Thursday, June 13, 2013

PRU 14 : AZMIN ALI TIKAM ANWAR DARI BELAKANG.DULU....


MACAM MANA NAK TERKEJUT BILA AZMIN ALI KATA DIA TIDAK TAHU YANG PAKATAN NAK BOIKOT MAJLIS ANGKAT SUMPAH . DULU ANWAR SUKA TIKAM AZMIN ALI DARI BELAKANG? OOPPSS JANGAN DOUBLE MEANING YER. KENAPA ANWAR LANTIK SAIFUDDIN? BUKANKAH UNTUK MENGURANGKAN KUASA AZMIN DAN SAIFUDDIN ADA PENGLAMAN DALAM HAL EHWAL POLITIKING PKR.

SELAKU TIMBALAN PRESIDEN PKR, AZMIN ALI MENYATAKAN BAHAWA SEMUA MP PKR AKAN MENGANGKAT SUMPAH. SIAPA ANWAR NAK BAGI ARAHAN? DIA BUKAN PRESIDEN . TIADA KELAYAKAN MENASIHAT DAN TIADA KUASA DALAM PERLEMBAGAAN PKR YANG MENYEBUT NUAR BOLEH MEMBERI ARAHAN.

WAN AZIZAH SELAKU PRESIDEN PUN SENYAP. KENAPA NI? APA DAH JADI NI?

AKU FIKIR ELOKLAH BOIKOT. HANGPA KATA RAKYAT RESTU BOIKOT. NANTI KITA ADA PKR .... YAHOOOOO. AZMIN ELOKLAH BERTAUBAT. ANWAR IBRAHIM HARUS BERTAUBAT KATA KARPAL

PRU 14 : PATUTLAH PUAK PR TAKUT NAK BOIKOT ACARA ANGKAT SUMPAH PARLIMEN


Mana-mana Ahli Parlimen yang gagal mengangkat sumpah pada hari pertama sidang Dewan Rakyat 24 Jun ini tanpa alasan munasabah dan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh itu boleh dilucut atau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat mengikut Perkara 59 (1) Perlembagaan.

PESANAN 1

 Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia merujuk sikap pembangkang khususnya wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mempertimbang memboikot majlis angkat sumpah tersebut sebagai bantahan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.

PESANAN 2

tindakan tidak hadir dalam majlis angkat sumpah dengan sengaja itu sebagai penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong, negara, Parlimen dan semua institusi berkenaan, Pandikar Amin berkata, Parlimen juga akan menentukan tindakan lain bersabit kesalahan tersebut.

PESANAN 3

"Jika tidak datang hari pertama, bukankah itu satu penghinaan kepada sistem Parlimen. Mengapa pula mahu angkat sumpah hari lain? Kalau buat begitu, saya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat juga boleh memboikot hari mereka mahu angkat sumpah.

ULASAN

MACAM MANA NAK PULAU. ELAUN DAN FULUS MASUK . KALAU BOIKOT SILAP SILAP PRK LA KITER... YEHAAAA

PRU 14 : TERKINI HUSAM MUSA PULAU ANGKAT SUMPAH DUN?


 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa mencetuskan persoalan apabila beliau memohon untuk tidak menghadiri majlis angkat sumpah yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Speaker DUN, Abdullah Ya'kub memberitahu, Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan dan juga bekas Exco Kerajaan Negeri itu turut memohon untuk tidak menghadiri persidangan dewan pada kali ini yang dijadual bermula Ahad ini

ULASAN

ANWAR YANG TERUK TERUK BUAT KEMPEN PULAU ANGKAT SUMPAH DUN, ALIH ALIH HUSAM ANWARINAS PULAK YANG TAK MAU PI ANGKAT SUMPAH. TAK CAYA ALLAH KER

PRU 14 : PUNCA HIMPUNAN BLACK OUT 505 RAMAI YANG HADIR

PESTA ‘KULIHAT PEHA’ KEMBALI LAGI!!!!!

Nota Lebai :..WoooW!!!...peha ayam gebu2...keh keh keh

TARBIYAH PAS. MACAM NI AKU PUN NAK. LA NI CINA LEBIH SUKA KEPADA PAS . SO NAK BERNIKAH DENGAN ORANG CINA JOIN PAS NO....

