Thursday, June 30, 2011

BERITA PETI SIMPANAN RINGKAS .DIARI PULAU PINANG

1. SIDANG MEDIA YANG DIBUAT OLEH LIM GUAN ENG TENGAHARI TADI BERKAITAN DENGAN FORUM BERSIH YANG AKAN DIADAKAN PADA 30/6/2011 DI BATALKAN DAN DI UBAH PADA 10 JULAI 2011.LGE DENGAN BANGGA MENUKAR NAMA FORUM KEPADA CERAMAH PENERANGAN KERAJAAN NEGERI . BAGI TEMAN NAMANYA DI UBAH HANYA UNTUK MENGHALALKAN CARA. TAK HABIS HABIS LGE NAK BERBOHONG.

2. BERTEMPAT DI BANGUNAN PERMATA, JALAN TRANSFER BERSEBELAHAN HOTEL PENAGA AKAN DIADAKAN SATU SIDANG MEDIA OLEH YDP PERKASA NEGERI PULAU PINANG PADA JAM 10.00 PAGI. SIDANG MEDIA INI AKAN DIJALANKAN BERSAMA DENGAN NGOS PULAU PINANG . SIDANG MEDIA INI BERTUJUAN MENYATAKAN PENDIRIAN PERKASA NEGERI BERKAITAN PERHIMPUNAN HARAM BERSIH 9/7/2011

3.RAPAT UMUM DAN PERARAKAN ANAK PULAU PINANG BANGKIT MENENTANG KEZALIMAN DAP AKAN DIADAKAN SELEPAS SOLAT JUMAAT ( 1/7/2011) BERTEMPAT DI MASJID KAPITAN KELING. PERARAKAN AKAN DILAKUKAN SEHINGGA KE KOMTAR. AYUH ANAK MUDA, AYUH PEJUANG ISLAM. KITA BANGKIT MENENTANG DAP LAKNATULLAH.JANGAN DATANG LEWAT. KITA BERSOLAT JUMAAT DI MASJID KAPITAN KELING TAKBIR!!!! ALLAHUAKBAR.

ANAK TEMPATAN KEPALA BATAS BANGKIT MELAWAN PRO KOMUNIS PSM


Bak kata pepatah Melayu " Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa".Bertempat di hadapan IPD Seberang Perai Utara, berlaku pertembungan antara 2 pihak iaitu kumpulan yang menentang gerakan komunis PSM dengan ahli dan penyokong PSM yang berkumpulan di hadapan IPD bagi menuntut pembebasan ahli mereka. Berang dengan sikap dan tindak tanduk kumpulan yang pro PSM, anak tempatan Kepala Batas bangkit beramai ramai bergerak ke IPD Kepala Batas untuk memastikan pengkhianat negara di halau dari bumi Kepala Batas. Mereka menyatakan tindakan anggota PSM tersebut ternyata bertentangan dengan norma perundangan negara dan mereka seolah-olah bertindak di dalam sebuah negara yang tidak mempunyai undang-undang. PSM seharusnya sedar bahawa, mereka hidup aman kerana pentadbiran BN sedia yang menyusun politik negara dengan baik. Mereka PSM tamakkan kuasa dan mahukan negara ini dirampas dan kerajaan digulingkan.Dari Teman Syabas dan Tahniah anak Kepala Batas.

ANAK JATI PULAU PINANG BANGKIT


Semalam sekali lagi suasana kecoh berlaku di hadapan IPK Pulau Pinang. Kumpulan yang kononnya ingin menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Polis Pulau Pinang berkaitan dengan kes tangkapan ahli PSM, telah bertembung dengan kumpulan Encik Ghani. Suasana menjadi sedikit kelam kabut akibat tindakan kumpulan pro PSM yang cuba mencetuskan ketegangan dengan kumpulan Encik Ghani. Encik Ghani melihat penglibatan Dr Toh Kin Woon sebagai berniat jahat. Dr Toh sepatutnya setia bersama kerajaan kerana beliau menikmati kesenangan akibat daripada politik BN. Mereka melihat Dr Toh sebagai pengkhianat dan bersifat talam 2 muka dan seperti lalang. En Ghani berang dengan tindakan Dr Toh yang ingin membuat sidang media di hadapan IPK sedangkan jelas terbukti kumpulan Pro PSM sedang giat menyebarkan fahamn komunis yang tidak lagi diguna pakai di dunia.

TAHNIAH.LAPORAN POLIS 28/6/2011 DIBERI PERHATIAN OLEH KETUA POLIS NEGERI PULAU PINANG





Teman nak ucapkan syukur dan tahniah kepada semua yang membuat laporan polis semalam berkaitan dengan Forum Bersih yang akan diadakan di tapak Ekspo seberang Jaya pada malam ini. Hasil dari laporan berkenaan, pihak polis Pulau Pinang akan mengambil tindakan tegas ke atas forum yang dibuat secara haram. maka juak-juak pakatan haram akan terus menyatakan bahawa BN takut. Bukan takut .Cuma teman nak bagitau orang yang suka buat kerja haram ni di laknat Allah.Tunggulah kamu barisan yang sukakan kerja haram.

Walaubagaimanapun, dikhuatiri forum tersebut akan dijalankan juga pada malam ini ( 29/6/2011). Keghairahan pembangkang untuh mencetuskan huru hara semakin memuncak. Mereka seolah-olah tidak sabar mengambil kerajaan dengan cara rampasan kuasa atas nama tuntutan rakyat.