Saturday, July 16, 2011

GERAKAN MAHASISWA ANWAR BERENCAHKAN KEBANGKITAN KOMUNIS

ANWAR di alam mahasiswa yang selalu kata orang tidak betul. DIA SAHAJA YANG BETUL


Allahyarham Tun Ghafar dijatuhkan anwar secara revolusi The Green Book yakni secara senyap dan akhirnya hilang kuasa Tun Ghafar dalam UMNO.Tun Mahathir adalah orang kedua yang anwar ingin jatuhkan secara revolusi tetapi GAGAL. Tun M Kenal siapakah anwar?


Salam untuk semua. Awal pagi hari ini selepas teman membaca buku The Green Book , teman cuba melihat bagaimanakah kebangkitan komunis boleh berlaku. Rupanya kebangkitan komunis juga bermula dengan semangat kebangkitan mahasiswa. Isu kemiskinan adalah entiti teras kebangkitan komunis. Mereka kononnya mahu membebaskan negara dari masalah kemiskinan. Lalu keadaan ini juga menyamai dengan tindakan anwar dalam tahun 1974 iaitu berkaitan dengan kemiskinan di Baling. Begitu teruk Tunku di serang oleh anwar bagi menggambarkan bahawa orang di Baling hanya makan ubi gajah. Wah!!! miskin sungguh orang Baling ketika itu. Rentak anwar di dalam The Green Book yang beliau perolehi pada era tahun 1969 /1970 dijadian dasar rujukan mencetuskan kebangkitan. Beliau juga tidak terlepas melihat kebangkitan komunis di China.Perkara ini diceritakan oleh seorang rakan anwar sewaktu bersama-sama dengan beliau belajar di UM. Sempat teman berjumpa dengan beliau pada pagi Jumaat ( 15/7/2011). Anak Pulau Pinang dan mengenali anwar dan keluarganya. Dengan kata lain bukan nak burukkan tetapi realiti katanya " anwar tidak baik". Anwar yang suka sangat menukar guru yang menentang beliau di Pulau Pinang. Tidak kira guru berkenaan UMNO atau pun PAS. Yang penting sesiapa yang menyindir cara anwar pasti akan di tukar. Balaci anwar ketika itu Ariffin Man menjadi pencacai menghantar mesej anwar bagi menukarkan musuh anwar dalam UMNO dan PAS.

Sekarang ariffin Man dah join PKR. Dulu dialah kuku besi yan menukarkan kakitangan awam yang menentang kerajaan secara sesuka hati. Sebelum itu, amat kurang kes guru ditukarkan kerana menentang anwar. Budaya kuku besi anwar ini telah memberi kesan  kepada guru yang aktif di dalam UMNO dan PAS. Guru dalam UMNO yang kenal anwar sewaktu di UM pun menyampah dengan cara anwar. Anwar seorang yang riak ketika bergelar menteri. Dato' Daud Taha ketika itu yang menjawat jawatan seorang pentadbir pendidikan pun terikut-ikut dengan cara anwar. Bahasa lainnya, beliau ialah  balaci anwar untuk menukarkan guru-guru UMNO dan PAS yang menentang beliau.Tapi yang peliknya, guru-guru yang dalam PAS, tidaklah marah pada anwar selepas anwar masuk bersama pembangkang. Rupanya , orang PAS ni mudah sahaja. Kita kutuk dia habis-habis, kemudian kita join PAS, maka hilang marah mereka. Wah!!! senang amat sangat

Ada guru yang teman jumpa terpaksa berhenti kerana di pisahkan dengan isteri . Kejam anwar ...anwar kejam.Sewaktu di UM anwar setiap hari kerjanya menganjurkan demo menentang kerajaan. Teman boleh kategorikan anwar keluar UM dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian mengadakan demostransi.Anwar akan berarak di seluruh UM untuk membawa pelajar berdemo dalam isu bahasa Melayu dan Islam. Anwar masuk ke bilik-bilik kuliah mengganggu sesi pembelajaran. Tapi, bagi siswa berbangsa cina dan pensyarah berbangsa cina mereka tidak mempedulikan anwar.

Di negara China pula, tokoh-tokoh kampus seperti Mao Tze Tung, Li Ta Chao dan Chen Tu Shiu adalah penggerak kepada peristiwa 4 Mei 1919 yang akhirnya telah berjaya meledakkan kebangkitan Komunisme sehingga tertegaknya Republik Rakyat Komunis pada tahun 1949 di China. Sejarah juga telah memcatatkan Revolusi Bolshevik 1917 di Russia telah digerakkan oleh anak-anak muda kampus yang telah diindoktrinkan dengan fahaman komunisme, Tzar Nicholas akhirnya menggelongsor daripada sangkar merak kayangannya.

