Wednesday, January 2, 2013

PASCA E 13 : SALLEH MAN MEROYAN BAANGGA KATA KUTIPAN ZAKAT MENINGKAT KERANA PAKATAN RAKYAT?MENJAWAB PEMBOHONGAN SALLEH MAN

 
 
 
Pengurus Besar Pusat Urus Zakat (PUZ) Pulau Pinang, Dr Azman Abdul Samat berkata, peningkatan jumlah itu berdasarkan tahap kesedaran umat Islam menunaikan zakat perniagaan, selain strategi PUZ yang menfokuskan pembangunan modal insan dan pembebasan kemiskinan jiwa.( MACAM MANA SALLEH MAN BOLEH HABAQ DALAM CERAMAH PENINGKATAN KUTIPAN ZAKAT SEBAB DIA JADI YDP MAIPP,SEBAB PAKATAN PERINTAH DAN LEBIH TERUK LAGI PERBURUKKAN UMNO DALAM HAL ZAKAT. SALLEH MAN KENA INGAT, ISU ZAKAT ISU ISLAM. ORANG UMNO DAN PENIAGA UMNO JUGA BAYAR ZAKAT. )

Menurutnya, situasi itu membuktikan bahawa umat Islam semakin yakin dengan pendekatan PUZ dan berharap agar jumlah itu bertambah menjelang penghujung tahun ini.


“Kita yakin strategi itu dapat memberi kesedaran kepada umat Islam untuk menunaikan tanggungjawab mereka membantu insan yang memerlukan,” tambahnya lagi.

JUMLAH PUNGUTAN ZAKAT BAGI TAHUN 2001-2010 MENGIKUT NEGERI
Negeri
                                                                        Nilai (RM)
Melaka
119,955,985.02
Sabah
144,297,017.48
Perlis
149,336,181.75
Sarawak
219,095,644.83
Negeri Sembilan
258,080,595.35
Pulau Pinang
344,192,569.29 ( SEJAK DARI ZAMAN BN)


Jumlah pungutan zakat di Pulau Pinang meningkat secara stabil dari tahun 2001 sehingga 2009 dan ianya meningkat secara mendadak pada tahun 2010 dengan lebihan kira-kira RM 31 juta berbanding dengan hasil tahun 2009.

( 2001 HINGGA 2008 SIAPA PERINTAH. PENINGKATAN 2009 DISEBABKAN PUZ BERUSAHA MELAKSANAKAN STRATEGI MENGUTIP ZAKAT DAN BUKAN KERANA ARAHAN GUAN ENG ATAU SEBAB SALLEH MAN JADI YDP. SEHINGA Tanggal 31 Disember 2009,Yang Dipertua MAIPP ialah YB  Shabudin Yahaya ADUN BN Permatang Berangan )

SEKARANG MARI KITA MEMBACA KAJIAN PERBANDINGAN YANG DIBUAT OLEH PELAJAR USM YANG MENGAMBIL PHD . INI BUKTI UMNO YANG BERJAYA MENUBUHKAN PUZ. PAS DAN PKR TUMPANG UNTUNG.
 
Kajian ini bertujuan untuk membuat perbandingan tentang pengelolaan zakat di Pulau Pinang dan di Medan. Zakat memainkan peranan yang besar , kerana ianya mempunyai dua tujuan utama; iaitu, ibadah dan social.Bagi tujuan untuk mencapai kedua-dua maksud ini maka di Medan telah ditubuhkan Badan Amil Zakat Daerah Provinsi Sumatera Utara tahun 1992 dan di Pulau Pinang
ditubuhkan Pusat Urus Zakat tahun 1994.
 
Parameter yang digunakan untuk mengkaji system pengelolaan zakat di kedua-dua instansi ini adalah, enekmen zakat, organisasi, pentadbiran, kutipan dan agihan. Kajian ini menggunakan beberapa kerangka teori yang diasaskan oleh: Qaradawi, (1985), Hafidhuddin, (2002), Doa, (2001); Karim, (2001) ; Public Interest Research and AdvocacyCenter/PIRAC, (2002), Permono, (1999). Kajian ini mendapati bahawa pemahaman terhadap fiqh zakat telah mengalami perubahan di sektor-sektor jasa dan usaha. Aktiviti pengumpulan zakat di PUZ Pulau Pinang terdapat pelbagai kemudahan. Jumlah penerimaan zakat sangat memuaskan .
 
Enekmen zakat dan sistem yang dilaksanakan di Pulau Pinang bersifat lebih tegas . Ianya menguntungkan muzakki , kerana zakat mengurangi cukai. Manakala di Medan mendapati lebih unggul daripada segi penyaluran pengembangan; iaitu, pada pelaburan dalam perkebunan, klinik kesihatan dan saham pada bank syariah...... SAMBUNGAN BOLEH RUJUK DAN BACA TESIS DI BAWAH
 
PENGELOLAAN ZAKAT
DI MEDAN DAN PULAU PINANG:
SATU KAJIAN PERBANDINGAN
Oleh
MARATUA SIMANJUNTAK

Tesis yang diserahkan untuk
memenuhi keperluan bagi Ijazah
Doktor Falsafah
Februari 2006
 
SALLEH MAN KALAU TAK MENJILAT GUAN ENG DAN TAK BOHONG ORANG PULAU PINANG TAK NAMANYA YDP PAS PULAU PINANG. HARI HARI PAS MAIN FAKTA BOHONG