Thursday, May 30, 2013

PRU 14 : GILIRAN ZAM PULAK BALUN NAJIB.


Dalam tulisan di blognya, zamkata.blogspot.com semalam, beliau berkata usaha Najib untuk menonjolkan diri sebagai pemimpin popular menyebabkan perdana menteri itu dilihat sebagai seorang yang meniru orang lain dan bukannya seorang pemimpin.
Katanya, beliau juga melihat Umno dalam keadaan "panik" apabila timbul cadangan untuk menjadikan BN sebagai sebuah parti tunggal.

"Sesuatu cadangan yang serius patut dikemukakan dalam keadaan tenang bukan dalam keadaan masih ribut. Tidakkah ini menunjukan pemimpin-pemimpin UMNO berada dalam keadaan panik.

"Jika mahu uji pandangan akar umbi pun bukanlah masa sekarang ini," tulis Zainuddin yang juga pernah bertugas sebagai wartawan Utusan Melayu.

Beliau mengkritik pengedaran kain rentang 'I love PM' pada kempen pilihan raya umum ke-13 yang menurutnya mungkin diilhamkan oleh penasihat Najib.

Katanya, tindakan tersebut hanyalah untuk menunjukkan kepada Najib bahawa pengerusi BN itu telah mendapat sokongan khususnya daripada masyarakat Cina di Malaysia.

Sikap yang ditunjukkan oleh golongan pengundi berkenaan dalam pilihan raya umum lalu adalah sebaliknya.

Dalam tulisan itu, Zainuddin berkata Najib ditonjolkan sebagai pemimpin yang hidup seperti rakyat biasaa dan sanggup makan dan minum bersama rakyat antaranya di gerai, kafe dan gerai mamak.

"Penasihatnya berfikir bahawa gambar ini akan menunjukan Najib yang elitis dari keluarga bangsawan hidup seperti rakyat biasa tetapi kepada rakyat adalah 'luar biasa' kerana tidak pernah mereka terserempak dengan Najib di tempat-tempat begini.

"Lebih luar biasa apabila diiringi oleh pengawal dan pembantu peribadi. Nampaklah kepura-puraan," kata Zainuddin.

"Kata mantan Menteri Kewangan Daim Zainuddin, Anwar Ibrahim adalah clown (lebih tepat dipanggil Raja Lawak). Kata saya, Najib adalah imitator. Penasihatnya berkepala di awan tanpa kaki mencecah daratan. Inilah penasihat yang patut disingkirkan."

Zainuddin berkata beliau menerima kiriman SMS daripada seorang kawan dalam dunia korporat yang mendakwa tindakan menunjukkan kain rentang 'I Love PM' adalah "menjijikan" dan meminta Najib berhenti bersikap seperti pemimpin mahasiswa.

Zam yang juga karyawan tamu Universiti Utara Malaysia berkata sepatutnya Najib sedar negara ini masih belum keluar dari keruncingan politik dengan cabaran daripada "raja lawak dan kepala cauvanisme Cina" yang tidak dinamakannya.

"Negara belum keluar dari keruncingan politik; keselamatan diancam oleh communist surrogate, tiap hari ada tunjuk perasaan cina baju hitam cemarkan pilihan raya yang sah, berbagai laporan palsu polis dibuat; blackout, dakwat padam," katanya.

CATITAN : BUANG SAHAJA PENASIHAT DS NAJIB YANG HANYA MENGGEMBIRAKAN TUAN TAPI SEBENARNYA MEMBUNUH KARIER POLITIK BOS NYA SENDIRI

PRU 14 : NASRUDIN TANTAWI AKUR KRITIKAN SHAMSUL AMK TERHADAP PRESIDEN?


sumber : harakahdaily

1. Ramai pihak termasuk wartawan menghubungi saya untuk mendapatkan pandangan saya mengenai kritikan yang dilemparkan kepada PAS mutaakhir ini, khasnya kepada batang tubuh Presidennya. Saya dimaklumkan berlaku berbalas kenyataan dan kononnya ini adalah "tunas perpecahan" yang sedang menimpa Pakatan Rakyat. Sedang realitinya ini bukanlah polemik yang pertama kali berlaku kepada PAS yang telah berusia lebih separuh abad. Malah sering berlaku kepada Pakatan Rakyat sepanjang usianya.

2. Sejarah membuktikan tidak semestinya yang dikritik itu salah lalu ia wajib memenjarakan lidah dan mulutnya dari menjawab balas kritikan tersebut, sebagaimana pengkritik tidak selamanya benar sehingga ia bebas melemparkan kritikan sesedap rasa pada semua orang, keadaan dan masa.

3. Asasnya, sebagai sebuah Gerakan Islam, kami senantiasa terbuka dan sedia untuk dikritik dan diaudit serta meletakkan kami pada situasi sebagaimana yang diajar oleh Allah swt iaitu bersedia mendengar apa jua perkataan lalu mengikut apa yang terbaik daripadanya.

4. Namun terbuka dan bersedia menerima kritikan bukan bermakna kami mesti diam membatu atau bungkam membisu dalam menerima kritikan tersebut. Memberi jawab balas, menangkis serta membuat pencerahan semula terhadap kritikan adalah sebahagian dari kaedah mengurus dan menangani kritikan yang normal dan dibenarkan sebagaimana uslub biasa digunakan oleh al Quran al Karim sewaktu menjawab kritikan pelbagai pihak terhadap Islam dan syariat yang dibawa oleh Rasul utusan Allah swt.

