Friday, December 23, 2011

SIAPAKAH AHLI PARLIMEN BARU KEPALA BATAS?


PAK LAH SEDANG MERENUNG DAN MEMERHATI JAUH SIAPAKAH BAKAL PENGGANTI BELIAU KELAK DALAM PILIHANRAYA KE 13. APAKAH TIMBALAN BELIAU? APAKAH KETUA PEMUDA UMNO KEPALA BATAS? APAKAH CALON BOLEH MENANG ?BK MAK KUPAS TETAPI MASA TAK SEMPAT LAGI. JUST BUAT PROMO DULU. TUNGGU DALAM MASA TERDEKAT . INFORMASI YANG PERLU DIBERI TUMPUAN SEKARANG IALAH KEBANGKITAN MAHASISWA PRO ANWAR.

**catitan menuju ke selatan

ANWAR DAN ARAK TIDAK BOLEH DIPISAHKAN. BEGITU JUGALAH HUBUNGAN MAHASISWA DENGANNYA


tanggal 9 januari 2012 anwar untung nasib anwar akan ditentukan. anwar menggiatkan segala usaha agar pemberontakan bermula di kalangan mahasiswa. bermula dengan kes adam adli mahasiswa upsi sehinggalah suara suara berani yang dikeluarkan oleh SSM yang kononnya mewakili suara mahasiswa malaysia. namun, ssm terlupa dalam kes kuin mereka gagal. mereka adalah teras utama anwar dalam memulakan gerakan. anwar tidak mampu lagi berharap kepada AMK. AMK tiada momentum yang boleh membawa kebangkitan rakyat. anwar mahukan momentum. misalnya dalam kes adam adli , sekiranya KPT dan UPSI mengambil tindakan ke atasnya, maka momentum rakyat yang rasa sedih akan memberi simpati kepada anwar. rakyat akan menilai bahawa adam adli dianiaya dan kerajaan takut kepada seorang mahasiswa.

lebih teruk lagi ada yang akan mengatakan , dalam kes namewee kerajaan lepaskan. tetapi dalam kes adam adli kerajaan ambil tindakan. BK jelas dan yakin bahawa adam adli tidak akan dikenakan apa apa tindakan dan percayalah mmomentum ini akan diteruskan oleh mereka.

Difahamkan PKR telah memberi keutamaan kepada kebangkitan mahasiswa disetiap IPTA. PKR setiap negeri di arah untuk mencari aktivis mahasiswa bagi memulakan secara gerakan di setiap IPTA. Bagi Pulau Pinang, USM adalah sasarannya dan Uitm adalah sasaran kedua. berdasarkan sumber, di usm PKR akan menggunakan PMI dan PBT. Soalnya, bersediakan mahasiswa dengan kebangkitan yang bakal memusnahkan masa depan.

kadang-kadang BK pelik, mahasiswa berjuang untuk mengambil bidang tugas HEP dan universiti. kebebasan apa sekarang? ,mahasiswa sekarang penakut kerana bila nak berdemo kena harapkan pembangkang.

BK CABAR SEKALIAN MAHASISWA YANG INGIN BANGKIT , NYATAKAN PENDIRIAN BAHAWA PERJUANGAN ANDA ADALAH BENAR DAN TIDAK DIPENGARUHI PEMBANGKANG. BERI PERINGATAN KEPADA PEMBANGKANG JANGAN MASUK CAMPUR URUSAN KAMI. KALAU KENA TINDAKAN JANGAN MINTA TOLONG PEMBANGKANG. TANGGGUNG SENDIRI SEBAB KAMU ADALAH PEJUANG KONONNYA. INI TIDAK. BILA DI AMBIL TINDAKAN MINTA PEMBANGKANG TOLONG. INI NAMANYA KEBANGKITAN MAHASISWA YANG TAK DE TELOQ .

SEJARAH YANG PERLU DI INGAT ATAS KEJAYAAN DAP PULAU PINANG


Sekadar merenung dan membawa ingatan pembaca semua menilai prestasi kejayaan dap pulau pinang ke atas rakyat Pulau Pinang sendiri.

1.Pada 24 Julai, Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang) berkata kerajaan negeri PKR dan DAP di Pulau Pinang bersedia menunaikan janji melabelkan jalan dengan bahasa tambahan, selain bahasa kebangsaan di Pulau Pinang. Nama jalan akan dibuat sebagaimana cadangan Teresa Kok pada 14 Februari 2008.

2.26 Mei 2008, Kit Siang telah berkata tidak perlu lagi Ketuanan Melayu. Hak istimewa Melayu dan Agama Islam akan dikesampingkan

3.Lim Guan Eng (Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, anak Kit Siang) secara terbuka menolak perlaksanaan pemerintahan Islam di negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam akhbar The Star, mukasurat 16, 16 Jun 2008.
 
4.DEB dihapuskan ketika DAP mula memerintah Pulau Pinang). Pada 22 Jun 2007, Thierry Rommel (Ketua Delegasi Suruhanjaya Kesatuan Eropah, EC) mengkritik secara terbuka DEB yang memberi keistimewaan pendidikan, pekerjaan, perniagaan dan beberapa bidang lain kepada orang Melayu dan bumiputera lain.
 
BOLEHKAH DAP DIPERSALAHKAN?MEREKA KERAJAAN YANG JELAS AKAN MENGHANCURKAN ISLAM SECARA SENYAP SEBAGAIMANA SINGAPURA. BAGAIMANA DAP BERKUASA DI DALAM KAWASAN MAJORITI ISLAM TETAPI BERJAYA MENGUMPAN SEGELINTIR UMAT ISLAM PULAU PINANG