Di Burma pula kampus telah menjadi medan utama sebagai markas menentang penjajahan British, beberapa orang anak muda intelegensia yang mempunyai kesedaran politik telah menubuhkan Persatuan Pemuda Buddha (YMBA)pada tahun 1906. Gerakan pemuda ini sangat ditakuti oleh penjajah British lantas mengharamkan keanggotaannya kepada orang awam namun idealisme dan daya juang anak-anak muda kampus ini sangat tinggi dan mencabar British dengan mengadakan mogok dan boikot yang akhirnya turut disertai oleh orang awam.

Di Thailand, negara gajah putih ini juga tidak lekang daripada pengaruh gerakan politik pelajar semenjak awal abad 20 sehingga pada tahun 1932 telah berjaya melakukan Revolusi Thai yang telah mengakhiri imuniti raja. Istana terpaksa tunduk kepada desakan anak-anak muda yang mahukan raja berpelembagaan. Kebangkitan anak-anak muda yang mendapat pendidikan dari luar negara yang membuka dimensi berfikir yang lebih luas tentang konsep negara bangsa , nasionalisme, sosialisme, hak asasi manusia, liberalisme, kapitalisme dan sebagainya. Akhirnya, pada 24 Jun 1932, revolusi Thai telah menggelegak tanpa pertumpahan darah dan anak-anak muda yang menggelarkan mereka sebagai 'partai rakyat' menjadi kerajaan sementara untuk meletakkan Thailand sebagai 'negara baru' yang dimodelkan dengan konsep raja berpelembagaan ala barat.
 
Anwar cukup percaya dengan revolusi. Sekiranya Tun Mahathir tidak mengambil anwar , nescaya anwar akan menggerakkan revolusi sejak pertengahan 70 an lagi berdasarkan kes-kes revolusi negara luar ketika itu. Namun, kemasukan anwar ke dalam UMNO, membawa pemikiran revolusinya sekali. Itu sebab anwar cukup cepat berjawatan dalam UMNO dan kerajaan. Revolusi anwar menjatuhkan ketua pemuda Suhaimi dan Tun Ghafar sebagai timbalan presiden UMNO Revolusi anwar dalam UMNO bagi mengejar pangkat dan kuasa menyamai cara dalam The Green Book.
 
Untuk  dilebarluaskan penceritaan ini, ianya memerlukan masa dan penulisan yang panjang. Teman tidak berminat menceritakan perjalanan hidup anwar yang terlalu bongkak dan mengejar impian sebagai PM. Semua penggerak revolusi berteraskan kebangkitan mahasiswa menjadi ketua negara kecuali anwar. Mengapa? apakah anwar tidak percaya kepada takdir? Mungkin penggerak revolusi mahasiswa di China, Mesir, Thailand, Filipina tidak melakukan liwat seperti anwar yang terbukti atas keputusan mahkamah melakukan liwat. Perintah bela diri ditangguh sehingga ogos .Bagi yang mengenali anwar di MCKK dan UM, mereka cukup faham dengan asam garam politik. Anwar bijaksana tetapi tidak BIJAKSINI. Politik anwar akan berkubur dengan mengkaji tektikal kelemahan The Green Book dan konsep Third Force Group yang selalu anwar gunakan sejak dari zaman menjadi menteri dalam kabinat Tun Mahathir. Untuk itu, anwar akan tewas dengan cara kita mendedahkan kelemahan teori dan ideolgi yang diguna pakai olehnya. Ayuh kawan-kawan, dapatkan buku menjatuhkan PROTOKOL YAHUDI, KELEMAHAN THE GREEN BOOK DAN KELEMAHAN STRATEGI THIRD FORCE GROUP YANG SELALU ANWAR GUNAKAN. Anwar wajib digulingkan secara revolusi dalam politik negara. Anwar berbahaya untuk MALAYSIA. Anwar yakin revolusi menukar kuasa kerajaan adalah berteraskan kepada kebangkitan suara anak muda. Itulah sebab utama  anwar membawa semangat gerakan anak muda dalam agendanya hari ini. Sejarah tidak boleh di ubah. Justeru, kerajaan perlu peka dalam hal ini bagi menambat semula hati anak muda di kampus dan yang bekerja di luar.Perhimpunan haram Bersih adalah asas kepada kebangkitan rakyat yang dilaungkan sama dalam semua gerakan revolusi di dunia. Sedarlah kita bahawa istilah kebangkitan rakyat, negara rakyat yang anwar selalu gunakan termaktub juga dalam The Green Book

THE GREEN BOOK (MUAMAR GADDAFI) BUKU RUJUKAN ANWAR



Muammar Gaddafi yang telah memerintah Libya selama 42 tahun.Apakah rahsianya? Perlu diingat hubungan muamar dengan anwar telah berlaku sejak tahun 1970 ketika anwar aktif dalam gerakan mahasiswa. Anwar mula menggila ingin menjadi seorang pemimpin ulung negara sejak di bangku UM yang akhirnya menyebabkan beliau hanya lulus dalam ijazah am Pengajian Melayu. Perkara ini semua orang tahu. Sejarah di mckk dan UM bukanlah sejarah yang perlu diterjemahkan semula. Tujuan anwar masuk UM bukanlah nak belajar sangat. Sibuk dengan demo akhirnya anwar tidak cemerlang sewaktu belajar di UM. Anwar kerjanya ialah menjadi pendesak untuk berdemo. Allahyarham sulaiman palestin telah mengesyaki anwar mempunyai hubungan dengan Tripoli ( muamar) . Rupa-rupanya muamar telah berhubung dengan anwar sejak tahun 1970. Anwar terpengaruh dengan cara gaya idea dan pemikiran muamar dalam buku The Green Book.
 