5. Ramai menyangka maksud menerima kritikan ialah "zip" mulut dan mendengar apa jua hamburan kata yang ditujukan kepadanya sehingga kadangkala kita boleh dianggap dungu dan naif. Pada saya itu adalah satu keadaan yang boleh dipilih, sementara menjawab serta menangkis kritikan pula satu keadaan lain yang dibenarkan malah tidak menghilangkan rasa hormat kita kepada pihak pengkritik. Bahkan keadaan kedua ini lebih menarik untuk mencetus pencerahan dan percambahan fikir kiranya ia diurus dan ditanggap dengan positif.

6. Sebagaimana pihak pertama ada hak untuk mengkritik, kenapa pula kita mesti nafi dan hilangkan hak pihak kedua menjawab kritikan yang dilemparkan. Budaya nasihat menasihat, tegur menegur dan kritik mengkritik adalah budaya positif yang tidak perlu kita resah dan menaruh kebimbangan melampau apabila ia berlaku. Selayaknya pihak pengkritik, mesti bersedia menghadapi kritikan balas bagi menilai potensi kritikannya. Adakah ia berasas atau tidak. Adakah kritikan tersebut berpaksikan hujjah atau fitnah. Adakah kritikan itu dengan tujuan membina atau meruntuhkan.

7. Sistem nilai ini hanya wujud apabila ada timbal balas pada kritikan yang dilemparkan. Justeru berapa banyak di luar sana jumlah kritikan yang hanya merupakan fitnah dan tohmahan demikian juga kritikan yang dirancang untuk menjatuh dan meruntuhkan. Maka untuk menilainya perlu ada jawapan atau pencerahan pada kritikan yang dikemukakan.

8. Apatah lagi jika sesuatu kritikan itu dibuat secara terbuka. Ia boleh mencipta prasangka dan mencetus persepsi masyarakat awam, justeru itu mahu atau tidak, jawap balas mesti dikemukakan terhadap kritikan tersebut bagi meluruskan persepsi dan memurnikan prasangka. Contoh apabila pelbagai tuduhan yang tidak berasas dilemparkan kepada Presiden PAS, sememangnya menjadi tanggungjawab pemimpin dan ahli PAS membuat pencerahan dan mempertahankannya.

9. Namun saya sangat setuju bahawa setiap kritikan mesti dinilai dengan jujur dan benar. Jika kritikan tersebut ada asas dan hujjah yang jelas, selayaknya kita akur dan bersyukur lantaran kritikan itu membuka jalan bagi berubah ke arah yang lebih baik.

10. Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia menyambut dan menerima apa jua kritikan yang dilemparkan. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang memberi perhatian kepada PAS lantas sudi mengkritik PAS dan pemimpinnya. Kalian semua secara tidak langsung adalah agen yang membangun dan mendewasakan PAS dengan kritikan dan teguran yang dihulurkan.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Wednesday, May 29, 2013

PRU 14 : LAGI TAMPARAN KEPADA AMK PKR : JANGAN SOMBONG !!!


Aktivti rutin Pemuda Gombak pada Sabtu dan Ahad


Merujuk kepada laporan media Malaysian Insider yang bertajuk "AMK Selar Presiden PAS kerana mencerca calon PKR semasa kempen PRU13", kami menyelar sikap Ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin memburuk-burukkan Presiden PAS di hadapan media.

Jika seminggu dua lalu Timbalan Presiden PKR mengkritik Presiden PAS rentetan ketidakpuasan hati prestasi PKR Selangor yang ada kena mengena dengan jawatan MB Selangor, hari ini Ketua AMKnya pula mencontohi sikap tersebut.

Kami tidak kisah untuk AMK mengkritik mana-mana pimpinan PAS, tapi kita ada saluran dalaman yang menjadi amalan kita selama ini. Jika tidak, media Umno/BN akan melaga-lagakannya.

Jika ia datang dari macai dan media Umno/BN, kami langsung tidak hiraukan namun kali ini AMK pula menjadi penyambung lidah macai Umno/BN yang menghentam Presiden PAS secara terbuka.

Sahabat Pemuda AMK!
AMK patut mencelikkan mata untuk membuat penilain terhadap sebahagian calon-calon pilihanraya dan YB-YB PKR supaya tragedi Perak tidak berulang lagi.

Inilah perkara yang ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden PAS kepada semua rakan-rakan PR sepanjang perundingan kerusi PRU. Namun, PKR sambil lewa sahaja mengambil nasihat ini di beberapa kerusi. Presiden PAS tidak mencerca secara spesifik mana-mana calon walapun mempunyai maklumat.

Sebagai ingatan, mungkin AMK lupa, sejarah telah menyaksikan sebahagian YB-YB PKR yang diambil secara serkap jarang semata-mata untuk menghadapi pilihanraya sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan PR Perak pada 2008.

Bukan itu sahaja, malah sejak PRU 2008 PR dimalukan dengan insiden-insiden YB-YB PKR keluar parti seperti spt di Parlimen Bayan Baru, Parlimen Nibong Tebal, Parlimen Wangsa Maju, Parlimen Bagan Serai dan Parlimen Kulim-Bandar Baru.

Ini bukan sahaja pengkhianatan kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat, malah pengkhianatan besar terhadap mandat rakyat.

Perkara ini disentuh dan ditegur oleh pimpinan PAS dalam pertemuan tertutup tanpa melibatkan media seperti yang dilakukan oleh Ketua AMK kali ini.