PRU 14 : ALLAH BAGI UJIAN PADA UMNO DUGAAN PADA PAS.

ALLAH SWT KALAHKAN PAS
`Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan". Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya’. (QS:Al-Baqarah 2:9-12)

`Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan". Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya’. (QS:Al-Baqarah 2:9-12)

PRU 14 : TAMRIN GHAFAR MEMANG PENJAHAT. MUJUQ UMNO BUANG DIA


 
 
'Masa jahat tidak tangkap, bila buat baik kena pula'

KUALA LUMPUR: "Masa saya buat jahat dalam Umno dulu tidak pun kena tindakan tetapi bila saya nak buat baik dalam PAS ni kena tindakan pula," kata Tamrin Tun Ghafar (gambar) yang buat per...tama kalinya ditangkap polis baru-baru ini.

Bukan sekali tetapi beliau telah dua kali ditangkap secara yang agak kasar oleh polis berhubung dengan kenyataannya tentang pilihan raya umum lalu.

"Saya ditahan oleh Polis Bukit Aman. Polis sedang menunggu saya menghabiskan makan tengahari di Chawan (Restoran), Bangsar," kata Tamrin dalam sms kepada rakan-rakannya apabila buat pertama kalinya ditangkap pada 23 Mei lalu.

Ketika itu Tamrin bersama seorang rakannya sudah memesan makanan untuk makan tengahari di sebuah restoran dekat Bangsar.

Seorang yang mengaku sebagai pegawai polis datang meminta beliau mengikutnya ke balai polis.

ULASAN

BK NAK BAGI TAU MASA DALAM UMNO TAMRIN MENGAKU JADI PENJAHAT. DALAM PAS PULA TAMRIN BUAT JAHAT DAN AMBIL ILMU DIA ROSAKKAN UMNO UNTUK ROSAKKAN PAS.

PRU 14 : SAPA BOLEH CLAIM AHMAD IDHAM DAH MASUK PAS?

Photo: Ahmad Idham tibai sapa ni..
Pihak Berwajib patut ..lama mengutakuasakan hal ini..Panggung wayang waktu magrib..tutup dulu..lps magrib baru buka kan..

LIKE tanda Setuju

MACAM NI LAH TUGAS PENGARAH FILEM . LU ISLAM DAN LU KENA BERTEGAS BAB INI . TAHNIAH BRO !

PRU 14 : KHALID SAMAD TERUS MENEMPELAK SAF PAS . DI MANA WALAK?























Kisah Dogeng Kota Damansara

Saya telah menulis beberapa isu berkenaan KD sebelum ini yang merangkumi persoalan Strategi, Akhlak Jamaah Islam, Kawasan Contoh dan Perang Uhud. Artikel ini akan cuba mengupas beberapa kisah dongeng yang berlegar selepas apa yang berlaku di KD. Apabila ingin menegakkan benang yang basah, maka bermacam-macam kisah dogeng terpaksa dikemukakan berhubung KD. Saya senaraikan di sini beberapa kisah dongeng tersebut satu per satu untuk dinilai bersama.

Dongeng 1: Kota Damansara Dipinjamkan Kepada PKR
Pada tahun 2004 KD ditandingi PAS sambil Paya Jaras ditandingi PKR. Pada 2008, atas permintaan PAS Subang, maka Paya Jaras digantikan dengan KD. Maka PAS bertanding Paya Jaras dan KD ditandingi PKR. PAS kalah di Paya Jaras tetapi PKR, dengan Dr Nasir sebagai calonnya menang di Kota Damansara.

Pada tahun 1999, tiada kerusi Kota Damansara. Kota Damansara adalah kerusi baru hasil persempadanan baru yang dilakukan pada 2003 oleh BN. Seperti Parlimen Kota Raja, Dun Sri Andalas dan Dun Sri Muda. Maka bagaimana ianya dijadikan milik PAS?

Sepanjang 5 tahun sejak 2008, tidak pernah walaupun sekali isu KD ‘dipinjamkan’ kepada PKR disebut di BPPNS.Maka kata-kata Kota Damansara dipinjamkan kepada PKR dan KD adalah kerusi PAS adalah dongengan semata-mata.

