berpendidikan . PAS yang dah kosong calon berkelulusan

PRU 14 : KESATUAN GURU BERI AMARAN KEPADA MENTERI PELAJARAN II

 
Guru-guru tidak seharusnya “diintimidasi atau diperas ugut" untuk mengundi mana-mana parti politik kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengingatkan parti-parti politik.
Presidennya Hashim Adnan mengatakan ini sebagai respon kepada Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh yang menggesa guru-guru untuk mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) akan datang sebagai melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan.

Guru-guru boleh mengundi sesiapa yang mereka mahu. Saya tidak akan menuntut atau memaksa guru-guru untuk mengundi Barisan Nasional,” kata Hashim kepada The Malaysian Insider hari ini.
Beliau menambah: “Jika mereka gembira dengan apa yang diterima dan jika mahu mereka (BN) terus berkhidmat kerana telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik, mereka boleh mengundi BN.

“Semuanya terpulang kepada mereka. Mereka tidak seharusnya diintimidasi atau diperas ugut.”
Hashim mengatakan kerajaan tidak seharusnya mengambil mudah terhadap guru-guru.
Apabila anda terlalu lama berkuasa, adalah normal untuk membuat gesaan seperti itu... sudah menjadi kebiasaan orang dijawatan seperti itu akan lakukan,” tambah beliau, akan tetapi memberi amaran kedua-dua pihak agar tidak membuli guru-guru untuk mengundi mereka.
Semalam Idris berkata undi kepada BN adalah bagi melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan yang banyak memperjuangkan kebajikan mereka.
"Tidak ada sebab guru membiarkan kerajaan bersendirian dan kini sampai masanya mereka membantu kerajaan untuk memastikan BN mengekalkan kerusi di Kuala Besut sebagai ucapan terima kasih mereka kepada kerajaan," katanya kepada pemberita semasa beramah mesra dengan penduduk Kampung Kemunting dekat Kuala Besut semalam.
Gesaan Idris mengingatkan kembali mengenai pilihan raya kecil Tenang dahulu apabila pengarah pendidikan negeri Markom Giran dikatakan menyalahgunakan kuasa apabila mengarah guru-guru untuk memastikan kemenangan BN.
Pengarah Pilihan Raya PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang Dzulkefly Ahmad membuat laporan terhadap Makom kerana melawat sekolah di Labis dan Tenang menyuruh guru-guru memastikan kemenangan BN.
Dzulkefly turut menyerahkan klip video empat minit yang dimuat naik ke Youtube menunjukkan Markom memberikan ucapan kepada guru-guru
 
ULASAN BK
 
APA LAGI KESATUAN GURU DAH WARNING KERAJAAN. JANGAN UGUT GURU. KERAJAAN BN BANTU GURU JER TAPI GURU JANGAN BAGI UNDI. ITU YANG NUTP MAU.
 
TU LA YANG BK KATA 430000 JUMLAH GURU DI MALAYSIA, SUKU PUN TAK DAK YANG SOKONG BN MA. TERANG TERANG NUTP BALUN MENTERI. APA BOLEH BUAT BN DAH TERLALU BAIK.KALU ZAMAN NUAR ENTAHLAH....

PRU 14 : PAS RISAU KERANA TIDAK DOMINAN DALAM PAKATAN

KERISAUAN PAS. JELAS MEREKA TIDAK PERCAYA KEPADA DAP DAN PKR

Semasa menunggu pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur pagi Ahad lalu, selepas menghadiri Seminar Pemikiran Ustaz Fadzil Noor sehari sebelumnya di Alor Setar, saya diingatkan oleh seorang teman bahawa usaha untuk menarik PAS daripada Pakatan Rakyat tidak harus dipandang ringan.

Saya ketawa kecil mendengarnya. "Takkan sampai begitu sekali?" tanya saya, serius. "Ketua Pengarang patut lebih tahu," balasnya pantas. Saya mengesan wajahnya; dia juga serius. "Sukar nak percaya ada usaha mahu PAS undur ke belakang dan bertanding secara solo," saya tidak sempat meluahkannya. Dia sudah berjalan ke depan.

Memandangkan Tahaluf Siyasi PAS bersama KeADILan dan DAP melalui Pakatan memungkinkan keadaan kongsi kuasa tanpa 'PAS dominan', sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan, amatlah perlu untuk semua khususnya pimpinan PAS meyakini bahawa 'risiko yang sudah diperhitungkan' sememangnya telah benar-benar diperhitungkan dengan tepat dan teliti. Kita perlu yakin, dalam keadaan tidak 'dominan' sekalipun, PAS, dan dengan itu perjuangan Islam, tetap akan mendapat manfaat atau keuntungan," tegas Khalid.

Ahli Parlimen Shah Alam itu turut menjawab kebimbangan jika Pakatan dapat membentuk kerajaan dengan bilangan ahli Parlimen PAS paling kecil. Bagi saya, pandangan Khalid itu wajar ditelaah, termasuk oleh pihak yang mungkin mempunyai pendapat berbeda

PRU 14 : GEMPAQ!!! BAGAIMANA MUSANG MASUK DALAM PERBINCANGAN TEKTIKAL IDRIS JUSOH


pelik !!!! bagaimana gambar idris jusoh sedang merancang strategi boleh tersebar di kalangan pembangkang. bagaimana idris jusoh meletakkan nama nama agensi kerajaan terlibat dalam PRK ini? siapakah yang mengeluarkan gambar ini dan jawapannya sudah pasti ada orang dalam perbincangan tersebut yang ingin mensabotaj idris jusoh. soalnya siapa?

inilah budaya dalam umno. jatuhkan kawan dengan pelbagai cara.