Puncanya tidak lain tidak bukan kerana PKR mengambil sebahagian calon tangkap muat dan berpotensi untuk lompat parti jika menang PRU dengan hanya diumpan dengan wang ringgit. Inilah pengkhianatan yang teramat besar iaitu mereka gagal memilih dan menapis calon yang berwibawa dan berkredibliti untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Inilah yang PAS dan DAP tidak mahu, kemenangan yang separuh jalan sebagaimana berlaku di Perak tempohhari.

Tidak cukup dengan itu, PKR bermain kayu tiga membuat rundingan dengan PSM yang tidak pernah menjadi rakan sekutu PR dan perkara ini didedahkan sendiri oleh Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan yg juga calon PSM di Semenyih.

Ini satu lagi bentuk pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan oleh rakyat.

Sahabat Pemuda AMK!
AMK sepatutnya sedar dan insaf tentang kekangan serta ketandusan petugas pilihanraya mereka. Ini bukan kata-kata angkuh tetapi sekadar peringatan bersama serta realiti yang berlaku.

Buktinya, lihatlah di mana-mana sebahagian besar kawasan pilihanraya, petugas-petugas AMK dan PKR hanya pandai bercakap dan tidak cukup untuk menghadapi pilihanraya dan akhirnya ia dibantu oleh jentera Pemuda PAS. Ini suatu hakikat.

Ia dilihat oleh rakyat, yang akhirnya menyaksikan ada beberapa calon PKR ditolak di peringkat parlimen sedangkan calon PAS di peringkat DUN menang besar.

PAS berusaha melahirkan jentera dan petugas yang istiqamah,namun kami bukan macai calon-calon PKR yang hanya nampak muka sehari dua dalam keadaan tiada petugas sendiri.

Buat sahabat AMK dan ketuanya, jika ada sebarang ketidakpuasan hati, eloklah dibawa ke perbincangan dalaman PR bukan di media.

Jika di media, tambahan pula menghentam Presiden kami maka kami selaku Pemuda Pas sukar menerima kenyataan tersebut dan tidak akan berdiam diri.

Sedang kami Pemuda Pas boleh menghormati DSAI selaku Ketua PKR sekalipun ada banyak perkara yg mungkin kami tidak bersetuju, jadi molek kiranya AMK pun belajar beradab sebelum kemungkinan ada pula pimpinan yang lain mencerca DSAI di khalayak ramai disebabkan perbuatan tidak beradab itu.

Sahabat Pemuda AMK!
Ini adalah teguran dan peringatan pada semua sebagai pemuda PR yang ada akhlak dan adabnya.

Syarhan Humaizi Abdul Halim,
Ketua Pemuda PAS Gombak.

-------------------------------------------------
Disediakan oleh,

RIDHUAN HUSIN,
Pegawai Media Dewan Pemuda PAS Gombak,
Pusat Bandar Sri Gombak, 68 100, Gombak, Selangor
HP                  : +6013-222 9803

PRU 14 : PERINGATAN DEWAN ULAMAK PAS PAHANG . JANGAN HINA PRESIDEN


Ustaz Mokhtar Senik

Timbul keributan yang tidak kurang hebatnya apabila Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dikritik secara terbuka kerana dikatakan melanggar perjanjian dengan PKR dalam isu calon PRU 13 di Kota Damansara. Apa yang menyedihkan lagi, ada di kalangan pimpinan tertinggi PAS yang mempertahankan kritikan tersebut atas nama keterbukaan.

Perlu dipertegaskan bahawa Islam memberikan hak kepada ketua sesebuah organisasi membuat keputusan sendiri tanpa memanggil mesyuarat. Jika dipanggil mesyuarat sekali pun, beliau diberi ruang untuk membelakangi keputusan mesyuarat jika perlu. Bahkan beliau tidak perlu memperjelaskan keputusan yang diambil kepada orang bawahan.

Lihat sahaja kepada sirah perjalanan hidup Nabi Muhammad s.a.w. dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyyah. Persetujuan telah dicapai bersama sahabat-sahabat baginda untuk berperang jika mereka dihalang untuk masuk ke Mekah bagi menunaikan ibadat umrah sebagaimana cadangan Saidina Abu Bakar. Bahkan Rasulullah s.a.w mempertegaskan lagi perkara yang sama kepada Budail bin Warqa', orang tengah antara Rasulullah dan Quraisy agar memberitahu musyrikin Mekah tentang perkara tersebut.

Apa yang berlaku, akhirnya Rasulullah s.a.w. tidak melaksanakan dan membelakangi keputusan hasil perbincangan dengan para sahabat tersebut. Rasulullah s.a.w telah memeteraikan perjanjian dengan musyrikin Mekah yang menghendaki orang Islam pulang semula ke Madinah dan datang pada tahun hadapan untuk menunaikan umrah. Bahkan Rasulullah s.a.w. tidak memperjelaskan kepada para sahabat tentang keputusan yang diambil ini. Perjanjian ini bukan wahyu daripada Allah bahkan ia adalah kebijaksanaan baginda dalam membuat keputusan dan mengatur strategi.

Jelasnya, Tuan Guru Presiden mempunyai hak untuk membuat keputusan sendiri sebagaimana yang dibenarkan oleh Islam walaupun berbeza dengan keputusan mesyuarat jika dilihat di sana ada mudharat yang lebih besar boleh berlaku.

Ini tidak bermakna Islam mengamalkan sistem diktator. Sistem diktator adalah sistem yang tidak membuka ruang langsung untuk orang bawahan mengemukakan pandangan. Ada pun dalam Islam, pandangan orang bawahan adalah sangat dialu-alukan tetapi pandangan tersebut tidak boleh mengikat seorang ketua untuk membuat keputusan.