Dongeng 2: PKR Tiada Calon di Kota Damansara
Hakikatnya PKR telah bersedia menurunkan calon lain sekiranya Dr Nasir tidak setuju untuk turun sebagai calon PKR. Saudara Radzlan Jalaluddin seorang peguam adalah calon yang akan diturunkan oleh PKR sekiranya Dr Nasir bertanding sebagai calon PSM. Calon PKR ‘standby’ pun saya diberitahu sudah ada iaitu Ustaz Shamsul Firdaus.

PKR bersedia menghadapi 3 penjuru dengan PSM sekiranya perlu di Kota Damansara. Tetapi apabila Dr Nasir setuju untuk diturunkan sebagai calon PKR, maka PKR arah calon-calon mereka yang lain untuk menarik diri.

Maka cerita konon bahawa PKR tiada calon juga adalah dongeng semata-mata.

Dongeng 3: Dr Nasir Adalah Calon PSM
Hakikatnya Dr Nasir adalah calon PKR. Watiqah yang diguna adalah watiqah dari PKR. PKR turunkan beliau sebagai calon PKR. Tiada watiqah PSM dan bukan PSM yang ditentangi PAS. Bukan seperti di Semenyih.

Cuba buka mata sikit. Ada beza atau tidak Semenyih dan Kota Damansara? Di Semenyih Aru bertanding atas tiket PSM. PKR turunkan calon bertanding kerana tidak terima Aru sebagai calon PKR. Sedangkan kerusi Semenyih dipersetujui semua adalah milik PKR bukan milik PSM. Di KD kes Dr Nasir adalah sebaliknya. Hanya yang terus ingin menegakkan benang basah sahaja akan mengatakan tiada beza.

Dalam soal memilih calon, setiap parti berhak memilih calonnya sendiri atas alasan tersendiri. Ahli PAS KD perlu ingat, pada 2008, PAS meletakkan Ibrahim Ali di Pasir Mas! Ibrahim Ali bukan ahli PAS pun! Itu adalah atas maslahah PAS Kelantan. PAS Kelantan mencapai kemenangan besar, dari majoriti 1 kerusi pada 2004 kepada majoriti 2/3 pada tahun 2008. PAS mendapat 39 dari 45 kerusi pada tahun 2008! Strategi meletakkan Ibrahim mungkin telah menyumbang sedikit sebanyak kepada kemenangan itu.

Maka cerita penglipur lara bahawa Dr Nasir adalah calon PSM dan bukan PKR juga merupakan dongeng semata-mata.

Dongeng 4: PAS KD Tolak Dr Nasir Kerana beliau Sosialis

Dr Nasir seorang Sosialis sejak dahulu. Beliau bersama Dr Syed Hussin dalam PSRM dan apabila PSRM bercantum dengan Keadilan sehingga Keadilan pun menambah ‘rakyat’ dalam nama ‘PKR’ dan menambahkan jalur merah pada logonya, Dr Nasir tidak ikut sama. Sebaliknya Dr Nasir berusaha menubuhkan PSM.

Namun pada 2008 beliau diturunkan sebagai calon PKR di Kota Damansara. Begitu juga Arul yang bekas ahli PSRM juga diturunkan di Semenyih. Pada ketika itu PAS terima dan tidak membantah.

Kalau mahu tolak Dr Nasir kerana dia Sosialis, sepatutnya ianya dibuat sejak 2008 kerana semua tahu beliau Sosialis pada ketika itu lagi. Bukan baru beliau isyhtihar bahawa beliau Sosialis.

Lagipun telah diakui bahawa PKR dan DAP berbeza fahaman politik dengan PAS. Kalau PAS tolak Sosialis kerana bercanggah dengan Islam, bagaimana pula dengan fahaman liberal demokrat dan sosial demokrat yang dibawa PKR dan DAP? Dan bukankah ini sebabnya ada ‘tahalluf’ iaitu kerjasama dengan yang tidak sama fahaman politik dengan PAS. Dan bukankah ini sesuai dengan ayat 61 Surah Al-Anfal yang bermaksud;

“Dan kalau mereka telah condong kepada perdamaian, hendaklah kamu condong juga kepadanya (perdamaian), dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui”.

