Tuesday, May 29, 2012

PASCA E 13 : KERAJAAN NEGERI DAP MERASUAH PENGUNDI


SEMUA YANG DIPAPARKAN DALAM  BULETIN MUTIARA MENUNJUKKAN KEPRIHATINAN KERAJAAN NEGERI KONONNYA MENJAGA RAKYAT. NAMUN, MEREKA TERLUPA RAKYAT YANG MEREKA JAGA HANYALAH PENGUNDI SAHAJA. JUMLAH PENDUDUK DI PULAU PINANG PADA TAHUN 2010 SAHAJA ADALAH SEPERTI BERIKUT ( DALAM ANGKA JUTA ) :

LAIN-LAIN 118.70  JUMLAH BESAR 1,609.90

SEKARANG MARI KITA LIHAT JUMLAH PENGUNDI MENGIKUT SUKU TAHUN KETIGA TAHUN 2010 SEPERTI BERIKUT :

MELAYU : 251 411
CINA :411 507
INDIA :81 136
LAIN LAIN ; 2577

 JUSTERU KITA BOLEH MEMBUAT SATU KEPASTIAN BERASASKAN ANGKA BAHAWA SEBENARNYA KERAJAAN NEGERI HANYA MEMBANTU SESUATU KAUM SAHAJA DAN MENINGGALKAN KAUM YANG LAIN. PERKARA INI TIDAK BERLAKU DI DALAM PENTADBIRAN BN BAHAWA SEMUA RAKYAT MENIKMATI BANTUAN KERAJAAN.

CUKAI PINTU DAN SEGALA BENTUK CUKAI DI BAYAR OLEH SEMUA PENDUDUK YANG LAYAK MEMBAYAR . NAMUN, YANG MENDAPAT NIKMAT HANYALAH PENGUNDI. INILAH BUKTI KETIDAKADILAN YANG PALING JELAS DILAKUKAN OLEH KERAJAAN NEGERI.

PATUTLAH KERAJAAN NEGERI BERIA IA MELETAKKAN SYARAT PENGUNDI SAHAJA YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN.

 

BUMI= 676.90    CINA= 658.70    INDIA = 155.60 

BERITA SEMASA : PERPINDAHAN PENDUDUK KE LUAR DARI PULAU PINANG MEMBIMBANGKAN

Oleh : Azira

29 Mei- Pinang Tunggal. Laporan yang menyatakan bahawa terdapat sejumlah 18,000 orang Melayu dan kaum lain berpindah keluar dari bahagian pulau di Pulau Pinang amat membimbangkan penduduk setempat.

Faktor utama yang menyebabkan berlaku perpindahan beramai-ramai dalam masa 3 tahun ini adalah kerana harga rumah yang mahal, dan tiada rumah kos rendah atau rumah mampu milik di bahagian pulau.

Menjadi kesukaan kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP untuk menggalakkan pembinaan rumah mewah dengan harga mencecah jutaan ringgit, sedangkan dasar kerajaan negeri yang dilaung-laungkan adalah menjaga kebajikan rakyat.

Adakah ini salah satu daripada strategi DAP untuk menghalau orang Melayu dari bahagia pulau? Jika ini perkara yang tersirat, bermakna DAP bukanlah sebuah parti yang mengutamakan rakyat terutamanya orang Melayu dan golongan miskin. DAP hanya menjadi alat kepada golongan kapitalis dan pemaju yang kaya raya.

Menurut Kamal salah seorang penduduk tempatan, mereka menyatakan pembinaan rumah kos mewah pada hari ini adalah disebabkan kesediaan kerajaan negeri yang lebih mementingkan golongan elit daripada golongan bawahan. Kerajaan negeri mampu menutup mulut rakyat dengan memberikan wang RM 100 dan pelbagai bentuk one off kepada pengundi sahaja. kami penduduk di Pinang Tunggal juga kecewa kerana bantuan one off hanya untuk pengundi. Anak Emas, sumbangan kepada waris si mati, warga emas dan sebagainya hanya untuk pengundi. Penduduk yang membeli rumah di Pulau Pinang tetapi tidak mengundi, tidak layak menerima sebarang bentuk bantuan kerajaan negeri.

BERITA SEMASA : TUMBUHAN LIAR MEMANDU PEMANDANGAN PEMANDU

Oleh : Azira

29 Mei - Permatang Berangan . Beberapa orang penduduk Kg Desa Puri hari ini menyatakan kekesalan di atas kelemahan kerajaan negeri melalui MPSP yang gagal menyelia pokok-pokok kecil yang tumbuh di bahu jalan raya.

Antara jalan yang terlibat ialah Jalan Ara Kuda ke Tasek Gelugor dan Jalan Guar Petai ke Masjid Nyior Sebatang .Pihak kerajaan negeri sepatutnya peka dengan masalah penduduk dan bukan hanya masalah pengundi sahaja. Penduduk berharap kerajaan negeri mengambil tindakan segera demi kebaikan masa akan datang.