Dr Ramadhan al-Buti (Fiqh as-Sirah; 1999, m.s 237) menyebut: "Syura dalam Syariat Islam adalah sesuatu yang disyariatkan tetapi ia tidak semestinya dilaksanakan. Ini kerana kebaikan daripada Syura adalah untuk mengeluarkan pandangan-pandangan daripada orang bawahan, mencari kebaikan dan kemaslahatan yang diketahui oleh sebahagian dan tidak sebahagian yang lain atau memandang baik diri-diri mereka. Sekiranya pemimpin melihat pandangan mereka sangat baik berdasarkan dalil syarak dan hukumnya maka pemimpin itu akan melaksanakannya. Jika sebaliknya, dia boleh membuat keputusan mengikut apa yang dia kehendaki dengan syarat tidak berlawanan dengan nas Quran dan Sunnah serta ijmak orang Islam."

Tidak dapat dinafikan bahawa keputusan mesyuarat atau syura perlu dilaksanakan oleh ketua atau pun tidak adalah menjadi perbahasan dan perbezaan pandangan di kalangan Ulamak. Pun begitu, pemimpin mempunyai hak untuk memilih pandangan Ulamak yang berbeza ini. Tuan Guru Presiden ada hak untuk memilih pandangan bahawa keputusan mesyuarat tidak semestinya dilaksanakan dan ahli perlu menerima pilihan Presiden.

Kewajipan ahli ialah mempertahankan dan melaksanakan keputusan Presiden walaupun mereka tidak berpuas hati terhadap keputusan tersebut. Begitulah sikap yang diambil oleh para sahabat apabila mereka tidak berpuas hati terhadap Rasulullah s.a.w. apabila baginda memeteraikan perjanjian dengan musyrikin Mekah dan terpaksa balik semula ke Madinah. Saidina Umar datang menemui Rasulullah s.a.w menyatakan ketidak puasan hati beliau sehinggalah terpaksa ditenangkan oleh Saidina Abu Bakar. Para sahabat tidak mahu berganjak daripada tempat mereka apabila Rasulullah menyuruh mereka bertahallul untuk pulang ke Madinah. Rasulullah s.a.w terpaksa mengulangi sebanyak 3 kali tetapi para sahabat tidak mengendahkannya. Ini kerana mereka tidak puas hati dengan keputusan Rasulullah yang melanggar keputusan asal untuk berperang jika dihalang untuk masuk ke Mekah. Tetapi akhirnya para sahabat melaksanakan arahan Rasulullah apabila Rasulullah sendiri bertahallul. Mereka menerima dan melaksanakan keputusan Rasulullah walaupun mereka tidak berpuas hati.

Itulah sikap yang perlu ada dalam diri ahli pendokong gerakan Islam khususnya Parti Islam seMalaysia (PAS). Walaupun mungkin kita tidak berpuas hati dengan keputusan Presiden tetapi keputusan tersebut tetap wajib dilaksanakan. Mereka boleh meluahkan ketidakpuasan hati itu mengikut saluran yang betul tetapi akhirnya mereka perlu akur dengan keputusan Tuan Guru Presiden.

Adalah amat malang apabila sebahagian ahli dan pimpinan PAS tidak dapat menerima keputusan yang diambil oleh Tuan Guru Presiden dan tidak mahu melaksanakannya. Apa yang lebih mendukacitakan lagi apabila ada di kalangan pimpinan PAS yang mempertahankan kritikan orang luar yang menyalahkan Presiden dalam isu calon di Kota Damansara walaupun Tuan Guru Presiden telah menerangkannya. Pimpinan yang seumpama ini tidak berhak berada dalam saf kepimpinan bersama dengan Tuan Guru Presiden.

Ustaz Mokhtar Senik
Ajk Dewan Ulamak Pas Pusat
Ketua Dewan Ulamak Pas Pahang

Thursday, May 23, 2013

PRU 14 : KENALI SIFAT AHLI PAKATAN YANG MUNGKIN ADA PADA DIRI ANDA


1) Percaya apa saja yang di katakan oleh pemimpin mereka. tanpa usul periksa.
2) pemimpin mereka adalah pemimpin paling suci. walaupun boleh di ragui/
3) apa saja bukti berbentuk gambar, video dan dokumen2 adalah bukti besi atau fitnah semata2.. dan fitnah itu semua rekaan umno. walaupun yg dedahkan adalah bekas ahli tertinggi parti.
4) pemimpin mereka saja yang betul, orang lain semua tak betul semua tipu.
5) sanggup berpanas, berhujan dan segala mcm susah demi mendengar ceramah politik sambil memakai baju hitam. tp bila ajak p surau beribu alasan di beri.
6) fizikal dan mental mmg di lahirkan untuk berdemonstrasi.
7) percaya pemimpin nya sangat bijak ekonomi walaupun cuma lulusan ijazah sarjana bahasa melayu.
8)sangat mudah di api-api kan.
9) kata-kata kesat dan nista sudah menjadi seperti gula2.
10) andai dia moderator, akan mengungut utk delete tread jika merasa tak mampu melawan.
11) mereka merasa parti sokongan mereka adil dan bersih, sedangkan setiap kali pemilihan dalaman parti ada saja yg tak puas hati dan terlalu banyak cerita sensasi.
12) adalah haram jika kita menyatakan kesilapan pemimpin mereka.
13) semua apa yg bn/umno lakukan untuk negara adalah 1 pembaziran. tp yg beria-ia mengunakan nya mereka juga.
14) pemimpin umno/bn semua nya rasuah pada mereka, walaupun negara ini sengat pesat membangun di bwah pentadbiran umno/bn dan mereka& keluarga mendapat keuntungan dari nya.
15) merasakan kerajaan yg ada sangat-sangat zalim dan kejam pada mereka. tp bila minta bukti nya, ramai yg terpinga-pinga.
16) sangat selektif dalam apa2 keputusan, terutamanya keputusan pilihan raya. jika menang SPR adalah bersih, jika kalah SPR sangat kotor. orang SPR kena ganti dari kalangan orang PR. sbb pr saja yg suci mulus.
17) sangat sedikit yg memahami sistem proses pilihan raya malaysia. bila di tanya term2 nya, kebanyakan terpinga2.
1Cool sumber rujukan mereka adalah blog2 pro aliran mereka. yg tidak pro semua nya adalah sampah pada mereka.
19) menganggap sangat mustahil pemimpin mereka melakukan maksiat.
20) ustaz2 yg tidak pro kepada aliran mereka, tiada hormat pada mereka.
21) ada banyak lagi, tp cukup setakat ini