Masalah ini sepatutnya tidak timbul lagi kerana ianya telahpun diputuskan bersama pada 2008 bahawa sekiranya Dr Nasir guna lambang PKR maka tiada masalah.

Soal Syed Hussein Ali bertanding di Kelantan dan ditolak oleh PAS Kelantan adalah atas perkiraan lain. Masyarakat Kelantan tidak bersedia menerima Syed Hussein Ali sebagai calon. Faktor ‘winnability’ dalam suasana saingan sengit perlu diambil kira. Tapi di Kota Damansara, terbukti Dr Nasir boleh menang. Ini telah terbukti pada 2008.

Maka dengan itu alasan PAS KD tolak Dr Nasir kerana beliau Sosialis juga adalah alasan dongeng yang telah direka cipta.

Dongeng 5: Dr Nasir Sebagai ADUN Banyak Menimbulkan Masalah
Ada yang mengatakan bermacam-macam perkara berhubung tindakan Dr Nasir sebagai ADUN. Masalah itu dan ini. Kononnya susah untuk dapat peruntukan untuk program dan sebagainya. Saya jawab dengan mendedahkan satu fakta sahaja untuk menyanggah ini semua.

Sepanjang 5 tahun tiada sebarang aduan terhadap Dr Nasir yang dikemukakan dalam mesyuarat BPPNS. Kalau ada pun, isu biasa yang melibatkan semua ADUN yang bukan PAS yang dihadapi oleh ahli PAS. Biasalah tu, mereka pun sibuk membuat program sendiri dan PAS pun dengan programnya. Sepatutnya kerja rapat. Program PKR/DAP program PAS, program PAS program mereka juga kerana semua untuk bertemu dengan rakyat jelata yang merupakan pengundi PR bersama.

Pada masa yang sama ramai juga ahli PAS jadi Nazir Masjid, AJK Masjid, Ketua Kampung, JKK, Ahli Majlis dan sebagainya. Tiada pula Dr Nasir menhalang fahaman Islam dari disebarkan dan fahaman Sosialisma diajar di Masjid dan Surau!

Amatlah menghairankan kenapa tiba-tiba apabila sudah dekat dengan PRU baru isu ini timbul. Semasa membincangkan soal siapa calon untuk Paya Jaras, di mana pimpinan Selangor bertemu pimpinan PAS Subang berkali-kali, termasuk selepas pembubaran Parlimen, tiada walau satu ayat pun dikeluarkan berhubung KD!

Maka bagi saya, sebagai pimpinan PAS Negeri Selangor, alasan Dr Nasir banyak menimbulkan masalah adalah dongeng ke 5.

Dongeng 6: Bertanding di KD adalah Keputusan Majlis Syura!

Saya malas hendak jawab. Saya nasihat penghujjah jangan menipu. Walaupun kita tahu “peperangan itu adalah tipu-helah” janganlah guna hadis itu sebagai alasan untuk menipu ahli dan rakyat. Saya bukan berperang dengan saudara-saudara. Saya hanya ingin menegur kesilapan yang telah dilakukan. Jangan menipu. Jatuh imej tuan-tuan semua; lebih-lebih lagi yang bergelar Ustaz.

Sebenarnya, jika benar ikhlas, alasan tidak perlu bertukar-tukar dan berbagai jenis. Tidak perlu ditokok tambah dengan macam-macam cerita penglipulara. Cakap je, “Dia Sosialis”. Atau “dia susah nak kerjasama”. Atau “kerusi dipinjam”. Atau “PKR tiada calon”. Pilih sahaja satu dan hujjah berasaskan yang itu. Ini tidak. Alasan berbagai dan beraneka bentuk dan banyak darinya yang dongeng belaka. Itu adalah bukti alasannya adalah alasan semata-mata.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

ULASAN :

BK MUDAHNYA. GUNALAH LAMBANG APA PUN DIA TETAP PSM. HATI JIWA DAN IDEOLOGINYA PSM . TG HADI DAH JELAS PERKARA  TERSEBUT. MENGAPA PERLU KS NAK MENGULAS DAN KONONNYA NAK MENJADI HERO YANG BERANI MENEGUR SAF YANG DIBERIKAN WALAK?

