Pada pendapat saya, pencapaian kewangan Kerajaan Negeri dan tahap pengurusan
kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pulau Pinang boleh ditingkatkan lagi dengan memberi
tumpuan terhadap pulangan/dividen yang setimpal dengan jumlah pelaburan Kerajaan yang
besar dan mengurangkan tunggakan hasil. Selain itu saya juga ingin menggesa Kerajaan
Negeri supaya memantapkan Pengurusan Kewangan di peringkat Jabatan dan Agensi
khususnya dalam aspek pengurusan aset dan inventori
BK : JELAS PENGURUSAN KEWANGAN DAP STATE TIDAK MANTAP DAN BERSIFAT STATIK
ANALISIS KEWANGAN
kedudukan aset yangterdiri daripada wang tunai dan pelaburan kekal tidak berubah iaitu sebanyak RM1.13 bilion. Kerajaan Negeri disyorkan untuk mengekalkan prestasi menambahkan hasil dan mengekalkan perbelanjaan berhemat bagi memastikan kedudukan kewangannya terus baik.
BK : JUMLAH ITU ADALAH RM 830 JUTA SIMPANAN BN PADA TAHUN 2008
RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGERI
Secara keseluruhannya, prestasi pelaksanaan projek pembangunan di bawah RMKe-10 yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri adalah sangat baik kerana 2,455 projek atau 98.6% daripada 2,489 projek yang dirancang telah berjaya disiapkan. Bagaimanapun dari segi prestasi perbelanjaan didapati kurang memuaskan kerana hanya sejumlah RM171.05 juta atau 30.7% daripada RM557.25 juta peruntukan dibelanjakan
BK : DAP STATE TIDAK BERBELANJA UNTUK PEMBANGUNAN. PATUTLAH TERUK SANGAT PULAU PINANG. RM 22.5 BILLION SEMUA DARI BN PUSAT
MEMINJAM JUGA DARI BARISAN NASIONAL
Selain itu, Kumpulanwang Pembangunan juga meningkat sejumlah RM19.44 juta antaranya disebabkan oleh kenaikan pinjaman yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM6.59 juta
PELABURAN
Analisis jumlah pelaburan pada tahun 2011 berbanding tahun 2010 menunjukkan penurunan
sejumlah RM0.6 juta atau 0.1% menjadi RM1,128.06 juta pada akhir tahun 2011, berbanding RM1,128.66 juta pada akhir tahun 2010
AKAUN AMANAH BUMIPUTRA
Pada tahun 2011, baki akaun amanah ini ialah RM33.36 juta iaitu meningkat sejumlah RM12.25 juta atau 58% berbanding RM21.11 juta pada tahun sebelumnya. Peningkatan ini adalah disebabkan oleh terimaan daripada pemaju perumahan iaitu bagi pelepasan kuota Bumiputera pada tahun 2010 sejumlah RM12.25 juta
BK : HAK RUMAH BUMIPUTRA DINAFIKAN. WANG INI TAK DISERAHKAN KEMBALI KEPADA BUMIPUTRA
akan bersambung ...........