Wednesday, May 22, 2013

PRU 14 : TKM 1 PULAU PINANG BAGI TAZKIRAH?

Photo: Terharu ..Bila TKM P Pinang, yg Pertama Meyampaikan Tazkirah Di Pulau Pinang ..tahniah..

Berapa Like Nk BAGI NIE 
Baca sini >>>> http://www.kachipemas.blogspot.com/2013/05/terharu-sejarah-tim-ketua-menteri-p.html
 
KECOH SATU MALAYSIA TKM 1 BAGI TAZKIRAH. BIASA LA TU. MANA MANA AHLI JIM ATAU ABIM YANG TAK BOLEH BAGI TAZKIRAH BAIK TOK SAH JADI AHLI. NAK BAGI TAZKIRAH PUN NAK HEBOH. DATO MUKHRIZ JADI IMAM HANGPA TAK MAU KALUT PLAK.
 
YANG NI DEPA PAKATAN TAK MAU KALUT :
 

PRU 14 : KAWASAN PARLIMEN YANG PR BUAT PATISYEN

Photo: 27 kawasan yang pr akan buat petisyen bantahan nanti

goodbye bn dan barua2 nya kih3..

LIKE TANDA SOKONG PR
 
BUAT JANGAN TAK BUAT. JANGAN BUAT KALUT SUDAH. BELAJAR TERIMA TAKDIR

PRU 14 : KELANGSUNGAN UMMAH. UMNO MENDAHULUI YANG LAIN . SIAPA POPULAR?

 
BN  5,237,699
 


1)UMNO (3,416,310)

2) PKR (2,254,328),

3) DAP (1,736,267)

4) PAS (1,633,389)
 
SIMPLE MATE :
 
UMNO 2 kali ganda lebih popular dari PAS dan DAP.  UMNO won popular vote all the way

PRU 14 : UMNO PALING POPULAR. UMNO DITERIMA UMAT ISLAM . ALHAMDULILLAH

 
BARISAN Nasional (BN) terus diberi mandat memerintah negara ini apabila memperolehi majoriti mudah 133 kerusi Parlimen pada PRU13 yang lalu sementara pakatan pembangkang yang dibarisi PKR, DAP dan Pas hanya memperoleh 89 kerusi sahaja.

Pada PRU12 di bawah kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, BN memenangi 140 kerusi Parlimen.Pada PRU13, rakyat Malaysia masih lagi mengundi dalam pilihan raya yang disertai pelbagai parti yang menyaksikan 11,257,147 juta (84 peratus) daripada 13,268,002 pengundi berdaftar keluar mengundi bagi 222 kerusi Parlimen.

Dari segi undi popular, daripada keseluruhan pengundi yang keluar mengundi dalam pilihan raya pelbagai parti itu, BN berada di tempat pertama dengan memperoleh undi sebanyak 5,237,699; kedua, PKR (2,254,328), ketiga, DAP (1,736,267), keempat, Pas (1,633,389) manakala parti-parti lain dan Bebas (192,904).

Bagaimanapun, DAP yang berada di tempat ketiga dari segi jumlah undi telah memperoleh 38 kerusi Parlimen, iaitu jauh lebih tinggi daripada PKR.

Berdasarkan analisis Sinar Harian mengenai keputusan pengundian PRU13, BN memperolehi undi popular di Perlis, Kedah dan Perak berbanding PR.
Di Kedah, Umno berjaya menguasai negeri itu dengan memperoleh undian sebanyak 399,890 bersamaan 45.28 peratus.

Manakala, Pas dan PKR pula hanya memperolehi sekitar 24.2 peratus. Perlis juga menjadi kubu kuat Umno kerana memenangi kesemua tiga kerusi Parlimen yang dipertandingkan dengan memperolehi 64,192 undi bersamaan 55.55 peratus.


Umno juga mendominasi Perak apabila memperolehi undi sebanyak 277,859 bersamaan 24.64 peratus mengatasi undi parti lain. Calon BN tewas di beberapa kawasan kerana bilangan pengundi kaum Cina yang ramai.

DAP pula mendapat 261,882 undi, manakala Pas dan PKR masing mendapat 109,913 dan 244,073 undi di Perak.

Bagaimanapun, di Pulau Pinang terutamanya di kawasan bandar dikuasai DAP yang memenangi kesemua enam kerusi Parlimen dan memperoleh undian tertinggi berbanding parti-parti lain.

Sebanyak 13 kerusi Parlimen yang dipertandingkan Pulau Pinang, hanya enam kerusi sahaja dimenangi DAP tetapi jumlah undiannya iaitu 272,664 bersamaan 37.72 peratus berbanding PKR hanya lima kerusi iaitu 177,896 bersamaan 24.61 peratus.