 
Muamar menerima pendidikan rendah agama tradisional dan sekolah persediaan Sebha di Fezzan dari 1956 hingga 1961. Pada akhirnya Gaddafi dan rakan-rakan dari sekolah ini telah menjadi kumpulan teras revolusi dan merampas kepimpinan negara Libya. Inspirasi Gaddafi ini adalah Gamal Abdel Nasser, presiden Mesir yang telah menjatuhkan kerajaan monarki di Mesir. Pada 1961, Gaddafi telah keluar dari Sebha dan memulakan aktiviti politik secara aktif.
Kemudian, Gaddafi belajar undang-undang di Universiti Libya dan lulus dengan cemerlang. Selepas itu, beliau menyertai Akademi Tentera di Benghazi pada 1963. Di sini, beliau bersama sekumpulan yang lain telah membentuk kumpulan militan secara rahsia untuk membuang pemimpin Libya . Selepas tamat belajar pada 1965, dia telah dihantar ke Britain untuk latihan lanjutan di Kolej Pegawai Turus British (British Army Staff College) dan pulang pada 1966 dan berkhidmat sebagai pegawai komunikasi dalam Signal Corps.

Pada 1 September 1969, satu kumpulan kecil pegawai tentera yang dipimpin oleh Gaddafi telah melakukan rampasan kuasa terhadap Raja Idris 1 yang ketika itu menjalani rawatan perubatan di Turki. Sepatutnya anak saudara Raja Idris 1 yang bernama Tengku Mahkota Hasan as-Senussi ditabal sebagai raja pada 2 September apabila Raja Idris turun tahkta pada 4 Ogos 1969. Namun, pegawai-pegawai revolusi enggan menerima Hasan sebagai raja Libya yang baru. Sebelum 1 September 1969, kerajaan sedia ada dimansuhkan dan Tengku Mahkota Hasan telah dijadikan tahanan dalam rumah. Semua media merujuk Gaddafi sebagai "Pemimpin besar dan Pengasas Revolusi."
Muammar Gaddafi juga mengumpul fahaman politiknya dan mengolahkannya sebagai perlembagaan Libya dan buku perlembagaan itu dinamakan 'Buku Hijau' pada tahun 1970. Dalam buku itu Gaddafi menggabungkan sosialisme dan kapitalisme dan dikombinasikan dengan aspek-aspek keislaman sebagai dasar ideologi Libya.Buku Hijau ini merangkumi 3 jilid dan dicetak di antara 1975 dan 1979. Bagaimanapun, dalam praktik pemerintahan, sistem politik yang dilaksanakan tidaklah idealis sebagaimana sepatutnya.

Jawatankuasa Revolusi memutuskan semua penentang Libya di luar negara hendaklah dibunuh. Berdasarkan keputusan tersebut skuad pembunuh telah dikirim ke luar negara. Sembilan rakyat Libya telah dibunuh dan lima daripadanya telah dibunuh di Itali.  Pada tahun 1977, beliau memperkenalkan sistem kenegaraan yang disebutnya sistem 'Jamahiriya' atau 'Negara Rakyat' yang bermaksud rakyat bersama-sama terlibat dalam pemerintahan
 
sahabat sekalian, sekali lagi teman bongkarkan tektikal anwar dalam gerakan revolusi yang beliau ingin jalankan. sahabat sekalian, ingatlah bahawa hubungan anwar gadafi masih lagi berjalan. anwar tidak pernah membawa contoh kebangkitan rakyat di libya dalam siri-siri ucapannya, tetapi beliau hanya mengaitkan contoh mesir dan tunisia. Soalnya mengapa  anwar tidak menyebut libya? Anwar akan berterusan menekan kerajaan. Beza anwar dan gadafi hanyalah gadafi menjatuhkan kerajaan sistem beraja selepas balik dari britain. Anwar pula sentiasa berhubung dengan amerika. Kesimpulan teman mudah sahaja iaitu :
 
A. PERHIMPUNAN HARAM BERSIH = PROTOKOL YAHUDI
B. REVOLUSI ANWAR = RUJUK BUKU THE GREEN BOOK
 
Kepada penguatkuasa, mohon bantuan kalian melihat buku tersebut dan segala ideologi buku berkenaan telah anwar ikuti sejak tahun 1970 lagi. malah anwar mencampurkan ideologi ini dengan protokol yahudi. Hasilnya, cita-cita iblis akan tercapai. Lihatlah kesan menjatuhkan sistem beraja yang akhirnya memusnahkan negara.