PRU 14 : PENGUSAHA BAS EKSPRESS PULAK NAK BOIKOT ?


PETALING JAYA: Syarikat pengusaha bas ekspres mahu menaikkan tambang mereka sebanyak 30% dan memilih untuk tidak menjual tiket lebih awal pada Julai dan Ogos sehingga mereka mendapat pengesahan kerajaan mengenai kenaikan tambang.

Langkah itu sekiranya dipersetujui akan menyaksikan tiket bas dari Kuala Lumpur ke Johor Baru berharga kira-kira RM40 berbanding kebiasaannya RM31.10 (Transnasional).

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Ashfar Ali berkata syarikat bas ekspres telah bertemu dengan pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada akhir bulan lalu berhubung kenaikan tambang bas.

Antara alasan yang dikemukakan ialah kos menyeluruh telah meningkat sebanyak 36% sejak kenaikan terakhir dan pelaksanaan gaji minimum pada tahun ini memberi kesukaran kepada syarikat bas ekspres untuk beroperasi.

Ashfar berkata, walaupun SPAD telah mendengar rungutan mereka, keputusan mengenai kenaikan tambang bas masih belum diputuskan.

Menurutnya, jika pengusaha bas menjual tiket untuk tempoh dua bulan lebih awal, ia akan memberi kerugian besar sekiranya kadar kenaikan tambang dipersetujui.

"Jika kami menjual tiket sekarang, kami akan kerugian 30% sebaik saja kerajaan bersetuju menaikkan tambang bas," katanya.

Ketika ditanya mengenai tahap keyakinan beliau sekiranya tambang bas dinaikkan, Ashfar berkata pegawai SPAD memahami kedudukan pengusaha bas ekspres dan bersikap realistik.

Syarikat bas ekspes, katanya, akan terus memberi tekanan sekiranya tambang bas tidak dinaikkan.
"Kami akan mengalami kerugian dan orang ramai tidak akan mempunyai insentif untuk menyediakan perkhidmatan tambahan," katanya.

Sebagai pendekatan sementara, Ashfar mencadangkan kepada SPAD untuk meningkatkan tambang bas sebanyak 30% pada musim perayaan.

Sebuah syarikat pengusaha bas ekspres yang mahu namanya dirahsiakan berkata, pendekatan syarikat tersebut untuk tidak menjual tiket dua bulan lebih awal bergantung kepada keputusan SPAD berhubung kenaikan tambang.

"Ia akan menjadi lebih mahal untuk mengendalikan bas pada Hari Raya - kami menghantar penumpang ke kampung halaman tetapi kami mungkin ketiadaan penumpang dalam perjalanan semula ke destinasi asal. Kesesakan lalu lintas turut meningkat.

"Segalanya naik. Bas kami dan juga alat ganti.

"Gaji minimum bermaksud kami harus membayar lebih untuk kerja lebih masa, tetapi tiada siapa melihat kadar tambang bas," katanya.

sumber :mstar

PRU 14 : MELAYU MENUBUHKAN PARTI GERAKAN. LA NI MANA PI MELAYU DALAM GERAKAN

Syed Hussein Alatas ialah salah satu pengasas Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), parti yang agak berjaya dalam pilihan raya umum 1969.


Allahyarham Profesor Datuk Dr Syed Hussein Alatas (17 September 1928 - 23 Januari 2007) ialah salah satu pengasas Parti Gerakan Rakyat Malaysia di Pulau Pinang pada tahun 1968 serta juga ahli intelektual yang banyak menyumbangkan ilmu kepada masyarakat Malaysia. Beliau adalah antara tokoh angkatan lama yang telah mempelopori dan mengasaskan perkembangan ilmu sosial, khususnya sosiologi, di Malaysia sejak pertengahan 1950-an sebelum kemerdekaan Malaysia dan meneruskan usaha gigih mengembangkan ilmu tersebut sehingga akhir hayatnya.

FIKIRKAN POSITIF : KEMANAKAH MELAYU DALAM PARTI GERAKAN ?