Umno yang bertanding di lima kerusi di Pulau Pinang hanya memperoleh 118,613 undian bersamaan 16.41 peratus.

Agak mengejutkan apabila analisis mendapati Umno mendominasi peratusan undian di kubu kuat Pas di Kelantan iaitu 49.8 peratus berdasarkan jumlah undian sebanyak 402,503 untuk kerusi Parlimen.

Pas memperoleh 41.1 peratus dengan 332,407 jumlah undi. Bagaimanapun, PKR tewas di ketiga-tiga kerusi yang ditandingi dan hanya mendapat 9 peratus undian dengan 73,071 undian sahaja.
Rekod kerusi Parlimen di Terengganu pula menunjukkan Umno mendahului dalam kutipan jumlah undian, iaitu 283,455 dengan 51.5 peratus, hasil daripada kemenangan empat daripada lapan kerusi yang ditandingi.

Pas pula memperoleh 42.5 peratus dengan jumlah undi 233,893, manakala PKR tidak memenangi sebarang kerusi Parlimen di Terengganu.

Umno turut merekodkan pencapaian tertinggi mendahului parti lain dengan 55.5 peratus atau 337,896 undi, berdasarkan kemenangan 10 kerusi yang ditandingi di Pahang.


Ini diikuti PKR yang mencatat 17.7 peratus dan memenangi tiga daripada lima kerusi yang ditandingi, sementara Pas merekodkan peratusan 17.2 peratus (104,743 undi).

DAP di Pahang tidak mendapat sambutan, di mana parti itu hanya memenangi satu daripada tiga kerusi Parlimen yang ditandingi dengan jumlah undi dipungut sebanyak 59,027 undi.

Di Selangor, PKR mendominasi kerusi Parlimen apabila memenangi sembilan daripada 11 kerusi ditandingi dengan jumlah 550,950 undi. Namun, pengaruh Umno tetap tidak boleh dinafikan kerana parti itu berjaya memporehi 335,406 undi berbanding Pas (270,506) dan DAP (253,302).

Di Wilayah Persekutuan, DAP memperlihatkan penguasaan apabila memenangi kesemua lima kerusi Parlimen ditandinginya dengan 229,337 undi. Pengaruh PR di Wilayah Persekutuan juga dibuktikan dengan jumlah undi dimenangi PKR iaitu 154,457 undi mengatasi Umno (127,771 undi) walaupun kedua-dua parti menang empat kerusi.

Di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, pengaruh Umno ternyata masih belum boleh digugat. Jumlah kerusi dan undi yang dimenangi parti ini tetap mendahului PR dengan peratusan melebihi 40 peratus di setiap negeri.

Sabah terus kekal menjadi negeri simpanan tetap Umno berdasarkan analisis mendapati parti itu mendominasi keseluruhan kerusi Parlimen dengan peratusan 88.2 peratus, manakala PKR hanya menang satu kerusi dengan jumlah 22,598 undi dengan peratusan 7.2 peratus manakala DAP hanya mendapat 14,226 undi atau 4.5 peratus.

Umno tidak ada di Sarawak tetapi neheri itu kekal sebagai kubu kuat BN.

Analisis juga mendapati jumlah undian rakyat di Sarawak terhadap DAP ialah 139,480 undi, manakala PKR memperoleh 26,909 undian hasil kemenangan satu kerusi.

Secara keseluruhan, Umno dan BN masih lagi kekal sebagai popular hampir di kesemua negeri, kecuali Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

Ini diikuti oleh DAP yang masih kekal mendominasi di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, manakala dominasi PKR kekal di Selangor.

Umno kekal mendominasi di peringkat Parlimen kerana mampu untuk mendapat 3,416,310 undi dari 120 kerusi yang ditandingi dan mereka berjaya menang 88 daripadanya.

Manakala DAP pula mendapat 1,386,404 dari 51 kerusi Parlimen yang ditandingi, jumlah ini membuktikan bahawa DAP adalah parti yang masih popular dan menjadi pilihan kepada pengundi bukan Melayu khususnya di kawasan bandar.

Monday, May 20, 2013

PRU 14 : LAGI USAHA PAKATAN BURUKKAN MUKHRIZ DI KEDAH

 
CUBA TENGOK ADA TAK TANDATANGAN MUKHRIZ. DULU HANGPA KALUT DOK KATA "ADA TAK TANDATANGAN AZIZAN ? "LA NI MANA ADA TANDATANGAN MUKHRIZ. BUAT DI KOTA SARANG SEMUT LA ATAU MARKAZ PAS YANG BESAQ BESAQ.BARU BOLEH CLAIM YANG MAI 100000 ORANG

PRU 14 : LANGKAH POSITIF MUKHRIZ YANG TEPAT HENTIKAN PEMBALAKAN SEKETIKA

 
Kerajaan Kedah akan menghentikan sementara semua aktiviti pembalakan di negeri itu supaya kajian semula dapat dilakukan bagi mengelakkan aktiviti itu memberi kesan kepada alam sekitar dan rakyat, kata Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir.

Katanya beliau telah menerima laporan dan aduan daripada masyarakat kampung bahawa aktiviti pembalakan yang sedang berlaku di kawasan mereka telah menjejaskan bekalan dan kualiti air di kampung mereka.