PRU 14 : GERAKAN DAN MCA KENA CARI PEMIMPIN MACAM MENDIANG LIM CHONG EU


Dr Lim Chong Eu seorang tokoh politik Cina yang cukup unggul. Beliau mencipta nama apabila menang jawatan presiden MCA dengan menewaskan Tun Tan Cheng Lock dalam AGM MCA 1958. Waktu itu beliau baru berumur 39 tahun.

Sepanjang memimpin MCA, beliau membuat beberapa perubahan radikal termasuk meminda perlembagaan MCA, menuntut jumlah 40 kerusi parlimen untuk MCA dan mendesak bahasa Cina sebagai bahasa kebangsaan. Kerana tekanan dari luar dan dalam parti, pada 1960 beliau meletak jawatan dan meninggalkan MCA.

Pada tahun 1962, beliau menubuhkan Parti Demokratik Bersatu (UDP) tetapi kurang mendapat sambutan. Pada tahun 1968, beliau bersama Dr Syed Hussein Alattas menubuhkan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) dan partinya menang banyak kerusi dalam PRU 1969 serta membentuk kerajaan di Pulau Pinang. Lim Chong Eu dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sejak 1969 sehingga 1990.

Selama 21 tahun menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau tidak mampu dicabar oleh sesiapa. Tetapi langit tidak selamanya cerah. Dalam PRU 1990, ada seorang ahli politik muda DAP mencabar beliau di DUN Padang Kota dan beliau tewas. Kekalahannya mengejutkan. Nama ahli politik muda DAP itu adalah Lim Kit Siang.

Lim Kit Siang ke Pulau Pinang pada tahun 1990 adalah untuk menawan negeri itu dalam sebuah grand design yang dinamakan 'Projek Tanjong I'. Gelombang Projek Tanjong I ternyata membangkitkan sokongan mutlak pengundi Cina Pulau Pinang namun usaha beliau gagal untuk menawan negeri itu. Walaupun DAP menang kerusi terbanyak iaitu 14 kerusi, tetapi BN masih menguasai kerusi majoriti iaitu 19 kerusi apabila UMNO mendapat 11 kerusi, Gerakan 7 kerusi dan MIC 1 kerusi.

untuk mengembalikan pulau pinang bermakna mesti ada aliran pemikiran politik bersifat luar kotak dan aliran politik yang yang beridealisme. kita lihat sahaja pengasas parti gerakan. bukankah salah seorangnya ialah tokoh idealisme melayu. fikirkan yang terbaik


SALAH SEORANG PENGASAS GERAKAN .LA MELAYU RUPANYA

PRU 14 : INTERNET PENGARUH TERTINGGI PERUBAHAN PRU 13-MERDEKA CENTRE


Perpecahan kelas, gender dilihat dalam corak pengundian PRU13, kata Merdeka Center

Wanita dan rakyat Malaysia berpendapatan rendah mengundi untuk Barisan Nasional (BN) sementara lelaki, golongan kelas menengah dan kelas atas, lebih cenderung ke arah parti Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya 2013.
Ibrahim Suffian, pengarah eksekutif Merdeka Center juga mengatakan hari ini, 55 peratus daripada responden dalam tinjauan terbaru mengatakan mereka bergantung kepada internet dan media sosial sebagai sumber utama maklumat politik mereka.
“Wanita secara umumnya lebih ramai yang mengundi BN berbanding lelaki, kerana mereka kurang melayari internet,” kata Ibrahim (gambar) dalam forum Pasca PRU ke-13: Harapan BN dan PR selepas PRU-13 di Universiti Malaysia (UM) di sini.
Dianggarkan satu pertiga daripada rakyat Malaysia memiliki telefon pintar dan mempunyai akses kepada internet, dan dijangka jumlah itu akan meningkat sehingga dua ke tiga kali ganda bagi tempoh dua tahun akan datang.
“Lebih ramai lelaki yang melayari laman web politik dan isu semasa. Pengundi wanita kurang melayari laman-laman seperti ini,” katanya dalam seminar anjuran Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM. Jelasnya lagi, kebanyakan penyokong BN juga adalah daripada penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang diakuinya merupakan kumpulan pengundi di luar bandar.