"Saya megesyorkan supaya aktiviti pembalakan dihentikan buat seketika supaya kita dapat menyemak adakah laporan EIA (Kesan Penilaian Alam Sekitar) yang sepatutnya dilakukan di mana-mana kawasan pembalakan dilaksanakan dan apa yang disyorkan laporan EIA," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kesyukuran peringkat negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di Alor Setar hari ini.

Katanya beliau mahu memastikan bahawa setiap syarat yang dikenakan kepada mana-mana konsesi pembalakan dipatuhi oleh pihak-pihak terlibat.

"Sekiranya ada sebarang aduan yang berasaskan bukti menyatakan bahawa syarat-syarat tersebut walaupun sedikit yang tidak dipatuhi, saya tidak akan teragak-agak mengarahkan supaya aktiviti pembalakan dihentikan segera. Saya nak semak semula konsesi-konsesi ini. Kita bukan nak kacau rezeki orang. Saya nak pastikan kepentingan rakyat sentiasa kita dahulukan.

PRU 14 : BARU 2 MINGGU PAS DAH KATA KERAJAAN KEDAH ANJUR PESTA ARAK

 
HEBAT KAN PAS. HANYA DENGAN SEKEPING GAMBAR DIGUNAKAN UNTUK MEMBURUKKAN MUKHRIZ. NAK KAITKAN MUKHRIZ DENGAN ARAK LA TU. KALAU ITU LAH INDIKATORNYA , KENAPA LAH STOPA TAK DIKAITKAN DENGAN ZINA NYA . LAGI JELAS NAMPAK DENGAN SUARA DAN HENJUTAN.
 
YANG INI ENTAH ENTAH PUAK PAS YANG BAWA DAN AMBIL GAMBAR. SAJA PI KE PANTAI TU DAN BUAT BUAT TERKEJUT JUMPA.

Friday, May 17, 2013

PRU 14 : EXCO PENANG YANG TIDAK SEIMBANG. RAMAI YANG PATUT JAGA CUCU DI RUMAH

PORTFOLIO AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG 2013-2018


1) LIM GUAN ENG
Ketua Menteri
Pengerusi Jawatankuasa:-
· Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah,
· Penerangan,
· Warisan & Hal Ehwal Agama Bukan Islam



2) MOHD RASHID BIN HASNON
Timbalan Ketua Menteri I
Pengerusi Jawatankuasa:
· Pembangunan Industri Perdagangan Antarabangsa,
· Koperasi & Perhubungan Masyarakat,
· Pembangunan Keusahawanan



3) PROF. DR. P. RAMASAMY A/L PALANISAMY
Timbalan Ketua Menteri II
Pengerusi Jawatankuasa:
· Perancangan Ekonomi Negeri,
· Pendidikan & Sumber Manusia,
· Sains, Teknologi Dan Inovasi



4) TUAN CHOW KON YEOW
Pengerusi Jawatankuasa:
· Kerajaan Tempatan,
· Pengurusan Lalulintas,
· Tebatan Banjir



5) DATUK ABDUL MALIK BIN ABUL KASSIM
Pengerusi Jawatankuasa:
· Hal Ehwal Agama Islam,
· Perdagangan Dalam Negeri
· Hal Ehwal Pengguna


6) CHONG ENG
Pengerusi Jawatankuasa:
· Belia & Sukan,
· Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti
· Kesenian

7)HOCK SENG
Pengerusi Jawatankuasa:
· Kerja Raya,
· Utiliti (Tenaga, Air, Telekom)
· Pengangkutan (Udara, Laut, Keretapi)

8) LAW HENG KIANG
Pengerusi Jawatankuasa:
· Pembangunan Pelancongan
· Kebudayaan

9)PHEE BOON POH
Pengerusi Jawatankuasa:
· Kebajikan,
· Masyarakat Penyayang,
· Alam Sekitar


10) JAGDEEP SINGH DEO A/L KARPAL SINGH
Pengerusi Jawatankuasa:
· Perancangan Bandar & Desa
· Perumahan


11) DR. AFIF BIN BAHARDIN
Pengerusi Jawatankuasa:
· Pertanian & Industri Asas Tani,
· Pembangunan Luar Bandar
· Kesihatan

ULASAN : HANGPA TENGOK SENDIRI. SEMUA MUKA EXCO IALAH  ORANG TERKANAN DAP PULAU PINANG DAN ADA YANG DAH MASUK KATEGORI ORANG LAMA . YANG JAGA BELIA PUN ORANG LAMA . NAK KATA TUA PUN BOLEH LAH. INIKALILAH EXCO PENANG YANG DARI DAP SEMUA ORANG KANAN DAP NEGERI. GUAN ENG SUDAH TAKUT . MESTI IKUT CAKAP JAWATANKUASA DAP NEGERI.GUAN ENG ORANG LUAR. MAU TAK MAU AMBIL SEMUA ORANG DAH LANJUT USIA. SEPATUTNYA DOK RUMAH MAIN DENGAN CUCU .

PRU 14 : WHITE HOUSE TERIMA DAH PETISYEN DARI KUMPULAN ANWAR IBRAHIM


Laman web White House dipenuhi rakyat Malaysia tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya
KUALA LUMPUR, 12 Mei — Rakyat Malaysia telah mengajukan rungutan kepada petisyen online White House berkenaan penipuan dalam Pilihan Raya 2013, yang menyaksikan sejumlah 222,000 tandatangan telah diterima dalam masa seminggu dan menjadikannya isu kedua popular menurut Associated Press.

Petisyen online Presiden Amerika Syarikat Barack memerlukan 100,000 tandatangan untuk mendapatkan maklum balas daripada pegawai rasmi kerajaan.

Menurut laporan AP, laman web pentadbiran Obama “Kami adalah Rakyat” telah dimulakan pada 2011 sebagai projek kerajaan terbuka untuk pengguna Internet.

Walaupun hanya untuk rakyat AS, syarat mengumpul tandatangan online itu kekal terbuka yang cukup bagi membolehkan aktivis luar negara yang tidak berpuas hati dengan kerajaan sendiri untuk menyuarakannya di peringkat antarabnagsa, kata AP.

Laman berkenaan bagaimanapun tidak memrlukan kerakyatan seseorang.

Mereka hanya perlu berusia 13 dan ke atas dan mempunyai alamat emel yang sah bagi mencipta akaun bagi memulakan petisyen.

White House juga berkata akan memberikan layanan sama terhadap petisyen dari luar negara. Kerajaan AS bagaimanapun masih lagi belum memberikan maklum balas terhadap petisyen Malaysia itu.

Sebarang kritikan AS terhadap pilihan raya tercetus minggu ini apabila Jabatan Negara AS mengiktiraf keputusan pilihan raya, sambil mengakui kewujudan keraguan dalam pilihan raya, lapor AP.

Petisyen “spoke out the dissatisfactions to the international communities successfully”, oleh virologist dan penganjur petisyen, Kuan Ping Ang, berkata di laman Facebook miliknya, seperti dilaporkan AP.

Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya lalu namun tewas undi popular kepada Pakatan Rakyat (PR).

BN hanya memenangi 47 peratus undi sedangkan PR memenangi lebih separuh jumlah undi popular.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PR telah menganjurkan dua perhimpunan - di Petaling Jaya dan Pulau Pinang- bagi menunjukkan rasa ketidak puasan hati yang dakwa mereka telah ditipu.

PR telah mengkritik berkenaan paten pengundi yang meragukan, keraguan dalam menguruskan peti undi, dan isu lain yang mana DAP dan PAS berdiam diri berhubung petisyen keputusan pilihan raya.

PR berkata mereka menjangkakan 29 keputusan pilihan raya dan perhimpunan, yang bermula di Selangor Rabu lalu, akan diteruskan dengan perhimpunan sekali lagi di Perak hari ini.

ULASAN : INILAH NUAR SI KITUL. MENGADU PADA PROKSI YAHUDI . MINTA TOLONG PADA KUFAR. APA LA. PAS PUN JOIN BONGOK SEKALI

PRU 14 : T. MOHAN : PERLANTIKAN MOORTHY MERUGIKAN BN


Pemuda MIC menyatakan kekecewaannya berhubung pelantikan pemimpin Hindraf P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri dalam kabinet baru perdana menteri.

"Dengan melantik seseorang yang mencemarkan imej negara... (perkara ini) akan melemahkan komponen parti seperti MIC dan wakil India dalam BN.

"Perdana menteri hatta boleh menimbangkan daripada Barisan Progresif India (IPF) - yang setia kepada BN sejak 25 tahun lalu - untuk kedudukan kanan dalam kerajaan.

"Saya kuat rasakan terdapat banyak pilihan lebih baik dalam BN daripada Waythamoorty," kata Ketua Pemuda MIC T Mohan dalam kenyataan medianya semalam

PRU14 : BEKAS TIMBALAN PRESIDEN PAS ISTIQAMAH MENYATUKAN ISLAM UMNO DAN PAS


Bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa hari ini mengulangi kenyataannya supaya parti-parti mewakili orang Melayu dan Islam di negara ini bersatu untuk kebaikan agama.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Al Quds Malaysia berkata untuk mencapai tujuan itu pemimpin dan anggota Umno dan Pas perlu berani mengenepikan kepentingan masing-masing.

"Kegagalan penyatuan di antara Umno dan Pas berlaku kerana masing-masing tidak mahu meninggalkan kepentingan peribadi dan kuasa yang diperoleh," katanya ketika menjawab soalan daripada peserta Forum Kedamaian dan Keselamatan 2013 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di sini.

Beliau berkata pemimpin parti politik lebih tertumpu dan berlumba untuk mendapatkan kuasa di Putrajaya dan pemerintahan negara daripada melihat kesan ke atas perpaduan ummah.

Sebelum itu, Nasharudin dalam ceramahnya bertema 'In Search of Human Security - Islamic Diplomacy and the Way Forward' berkata Nabi Muhammad S.A.W. mampu menyatupadukan masyarakat daripada pelbagai puak di bawah kepimpinan dan sikap diplomasi beliau yang indah.

"Mereka (terdiri daripada pelbagai kabilah) diikat dalam satu perjanjian yang menjadi Perlembagaan Islam bertulis yang pertama.

"Ini benar-benar menunjukkan bahawa masyarakat yang disatupadukan oleh baginda pada masa itu yang terdiri daripada pelbagai kaum, kesemuanya bersetuju untuk berada di bawah pemerintahan baginda berdasarkan kepada undang-undang syariah Islam," katanya.

Forum sehari itu dianjurkan dengan kerjasama Institut Antarabangsa Pengajian Islam Lanjutan (IAIS) dan Cordoba Foundation, United Kingdom, Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), dan Institut Diplomatik Qatar.

Forum itu bertujuan bagi memberi pemahaman yang lebih baik di kalangan masyarakat global berhubung perspektif Islam mengenai keamanan dan kesederhanaan bagi menyelesaikan konflik.

Ia juga menekankan pendekatan diplomatik termasuk melalui cara rundingan kekal sebagai cara penting bagi mendapatkan penyelesaian aman selain membina perdamaian dan keamanan. - Bernama